X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama

23 Feb, 2022
Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam PertamaTradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama

Female Genital Mutilation (FGM) adalah tradisi masyarakat yang dilakukan bagi memelihara kesucian wanita buat bakal suami pada malam pertama

Female Genital Mutilation (FGM) atau dikenali sebagai sunat perempuan merupakan prosedur melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan luar kemaluan wanita, yang dilakukan bukan atas sebab perubatan.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Kisah benar: Female Genital Mutilation (FGM) atau pencacatan alat kelamin wanita
  • Pengalaman pahit yang dilalui oleh wanita
  • Amalan tradisi yang mencabul hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita
  • Kesan bahaya daripada amalan FGM

Amalan ini kebanyakannya dijalankan oleh pengamal tradisional di beberapa buah negara. Walau bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa kesemua ahli perubatan menghentikan tindakan ini dan tidak melakukannya.

Kisah benar: Female Genital Mutilation (FGM) atau pencacatan alat kelamin wanita

mutilasi genital

Seorang wanita dikenali sebagai Asma, mendedahkan kisah mengenai FGM ini kepada dunia.

Dalam masyarakat kami, gadis tidak akan berkahwin jika tidak berkhatan. Amalan ini merupakan tanda kesucian dan kesetiaan mereka terhadap bakal suami.

Kira-kira enam tahun yang lalu, ibu telah saya berjumpa dengan bidan. Ketika itu saya berusia 12 tahun. Dia bimbang sekiranya saya mula bernafsu dan jatuh cinta dengan seseorang.

Jadi untuk mengekang keinginan seksual saya selama-lamanya, dia telah meminta bidan mengeluarkan bahagian kelentit dan menjahit faraj saya. Prosedur itu cukup mengerikan.

2 tahun lepas saya mendirikan rumah tangga. Pada malam pertama, saya terlalu takut kerana saya tahu sesuatu yang amat menakutkan akan berlaku pada bila-bila masa. Apabila suami masuk ke dalam bilik, dia telah menangalkan pakaian saya.

Dia melihat bahagian faraj saya dan mula membelainya kerana teruja. Kemudian dia membawa pisau kecil untuk memotong jahitan itu supaya dia boleh melakukan persetubuhan dengan saya.

Oleh kerana takut, saya bertanya kepadanya sama ada boleh meminta bantuan doktor untuk memotong jahitan tersebut.

Dia kemudiannya berang dan memberitahu, ''Selama bertahun-tahun saya menantikan hari ini. Saya tidak mahu doktor memotong jahitan faraj isteri saya. Ia tindakan memalukan keluarga saya.''

Pengalaman pahit yang dilalui oleh wanita

mutilasi alat kelamin

Apabila dia cuba memotong jahitan itu, saya mula menjerit kesakitan dan menolaknya sehingga dia membawa ibu, ayah dan dua abangnya masuk ke dalam bilik kami.

Mereka semua pegang saya dengan erat dan suami saya potong jahitan itu di hadapan mereka. Ia sangat memalukan! Saya terbaring telanjang dan mereka semua ketawakan saya.

Terdapat darah di seluruh lantai dan saya menangis kerana kesakitan. Dalam keadaan itu dia bersetubuh dengan saya. Ia tidak kurang seperti rogol.

Keesokan harinya saya telah menghubungi ibu dan menerangkan segala-galanya. Dia berkata, ''Ibu juga melalui perkara yang sama. Kamu perlu kuat dan puaskan suami dengan segala-galanya.''

Saya sudah hilang kepercayaan kepada keluarga, masyarakat dan agama. Saya hanya berharap agar kerajaan mengharamkan upacara kejam ini kerana gadis dan wanita mempunyai hak untuk menikmati hubungan seksual dengan selamat.

Menurut Wikipedia, Female Gential Mutilation (FGM) diamalkan oleh Dawoodi Bohra, iaitu sebuah mazhab Syiah Islam dengan penganutnya melebihi 1 juta di India.

Amalan tradisi yang mencabul hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita

Menurut WHO, FGM telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pencabulan hak asasi kanak-kanak perempuan dan wanita. 

Ia mencerminkan ketidaksamaan antara jantina, membentuk sebuah diskriminasi melampau terhadap golongan lemah ini. Ia juga hampir selalu dilakukan ke atas kanak-kanak bawah umur.

Bukan itu sahaja amalan mengerikan ini juga melanggar hak seseorang untuk kesihatan, keselamatan dan integriti fizikal; hak untuk bebas daripada penyeksaan dan perlakuan kejam serta hak untuk hidup. Prosedur itu berisiko menyebabkan berlakunya kematian.

Kesan bahaya daripada amalan FGM

amalan fgm

  • Kesakitan melampau
  • Bengkak pada tisu kemaluan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah kencing
  • Masalah penyembuhan luka
  • Pendarahan yang berlebihan

Komplikasi jangka masa panjang juga boleh terjadi. Antaranya:

Stories Rakan Kongsi
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
  • Masalah keputihan, kegatalan akibat jangkitan kuman
  • Masalah haid (senggugut yang menyakitkan, sukar mengeluarkan darah haid)
  • Masalah seksual (sakit semasa hubungan seks, penurunan kepuasan seks)
  • Jangkitan pada saluran kencing

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: AWAS Dara Tiruan Laku Dijual Dalam Online, Jadi Pilihan Ramai Wanita Yang Bakal Berkahwin

Baca juga: Suami Isteri WAJIB Buat Perkara Ini Selepas Aksi Kelamin, Barulah Rumah Tangga Bahagia!

Baca juga: Keluar Keputihan Lepas Hubungan Kelamin, Adakah Ia Normal @ Bahaya Pada Vagina? 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama
Kongsikan:
  • Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

    Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

  • ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

    ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

  • ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

    ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

app info
get app banner
  • Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

    Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

  • ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

    ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

  • ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

    ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.