X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

7 min bacaan
Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur MalamSusah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

Sekiranya anda juga menghadapi masalah sukar tidur dalam keadaan hamil, jangan risau! Perkara ini merupakan satu perkara yang biasa dihadapi oleh wanita hamil. Wanita hamil sering mengadu bahawa mereka menghadapi masalah sukar tidur.

Sedar atau tidak, sebaik sahaja anda mengalami proses persenyawaan, tubuh badan anda mula mengalami proses perubahan yang amat ketara. Perubahan ini akan berterusan sehinggalah anda melahirkan bayi anda. Sudah pasti, perubahan ini akan menyebabkan anda merasakan perbezaan dan ia mampu mempengaruhi kitaran tubuh anda. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan anda susah tidur ketika hamil.

Susah tidur ketika hamil adalah perkara normal di mana-mana peringkat kehamilan, namun kebanyakan wanita hamil akan alami insomnia bermula trimester kedua hingga ketiga. Lagi-lagi apabila perut semakin membesar dan belakang juga semakin sakit. Apabila ini berlaku, wanita hamil akan rasa tidak selesa untuk baring apatah lagi tidur.

Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menyebabkan anda susah tidur ketika hamil. Antaranya:

Punca susah tidur ketika hamil

susah tidur ketika hamil

1# Rasa pedih ulu hati terutamanya ketika baring

Rasa pedih ulu hati ini merupakan kesan dari sistem penghadaman ibu hamil yang lebih perlahan dari biasa. Apabila sistem penghadaman ibu hamil menjadi lebih perlahan, ia boleh menyebabkan makanan tidak hadam tinggal lebih lama di dalam perut dan usus.

2# Rasa berdebar-debar

Rasa berdebar-debar pula disebabkan oleh kadar denyutan jantung menjadi lebih tinggi ketika hamil. Ini disebabkan jantung anda bekerja keras untuk membekalkan darah kepada anda dan juga bayi di dalam kandungan anda.

Kedua-dua keadaan ini mungkin akan menjadi lebih ketara di hujung peringkat hamil bila bayi anda yang semakin membesar mula menekan bahagian abdomen. Tekanan ini akan menyempitkan bahagian perut dan juga menyebabkan jantung bekerja lebih keras lagi.

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan membiasakan diri untuk tidur di bahagian sisi, terutamanya sisi kiri. Tidur di bahagian sisi sangat bermanafaat untuk wanita hamil di mana ia mampu meningkatkan kadar bekalan darah dan nutrient yang diperlukan oleh anda dan juga kandungan anda.

3# Sakit belakang atau kejang kaki terutamanya di bahagian betis

susah tidur ketika hamil

Kredit: Scoop Charlotte

Rasa sakit belakang ketika tidur biasanya disebabkan oleh penghasilan hormon relaksin. Hormon ini bertujuan untuk melonggarkan ligamen anda.

Namun begitu, hormon ini juga akan menyebabkan anda lebih mudah berasa sakit. Kejang kaki pula disebabkan oleh tanggungan beban yang anda bawa, iaitu bayi anda sendiri.

Keadaan kejang kaki boleh dikurangkan dengan bergerak lebih perlahan. Kurangkan membuat pergerakan secara tiba-tiba. Ini bertujuan untuk merelakskan otot kaki anda dan mengurangkan risiko terseliuh yang sudah pasti akan memburukkan keadaan anda.

Di samping itu, cuba alaskan belakang anda dengan bantal dan letakkan bantal di antara kaki anda. Tidur dengan posisi mengiring dan bengkokkan kaki anda.

4# Rasa ingin kencing

Rasa ingin kencing selalu adalah kerana darah bertambah dalam tubuh anda. Bagi memproses peredaran darah ini, buah pinggang anda perlu menghasilkan lebih banyak cecair yang akan menjadi kencing.

Walaupun rasa kencing ketika hamil membuatkan kita gelisah dan tidak tenang, ia adalah simptom kehamilan yang normal. Oleh sebab itu, anda akan rasa susah tidur ketika hamil.

Jadi bagi membantu anda untuk kurang rasa ingin kencing, ada beberapa cara anda boleh buat. Antaranya:

  • Elak minum air bergas, kopi atau teh. Jika boleh, minum air kosong sahaja.
  • Sebelum tidur, kurangkan jumlah air yang anda biasa minum bagi mengelakkan kekerapan bangun tidur.
  • Makan makanan yang kaya dengan fiber bagi elak sembelit kerana sembelit boleh menyebabkan rasa kencing kerap.
  • Pastikan berat badan sihat kerana berat badan berlebihan akan menambah tekanan pada pundi kencing jadi ini menyebabkan anda ingin selalu kencing. 

Faktor emosional/hormonal bagi susah tidur ketika hamil

Wanita hamil sudah pasti akan mengalami proses perubahan hormon yang sangat drastik. Perubahan hormon ini akan mempengaruhi keadaan emosi anda.

Pada waktu inilah anda akan mula memikirkan hal-hal yang bermacam-macam; dari isu-isu ketika hamil dan bersalin hinggalah ke isu kos penjagaan bayi anda.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan stress seterusnya menganggu kualiti tidur anda. Anda juga mungkin akan mengalami mimpi yang beraneka ragam. Ada juga sehingga yang mengigau. Semua ini akan mengangggu tidur anda, seterusnya menyebabkan anda sukar tidur.

Cara mengatasi masalah ini? Tarik nafas dalam-dalam dan bertenanglah! Cuba alihkan fikiran anda kepada kegembiraan menerima cahaya mata tidak lama lagi.

Fokuskan tumpuan anda kepada perkara positif. Sentiasa bertindak proaktif dan jangan biarkan anda sendirian dilamun emosi.

Cara Ibu Hamil Tidur Yang Betul

Pastinya kebanyakkan ibu hamil akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan posisi untuk tidur lena. Ia terjadi disebabkan perubahan hormon dan fizikal ibu ketika hamil. Walaubagaimana pun, cara tidur yang betul untuk ibu hamil memainkan peranan penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti sepanjang tiga trimester kehamilan.

Berikut merupakan tips tidur lena yang selamat untuk ibu hamil:

#Tidur mengiring ke sebelah kiri

Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan pada hati dan buah pinggang. Selain itu, ibu hamil disarankan tidur mengiring ke sebelah kiri kerana vena besar membolehkan pengairan darah yang lebih optimum daripada bahagian bawah tubuh ke jantung. Oksigen dan nutrisi juga dapat disalurkan kepada janin dalam kandungan melalui plasenta dengan baik.

#Tidur mengiring ke sebelah kanan

Jika tidur sebelah kiri adalah baik tidak semestinya tidur mengiring ke sebelah kanan tidak baik. Kajian menunjukkan kedua-dua belah posisi adalah selamat dan ideal buat ibu hamil. Ia bergantung kepada keselesaan pada ibu.

Nota: Terdapat risiko kecil berlaku masalah kemampatan pada urat vena besar jika anda selalu tidur menggunakan posisi ini

#Tidur dalam kedudukan separuh duduk

Antara kedudukan lain yang boleh membantu ibu-ibu menjadi lebih selesa apabila tidur dengan kepala dan bahagian atas belakang yang disokong oleh bantal. Posisi ini dapat membantu ibu mengalami pedih ulu hati semasa trimester ketiga kehamilan. Selain itu, gunakan banyak bantal disekeliling katil. Pilih bantal lembut supaya kepala, tangan, kaki dan belakang boleh mendapatkan kedudukan yang paling selesa.

Cara mengatasi masalah susah tidur ibu hamil

susah tidur ketika hamil

Masalah sukar tidur untuk ibu hamil biasanya awal trimester pertama lagi. Simptom-simptom kehamilan adalah seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis dan kerap kencing di waktu malam. Perubahan hormon dan fizikal semasa hamil antara punca-punca ibu-ibu mengalami masalah sukar tidur.

