Tempat Rekreasi Menarik & Selamat Untuk Seisi Keluarga, Sesuai Untuk Anak Yang Lebih Gemar Bermain Di Luar Rumah!

undefined

Aktiviti fizikal yang ringan seperti aktiviti rekreasi dan riadah sekeluarga banyak kebaikannya. Ini kerana disamping dapat mengeratkan hubungan, ia juga boleh memberikan pengalaman, keseronokan, sambil mengalakkan gaya cara hidup yang sihat. Lokasi tempat rekreasi turut memainkan peranan. Jika anda bosan ke lokasi yang sama, cuba lihat senarai kami.

Satu cara untuk mengamalkan cara hidup yang sihat adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang ringan seperti aktiviti rekreasi dan riadah sekeluarga banyak kebaikannya. Tempat rekreasi untuk melakukan aktiviti fizikal ini pula harus tampak kemas, bersih dan hadir dengan pelbagai peralatan yang selamat digunakan.

tempat rekreasi

Kredit: freepik.com

Anak-anak paling gemar melakukan aktiviti fizikal bersama ibu bapa kerana di samping dapat mengeratkan hubungan, ia juga boleh memberikan pengalaman dan keseronokan pada mereka. Secara tidak langsung anda telah menggalakkan mereka untuk hidup dengan cara gaya hidup lebih sihat.

Ya, buat masa sekarang memang anak-anak tidak digalakkan untuk bermain di luar namun membiarkan mereka terperuk di dalam rumah seharian juga tidak bagus untuk mental dan emosi mereka. Anda masih boleh bawa mereka ke tempat-tempat rekreasi berdekatan. Pastikan semua mengikut SOP yang ditetapkan, dan mulakan sahaja aktiviti anda!

Baca juga: 8 Aktiviti Bonding Ayah dan Anak Perempuan Yang Anda Boleh Cuba

Tempat Rekreasi di Sekitar Lembah Klang

Selain dari taman di kawasan perumahan, anda mungkin sudah buntu dan muak dengan persekitaran sama. Kami cadangkan beberapa tempat rekreasi menarik di bawah yang mungkin anda boleh kunjungi nanti.

1# Taman Lembah Kiara

tempat rekreasi

Kredit: timeout.com

 

Terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Taman Lembah Kiara menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti trek jogging, stesen senaman, taman permainan kanak-kanak, tempat berkelah dan laluan pejalan kaki serta berbasikal.

Dikelilingi hutan hijau yang subur, pengunjung yang sukakan cabaran, taman ini adalah sesuai untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti mendaki bukit dan berbasikal gunung.

Kelas in-line skates juga ada disediakan, jika anak ingin nak belajar rollerblading.

2# Taman Burung Kuala Lumpur

tempat rekreasi

Kredit: viator.com

Kalau anda ingin melakukan aktiviti yang lebih senang seperti berjalan-jalan sambil melihat burung, Taman Burung Kuala Lumpurlah tempatnya. Tarikan unik taman ini adalah semua burung-burung dilepaskan secara bebas.

Pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak dan tidak merbahaya ini. Burung yang agak agresif seperti burung helang, ditempatkan dalam sangkar.

Harga tiket untuk masuk adalah:

  • Dewasa (mykad): RM27
  • Kanak-kanak umur 3-11 (mykid): RM13
  • Dewasa (tiada mykad): RM67
  • Kanak-kanak umur 3-11 (tiada mykid): RM45

Untuk informasi lanjut layari: https://www.klbirdpark.com/

3# Hutan Simpan Kota Damansara

tempat rekreasi

Kredit: kyesion.com

Untuk keluarga yang suka aktiviti sederhana fizikal, anda boleh cuba meredah hutan di Hutan Simpan Kota Damasara. Semua jalan hutan disini direka dan dibina dengan teliti oleh sukarelawan serta Orang Asli Temuan melalui rundingan dengan Jabatan Perhutanan Selangor. Jalan ini sesuai untuk penunggang basikal bukit dan pejalan kaki.

Kod warna yang berbeza serta cakera berwarna dilekatkan sepanjang jalan supaya jalan mudah dikenal pasti. Ini juga adalah untuk memastikan kamu sedang mengikuti jalan yang betul. Terdapat juga papan tanda kayu yang diukir dengan tangan di sepanjang laluan.

Saya sendiri sudah habiskan jalan sepanjang 6km dengan anak saya berdua tanpa masalah. Setiap laluan direka dengan kesukaran yang berlainan, jadi baca dulu peta yang ada di laman web mereka sebelum menbawa keluarga anda bersama. Kalau khuatir sesat jalan, anda boleh menempah perkidmatan panduan jalan dari Orang Asli Temuan yang bertugas. Dengan melayari laman Facebook mereka anda boleh mendapat maklumat terkini mengenai jalan hutan yang terbatas akibat pokok tumbang.

4# Berbasikal Di Publika

tempat rekreasi

Kredit: Facebook Publika

Jika anda lebih suka melawat pusat membeli-belah saja, jangan risau, ada juga aktiviti berbasikal untuk kanak-kanak disana.

Setiap hari Ahad, jalan sekitar Publika akan ditutup dan anda boleh bawa anak berbasikal dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Semua orang boleh datang untuk beriadah bersama-sama. Jika anda tidak mempunyai basikal sendiri, anda boleh sewa dekat kaunter maklumat. Selain basikal, rollerblade dan kasut roda pun boleh.

Apabila jalan sekitar dibuka semula pada pukul 10 pagi, anda sekeluarga boleh bersarapan pagi di mana-mana kedai makan di Publika. In adalah cara yang baik dan selamat untuk anak melakukan rekreasi aktif tanpa meninggalkan keselesaan pusat membeli-belah.

Kelebihan Aktiviti Riadah di Tempat Rekreasi Lain Daripada Biasa

Tempat Rekreasi Menarik & Selamat Untuk Seisi Keluarga, Sesuai Untuk Anak Yang Lebih Gemar Bermain Di Luar Rumah!

Kredit: freepik.com

Dengan melakukan aktiviti rekreasi, ini juga boleh mengurangkan tekanan dan ini akan menjadikan jiwa anda lebih tenang. Zaman sekarang terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan seseorang itu menghadapati tekanan.

Tak kira sama ada tekanan itu datang dari pejabat, dari rumah, ataupun sekeliling kita, semua jenis tekanan sama sahaja. Aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.

Apabila melakukan aktiviti menghiburkan yang kita gemar, ini sedikit sebanyak dapat menolong kita melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

sumber: TimeOutKL, Ramarama.my, Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara

Baca juga: Aktiviti DIY yang boleh dilakukan sekeluarga semasa cuti hujung minggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!