1. Latih anak untuk tidur awal
Ibu kepada anak tunggal, Jamie Koh, berkongsi tip ini untuk ibu bapa yang tak cukup tidur:
“Apabila anak tidur lebih awal, ibu bapa juga bolehlah berehat dan tidur dengan lebih baik. Cabaran paling besar untuk ibu bapa ialah semasa bulan pertama, apabila mereka perlu bangun 2-3 jam sekali untuk menyusu anak.”
Menurut Dr. William C. Dement, doktor pakar dan pakar tidur, ibu bapa dengan bayi baru lahir akan kehilangan tidur sekurang-kurangnya untuk 2 jam setiap malam sehingga bayi mereka berusia 5 bulan. Selepas itu ibu ayah akan kehilangan tidur selama 1 jam untuk setiap malam sehingga anak itu mencapai umur 2 tahun.
Jadi, latihlah anak untuk tidur lebih awal atau kalau boleh, latih anak untuk tidur sepanjang malam.
2. Buat kerja secara serentak!
Ibu Evelyn Cheo memberi nasihat untuk ibu bapa tak cukup tidur:
“Untuk ibu menyusu yang perlu bangun pada waktu malam, anda boleh cuba co-sleep atau tidur bersama bayi sambil menyusunya. Anda pasti akan kekurangan tidur, terutamanya jika anda pilih untuk beri susu badan. Jangan berputus asa, keadaan ini akan bertambah baik!”
Bayi biasanya akan tertidur selepas menyusu. Anda sudah pun berbaring atas katil, jadi rehatlah, biarpun untuk seketika. Jika anda memilih untuk tidur bersama bayi anda, berhati-hati ya, supaya tidak memudaratkan bayi sendiri.
3. Tetapkan rutin tidur bayi anda
Nasihat ibu Divya Sharma kepada ibu bapa tak cukup tidur:
“Sudah lama saya terpaksa bertahan kerana tidur selama 3-4 jam saja. Tapi semua ini boleh jadi lebih senang jika anda tetapkan rutin tidur, dan ajar anak untuk mengikutinya. Selepas itu, ibu bapa bolehlah ikut rutin tidur anak.”
Semasa bulan pertama, memang ibu ayah tak cukup tidur disebabkan anak yang belum lagi mempunyai rutin yang tetap. Apabila bayi anda semakin berkembang dan mula mengikut rutin tidur yang lebih tetap, ibu bapa boleh menjangka dan merancang masa untuk berehat.
4. Tidur apabila anak anda tidur
“Tidur apabila bayi anda sedang tidur,” kongsi ibu Diana Lai. Ini adalah tip yang selalu diberi oleh ibu-ibu yang berpengalaman.
“Cuba rehat sebanyak mungkin terutamanya ketika 2 bulan selepas melahirkan anak. Badan anda perlu rehat untuk pulih sepenuhnya. Jika anda ada anak lebih tua di rumah, dapatkan pertolongan dari ahli keluarga lain supaya anda boleh mendapat rehat yang diperlukan.”
Ibu-ibu baik ingat nasihat ini ya. Saya tahu masih ada banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan. Ajak suami untuk bantu buat kerja rumah dan menjaga anak. Jangan lupa untuk rehat juga. Rehat amat penting agar anda kembali cergas untuk menjaga anak dan menguruskan keluarga seperti sediakala.
5. Jangan malu untuk minta pertolongan
Marielle, ibu kepada anak tunggal, berkongsi strategi untuk ibu bapa tak cukup tidur:
“Kami kini tinggal di rumah ibu bapa saya. Apabila saya atau suami saya rasa sangat letih dan betul-betul perlu tidur, saya akan minta pertolongan dari ibu saya apabila anak saya tidak mahu tidur lagi.”
Ini adalah nasihat yang bagus terutamanya saat anda terlalu letih dan memerlukan pertolongan orang lain supaya anda boleh tidur biarpun sekejap sahaja.
Jangan malu untuk meminta pertolongan, anak anda memerlukan ibu bapa yang sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjaganya.
Selamat mencuba ibu ayah baru semua!
Rujukan:
- American Academy of Pediatric (2011). . Sleep deprivation and breastfeeding. www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Sleep-Deprivation-and-Breastfeeding.aspx
- Sleepfoundation (May 5, 2022). How Does Being a New Parent Affect Sleep?www.sleepfoundation.org/sleep-deprivation/parents#:~:text=New%20mothers%20are%20also%20at,of%20sleep%20decisions%20and%20challenges.
- Clevelandclinic (March 25, 2022). Here’s What Happens When You Don’t Get Enough Sleep (and How Much You Really Need a Night). health.clevelandclinic.org/happens-body-dont-get-enough-sleep/#:~:text=Some%20of%20the%20most%20serious,function%20and%20lower%20sex%20drive.