TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

4 min bacaan
Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

Tahukah anda kerana risiko SIDS, ibu bapa tidak boleh menggunakan apa-apa objek lembut seperti selimut bayi, bantal ataupun cadar katil yang longgar sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 1 tahun?

Siapa sangka, dek selimut bayi – seorang anak yang tidak bersalah tidak dapat diselamatkan. Ikuti kisah ini sebagai pengajaran untuk mana-mana ibu bapa yang suka meletakkan barang lembut seperti bantal, selimut bayi dan cadar dalam katil baby.

Jordan DeRosier, seorang ibu yang masih bersedih kerana kematian anaknya yang lemas dalam selimut bayi ini telah tampil dan berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya.

Sebelum ini, ramai orang telah membuat spekulasi yang anaknya meninggal dunia akibat vaksin.

selimut bayi, selimut bayi lembut, bayi lemas kerana selimut, selimut bayi lemas, bayi lemas, bayi lemas dalam selimut

Post Facebook Jordan DeRosier yang tidak lagi tersedia. Foto kredit: Chron.com

Dia telah memuat naik gambar diri yang sedang menangis teresak-esak di sebelah anak sulungnya dengan cerita sebenar mengapa bayinya telah meninggal dunia.

“Jangan letak anak di atas katil dengan selimut bayi”

Sloan DeRosier, bayi yang hampir 7 bulan itu telah ditemui mati lemas di atas katilnya, dengan selimut bayi menyelubungi kepalanya.

Pada malam itu, Jordan meletakkan Sloan di katilnya dengan dua selimut bayi: satu yang dibuat oleh nenek moyangnya, dan satu lagi selimut kegemarannya yang berwarna kelabu.

Dia menulis:

“Mereka telah mengambil selimut kelabu yang dijumpa menyelubungi kepalanya. Entah bagaimana dia telah menarik selimut itu sehingga dirinya sendiri terperangkap di dalamnya. Tolong jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut bayi! Saya ingat oleh kerana dia sudah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan memanjat, dia tidak akan apa-apa. Inilah wajah seorang ibu yang penuh kesedihan, wajah seorang ibu yang rindukan anaknya, dan wajah ibu yang patah hati kerana rasa bersalah. Saya tidak akan berhenti berasa bersalah dan perlu terus hidup dengan kesalahan saya. Saya akan selalu berfikir bagaimanakah keadaan anak saya sekarang jika dia masih hidup. Tolonglah belajar dari kesilapan saya!“

selimut bayi, selimut bayi lembut, bayi lemas kerana selimut, selimut bayi lemas, bayi lemas, bayi lemas dalam selimut

Gambar Sloan dengan abangnya, Rowan. Foto kredit: Youcaring

Gara-gara selimut bayi, semua sudah terlambat…

“Saya adalah orang yang menemui baby Sloan kelemasan di katilnya,” kata Jordan kepada TODAY Parents.

“Saya telah masuk ke bilik untuk menjenguk anaknya, tetapi mendapati anak dalam keadaan meniarap dengan selimut yang terbelit di kepala. Saya telah alihkan selimut itu. Belakangnya sudah sejuk. Muka dan dadanya berwarna ungu. Bibirnya berwarna biru dan matanya tertutup.“

Jordan dan suaminya, Justin, telah membuat panggilan kecemasan dan cuba untuk menyelamatkan anak mereka dengan melakukan CPR.

Paramedik telah mencuba selama 30 minit untuk memulihkan anaknya, tetapi mereka tidak berjaya…

Elak dari guna selimut bayi dan peralatan tempat tidur yang lain

Walaupun bayi anda sedang tidur, dia masih boleh menghadapi situasi yang berbahaya kerana selimut bayi, seperti:

  • Lemas akibat selimut atau peralatan tempat tidur yang lain
  • Tercekik mainan atau benda lain
  • Terperangkap di antara tepi katil dan tilam
  • Tercekik pada tali dan reben

Ini disebabkan bayi yang kecil:

  • Tidak dapat mengawal cara mereka tidur
  • Tidak tahu ertinya bahaya
  • Tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri atau bergerak dari situasi yang berbahaya
  • Boleh meletakkan benda di dalam mulut dan tercekik.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S. (CPSC) menganggarkan hampir 700 kematian yang melibatkan bayi 12 bulan dan lebih muda berkaitan dengan banyaknya barang di tempat tidur bayi!

Hampir separuh daripada kematian bayi yang dilaporkan kepada CPSC setiap tahun adalah akibat lemas disebabkan oleh bantal, selimut tebal dan/atau penuhnya barang di katil bayi.

Bila masa yang selamat untuk anak mula guna selimut bayi?

Mengikut cadangan Parents.com, anak boleh dibedung dengan menggunakan kain sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Tapi kerana risiko SIDS (kematian bayi secara tiba-tiba), ibu bapa tidak boleh meletakkan apa-apa objek lembut seperti atau cadar katil yang longgar sehingga dia berusia sekurang-kurangnya 1 tahun.

Selepas usia 1 tahun, ahli pediatrik mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang mengatakan anak boleh mula menggunakan selimut dan bantal yang lebih kenyal.

Ada pula yang mengesyorkan ibu bapa tunggu sehingga anak berusia 2 tahun. Baju tidur yang menutup kaki atau sleeping bag juga boleh digunakan pada malam yang sejuk.

Jadi, sebenarnya ibu bapa boleh menunggu sehingga anaknya mula besar sedikit sebelum diletakkan di dalam katil yang lebih besar berserta selimut lembut.

 

 

Sumber: Mirror, CYH

Baca juga:

Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham