X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba 8 Bahan Ini Untuk Nikmati Tidur Nyenyak

7 min bacaan
Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba 8 Bahan Ini Untuk Nikmati Tidur Nyenyak

Alami masalah susah tidur malam ketika hamil memamg memenatkan. Anda boleh cuba minum susu suam sebelum tidur.

Susah tidur malam atau masalah insomnia ketika hamil pasti boleh buat ramai wanita atau ibu-ibu stres. Sudahlah anda kena bangun awal untuk menyiapkan pelbagai perkara, tiba-tiba jadi sukar tidur memang buat pening kepala.

Umumnya, orang dewasa memerlukan hampir 6-8 jam waktu tidur setiap malam. Tapi bagi anda yang diserang penyakit susah tidur malam ini, untuk mencapai target 6-8 jam itu pasti sukar, kan?

Kami faham sangat dengan masalah susah tidur malam itu. Terutamanya ibu hamil yang sudah pastinya memerlukan waktu rehat yang lebih panjang untuk kesihatan bayi. Bila di siang hari, mulalah berasa tidak produktif, mengantuk, lesu, dan sebagainya.

Isi Kandungan

  • Apa Punca Susah Tidur Malam Semasa Kehamilan?
  • Insomnia Ketika Hamil
  • Adakah Masalah Susah Tidur Akan Semakin Teruk Jika Bayi Anda Semakin Membesar?
  • Cara Atasi Susah Tidur Malam Dengan Bahan Semulajadi 
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Apa Punca Susah Tidur Malam Semasa Kehamilan?

Bagi bakal ibu baru di luar sana, mengalami masalah kurang tidur selepas bayi dilahirkan adalah satu perkara biasa yang akan terjadi. Tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa ia juga boleh berlaku semasa trimester pertama kehamilan.

Kebanyakan wanita mengalami masalah susah tidur malam semasa hamil. Wanita hamil cenderung mendapat lebih banyak waktu tidur semasa trimester pertama akan tetapi mengalami penurunan besar dalam kualiti tidur mereka.

Ternyata kehamilan boleh membuat anda berasa letih sepanjang hari. Ia juga boleh menyebabkan insomnia pada waktu malam.

Insomnia Ketika Hamil

susah tidur, susah tidur malam, punca susah tidur malam, penyakit susah tidur malam, sukar tidur malam, penyakit susah tidur, kenapa susah tidur

Insomnia bermakna anda mengalami kesukaran untuk tidur, terus tidur dengan nyenyak atau kedua-duanya. Wanita boleh mengalami insomnia semasa semua peringkat kehamilan, tetapi ia cenderung lebih biasa pada trimester pertama dan ketiga.

Ia akan terjadi di antara waktu rehat tengah malam yang mana boleh berlaku masalah hormon di luar kawalan. Selain itu masalah kehamilan seperti kesesakan dan pedih ulu hati juga boleh menjadi punca akan susah tidur yang mana mungkin akan menyebabkan anda menghabiskan lebih banyak masa di luar bilik.

Walaupun insomnia mungkin menyedihkan, namun ia tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan.

Menjelang akhir kehamilan, ramai wanita mengalami kesukaran untuk mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang lena. Semasa trimester pertama, anda mungkin tidak mempunyai perut yang besar untuk menampung  bayi namun terdapat masalah lain yang boleh menghalang tidur malam yang nyenyak.

susah tidur, susah tidur malam, punca susah tidur malam, penyakit susah tidur malam, sukar tidur malam, penyakit susah tidur, kenapa susah tidur

Berikut merupakan punca-punca masalah sukar tidur malam ketika kehamilan:

  • perlu kerap membuang air kecil
  • loya atau muntah
  • sakit belakang
  • payudara tegang
  • ketidakselesaan perut
  • kaki kejang
  • sesak nafas
  • pedih ulu hati
  • mimpi yang jelas

Penyebab lain insomnia boleh dikaitkan dengan tekanan. Anda mungkin berasa bimbang tentang proses bersalin, atau bimbang tentang cara anda mengimbangi kerja dengan menjadi ibu baru. Fikiran ini boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam, terutamanya selepas ‘lawatan’ anda ke tandas.

Sukar untuk mengalihkan perhatian anda daripada pemikiran ini, tetapi cuba ingat bahawa perasaan bimbang itu adalah tidak produktif.

Sebaliknya, cuba tulis semua kebimbangan anda di atas kertas. Ini akan memberi anda peluang untuk mempertimbangkan penyelesaian yang mungkin. Jika tiada penyelesaian, atau tiada apa yang boleh anda lakukan. Perkara ini juga boleh membantu mengosongkan fikiran supaya anda boleh berehat.

Adakah Masalah Susah Tidur Akan Semakin Teruk Jika Bayi Anda Semakin Membesar?

Memandangkan anda mungkin mengalami insomnia dan tidur terganggu pada bila-bila masa semasa kehamilan, anda mungkin menghadapi kepenatan selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan tanpa titik akhir yang nyata.

