X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kahwin Dengan Budak Bawah Umur Dikira Sebagai Kes Rogol! - Menteri Sabah

24 Nov, 2017
Kahwin Dengan Budak Bawah Umur Dikira Sebagai Kes Rogol! - Menteri Sabah

Kahwin dengan budak bawah umur dikira sebagai jenayah rogol, walaupun jika ibu bapa sudah bersetuju untuk "melepaskan" anak mereka. Ini antara sebabnya...

Kahwin dengan budak bawah umur adalah kes rogol

Kota Kinabalu: Mana-mana lelaki yang kahwin dengan budak bawah umur akan dikira sebagai melakukan perkosaan atau merogol, walaupun perkahwinan itu mendapat persetujuan ibu bapa.

Itulah pengisytiharan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Jainab Ahmad Ayid.

Jainab berkata semua anak gadis yang berusia bawah daripada 18 tahun masih diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak. 

Beliau juga dipetik mengatakan –

“Kanak-kanak patut ke sekolah dan mendapatkan pendidikan. Mereka tidak patut terlibat dalam perkahwinan, walaupun ia telah dipersetujui ibu bapa. Ibu bapa kena faham hal ini.”

kahwin dengan budak

Kredit: Free Malaysia Today

Penyataan menteri itu adalah bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh Adun Liawan iaitu Sairin Karno yang menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk lebih fleksibel bagi mendaftar kanak-kanak bawah umur yang kahwin mengikut adat di Sabah.

Hal ini kerana ada sesetengah adat di Sabah yang membenarkan perkahwinan di antara lelaki dan kanak-kanak perempuan bawah umur. 

Kes kahwin dengan budak bawah umur di Sabah

Jainab mengakui kes kahwin dengan budak bawah umur masih wujud di Sabah dan ia masih berleluasa. Sebab itu beliau sedih adat seperti ini masih diteruskan.

“Di bawah undang-undang sivil, perbuatan itu adalah salah. Ia bukan tentang perkahwinan tersebut dibenarkan atau tidak.”

Pihak kementerian telah melakukan pelbagai program di kampung-kampung untuk mendidik ibu bapa agar memahami bagaimana kes kahwin dengan budak bawah umur mendatangkan kemudaratan.

kahwin dengan budak

Kredit: The Hindu

Namun, masih ramai yang tidak mahu berubah. 

Pada tahun 2014, seorang lelaki telah merogol pelajar sekolah yang berusia 13 tahun. 

Akan tetapi, lelaki itu mengambil keputusan untuk mengahwini mangsa rogolnya sebagai “pertukaran” agar keluarga mangsa menarik laporan terhadapnya. 

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih mengambil tindakan yang sewajarnya di mana lelaki itu didapati bersalah kerana merogol dan dihukum penjara.

Lelaki itu sedang menjalani hukumannya dalam penjara, namun masih mahu mengahwini mangsa rogolnya. 

Ketika pihak kementerian cuba menasihatkan kedua ibu bapa mangsa untuk membenarkan gadis itu kembali ke sekolah, mereka enggan berbuat demikian dengan alasan anak gadis mereka sudah berkahwin dan lebih suka bekerja.

Menurut bapa mangsa lagi, anaknya boleh belajar untuk jadi make-up artis kelak kerana isteri pertama lelaki tersebut juga adalah seorang make-up artis.

Si bapa sangat degil dan tidak mahu membenarkan anaknya menghabiskan sekolah. 

Jainab dan pihak kementerian telah bergabung dengan pelbagai agensi dan NGO untuk mendidik ibu bapa agar membenarkan anak mereka menghabiskan sekolah dahulu sebelum membenarkan mereka berkahwin muda.

Hal ini sungguh membimbangkan kerana anak gadis bawah umur yang berkahwin terlalu muda selalunya mengalami masalah fizikal, psikologi dan masalah kesihatan. 

kahwin dengan budak
Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Kredit: thinglink.com

Kesan kahwin dengan budak bawah umur

Kajian yang dilakukan oleh pihak Pan African University, Yaounde, Cameroon mendapati kebanyakan kanak-kanak yang “terpaksa” kahwin muda mengalami masalah emosi dan psikologi.

Ini kerana mereka menghadapi tekanan untuk melakukan hubungan seksual dan mengganggu tumbesaran akil baligh mereka.

Malah, mereka juga didapati tidak bahagia dan terasing daripada masyarakat. Seks pramatang mengakibatkan mereka mengalami trauma dan kejutan. 

Bukan itu saja, kahwin dengan budak bawah umur telah mencetuskan impak pada kehidupan sosial seorang gadis.

Mereka biasanya tidak akan habis belajar, tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya dan terpaksa berpindah-randah.

Menurut WHO, beribu anak gadis telah mati kerana hamil dan bersalin ketika usia masih terlalu muda. Hal ini disokong oleh laporan UNICEF. 

Hampir 70,000 gadis yang berusia 15 hingga 19 tahun mati setiap tahun kerana mengalami komplikasi kehamilan atau ketika bersalin. 

Kehamilan ketika masih muda mampu mengakibatkan pelbagai perkara negatif pada kesihatan. 

Wahai ibu bapa, berilah peluang untuk anak anda menikmati masa mudanya.

Mereka sepatutnya bebas belajar dan bermain. Bukan perlu menguruskan rumah tangga, melayan nafsu serakah lelaki atau hamil pada usia yang terlalu muda.

Sama-samalah kita bertimbang rasa dan membentuk sebuah masyarakat yang lebih sihat.

Sumber rujukan: Free Malaysia Today and OMICS International

Kredit gambar: The Independent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengantin-kanak-kanak-berusia-8-tahun-maut-pada-malam-pengantin/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kahwin Dengan Budak Bawah Umur Dikira Sebagai Kes Rogol! - Menteri Sabah
Kongsikan:
  • Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

    Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

  • Tamak Mas Kahwin, Bapa Paksa Anak 12 Tahun Kahwin Dengan DUA Lelaki Sekaligus

    Tamak Mas Kahwin, Bapa Paksa Anak 12 Tahun Kahwin Dengan DUA Lelaki Sekaligus

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

    Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

  • Tamak Mas Kahwin, Bapa Paksa Anak 12 Tahun Kahwin Dengan DUA Lelaki Sekaligus

    Tamak Mas Kahwin, Bapa Paksa Anak 12 Tahun Kahwin Dengan DUA Lelaki Sekaligus

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.