Berikut adalah cara mengatasi masalah sukar tidur ketika hamil yang perlu ibu-ibu elakkan:

Kurangkan minum air – jika anda mengalami masalah sering ke tandas, kurangkan minum air selepas makan malam. Elakkan minum minuman seperti kopi atau soda.

Minum susu – minum segelas susu suam sebelum tidur dapat membantu ibu tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Ini kerana asid amino L-trytophan yang terdapat dalam susu meningkatkan paras serotonim yang membuatkan ibu berasa mengantuk.

Dapatkan posisi yang sesuai – jika ibu-ibu selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba tinggikan bahagian kepala letak beberapa banyak untuk anda lebih selesa. Atau dapatkan bantal yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena.

Elakkan tidur dalam perut kosong – untuk mengelakkan rasa loya atau mual semasa tidur. Pastikan ibu-ibu mengambil sedikit makanan berprotein tinggi seperti kekacang atau buah-buahan.

Elakkan makanan yang menyebabkan ketidakselesaan – contohnya makanan pedas, berempah, berminyak dan berlemak. Selain itu, ibu-ibu akan lebih cenderung mengalami kekejangan kaki semasa tidur. Pastikan ibu mendapatkan sumber kalsium dan magnesium yang secukupnya seperti sayuran hijau dan produk tenusu seperti tempe, yogurt dan tauhu.

Urutan – urut boleh membantu masalah susah tidur ketika hamil. Ia juga dapat memberikan kelegaan kepada ibu-ibu serta menyenangkan perasaan. Jadi rajin-rajin la mengurut lebih seronok kalau dapat diurut oleh suami.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Bila patut risau?

Mengalami mual dan loya sewaktu hamil adalah proses kehamilan tetapi ibu-ibu harus peka dalam perubahan yang terjadi sepanjang kehamilan.

Jika ibu-ibu mengalami sebarang tanda-tanda dibawah segera dapatkan nasihat doktor:

  • Air kencing berubah menjadi gelap atau sukar untuk kencing melebihi 8 jam
  • Ibu tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
  • Kerap muntah-muntah
  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Kehilangan berat melampau

Jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga manfaat!

Artikel ini ditulis oleh Saadah Baharudin dan pertama kali diterbitkan di Pregnant.my! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Embrio vs Fetus: Ketahui Perbezaannya Di Awal Kehamilan Anda?

Baca juga: Ini Perkara Penting Tentang Perkembangan Ibu & Janin Di Setiap Trimester Kehamilan

1. Parents. (2020,November 06).
How to Get a Good Night’s Sleep While Pregnant.
https://www.parents.com/pregnancy/my-life/sleep/how-to-get-a-better-nights-sleep-while-pregnant/

2. Sleep.org. (2022,February 25).
The Best Sleeping Positions for Pregnancy.
https://www.sleep.org/sleep-questions/best-pregnancy-sleep-position/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam
Kongsikan:
  • Benarkah Wanita Berbadan Gempal Sukar Untuk Hamil? Ini Penjelasan Pakar

    Benarkah Wanita Berbadan Gempal Sukar Untuk Hamil? Ini Penjelasan Pakar

  • Susah Hamil Kerana Hidap PCOS, Wanita Ini Tulis Sepucuk Surat Yang Sangat Menyentuh Hati

    Susah Hamil Kerana Hidap PCOS, Wanita Ini Tulis Sepucuk Surat Yang Sangat Menyentuh Hati

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Benarkah Wanita Berbadan Gempal Sukar Untuk Hamil? Ini Penjelasan Pakar

    Benarkah Wanita Berbadan Gempal Sukar Untuk Hamil? Ini Penjelasan Pakar

  • Susah Hamil Kerana Hidap PCOS, Wanita Ini Tulis Sepucuk Surat Yang Sangat Menyentuh Hati

    Susah Hamil Kerana Hidap PCOS, Wanita Ini Tulis Sepucuk Surat Yang Sangat Menyentuh Hati

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.