Tetapi daripada membiarkan gangguan tidur ini membebankan anda, semak dengan doktor anda pada temu janji pranatal anda yang seterusnya untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa apabila menjadi ibu ayah, ia bermakna anda mempunyai banyak tanggungjawab baru dan pengalaman yang manis.

Namun, ini juga bermakna tidur anda bakal terkorban kerana bayi baru lahir anda itu memerlukan penjagaan yang kerap dan mungkin masih perlu menyusu pada waktu malam.

Tapi kalau anda nak rehat, tidurlah ketika bayi anda sedang tidur. Nanti mereka berjaga, anda tak boleh tidur sesuka hati tanpa memberikan pengawasan kepada bayi, kan?

Cara Atasi Susah Tidur Malam Dengan Bahan Semulajadi 

Sebelum itu, kami juga ingin berkongsi apa 8 bahan semulajadi yang boleh membantu anda mengatasi masalah tidur ini. Semoga dengan 8 bahan semulajadi di bawah, anda dapat tidur lebih nyenyak dan boleh perform jadi ibu ayah terbaik!

#1. Pengambilan Teh Hitam

susah tidur, susah tidur malam, punca susah tidur malam, penyakit susah tidur malam, sukar tidur malam, penyakit susah tidur, kenapa susah tidur

Asid amino dalam makanan dan minuman tertentu sebenarnya boleh memberi khasiat pada sistem saraf. Ia membolehkan anda mudah tidur dengan nyenyak.

Salah satu asam amino yang terbaik adalah L-theanine. Zat ini boleh didapati dalam teh hitam, teh hijau dan white tea. Asid amino mengatasi masalah susah tidur malam dengan mengurangkan rasa cemas jadi anda boleh jadi senang untuk tidur. Amalkan teh ini sebelum tidur.

#2. Minum White Tea

Walaupun white tea mengandungi kafein, namun ia lebih banyak asid amino L-theanine.  Sebuah kajian dari Asian Pacific Journal of Nutrition mendapati gelombang otak akan meningkat jika individu mengambil lebih banyak asid amino L-theanine. Gelombang otak ini akan memberi rasa relaks pada tubuh, jadi anda akan lebih senang nak tidur!

#3. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih relaks. Teh hijau juga amat berkesan untuk mencegah sleep apnea.

#4. Buah Lemon

Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin. Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, boleh mengatasi stres dan anda dapat mengatasi masalah susah tidur malam!

#5. Buah Limau Nipis

Sama seperti buah masam lain yang mengandungi vitamin C, limau nipis juga mampu menenangkan sistem saraf dan menghilangkan stres malah rasa cemas yang parents selalu rasa. Sebab itu buah ini amat bagus untuk mengatasi masalah susah tidur malam.

#6. Buah oren

Brain Research Bulletin pada tahun 2015 melaporkan vitamin C yang ada dalam buah oren mencegah ketidakseimbangan memori dan menjaga antioksidan dalam otak. Hal ini mampu menurunkan masalah susah tidur malam dan memberi tidur yang lebih nyenyak.

#7. Kayu manis

Kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.  Jika anda selalu terbangun di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang meningkat. Kalau tak mahu asyik terbangun lagi, cuba masukkan kayu manis dalam menu harian anda!

#8. Halia

Selain bagus untuk sistem pencernaan, halia juga amat bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam. Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak. Ia memberi rasa lebih relaks.

Jadi ibu dan ayah semua, kalau anda ada masalah susah tidur malam atau insomnia, apa kata anda cuba 8 bahan semulajadi ini. Moga-moga masalah insomnia anda akan semakin pulih. Semoga maklumat ini bermanfaat buat kesihatan anda!

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Bagi kebanyakan wanita, insomnia semasa trimester pertama akan berlalu juga. Jika anda menghadapi masalah sukar tidur malam, cuba tidur siang pada siang hari. Tetapi cuba untuk tidak mengambil sebarang suplemen, ubat-ubatan, atau herba yang merangsang tidur sehingga anda berunding dengan doktor pakar.

Jika insomnia anda menjejaskan keupayaan anda untuk berfungsi, doktor anda mungkin boleh menetapkan ubat penenang yang selamat untuk diambil semasa kehamilan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

  1. WhatToExpect (n.d.) Insomnia During Pregnancy. How to Sleep Better While Pregnant. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/insomnia.aspx
  2. healthline ( January 10, 2018) Insomnia in Early Pregnancy. Why it Happens and What to Do. www.healthline.com/health/pregnancy/early-insomnia#takeaway

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Macam Panda Sebab Dapat Baby Baru? Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa Tak Cukup Tidur

Baca juga: Koleksi Gambar Tidur Anak Dan Bapa Yang Lucu & Mencuit Hati, Macam-Macam Gaya!

Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba 8 Bahan Ini Untuk Nikmati Tidur Nyenyak
Kongsikan:
  • Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

    Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

  • Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

    Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

    Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

  • Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

    Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.