8 Aktiviti Bonding Ayah dan Anak Perempuan Yang Anda Boleh Cuba

8 Aktiviti Bonding Ayah dan Anak Perempuan Yang Anda Boleh Cuba

Kukuhkan ikatan kasih sayang antara si bapa dan anak perempuan kesayangannya. Bagaimana caranya? Ini adalah antara 8 aktiviti bonding ayah dan anak perempuan yang anda boleh cuba!

Hubungan seorang ayah dan anak perempuannya agak unit dan istimewa. Si kecil itulah puteri hati si bapa dan ayah itulah hero sejati si anak.

Namun, dalam memastikan hubungan istimewa itu berkekalan, adalah penting untuk mereka selalu berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama-sama.

Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor, ada beberapa aktiviti bonding ayah dan anak perempuan yang anda boleh cuba.

Melihat Telatah Binatang di Farm in the City

Jika anda dan anak perempuan anda seorang penggemar haiwan, antara aktiviti yang anda boleh lakukan bersama-sama adalah dengan pergi ke Farm in the City yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan.

Anda mungkin telah mengetahui tentang tempat ini. Namun, mungkin anda tidak berapa pasti apa yang boleh dibuat di sini. Di sini, anda dan anak perempuan anda boleh memberi makan kepada salah satu daripada 100 spesis binatang ternakan dan eksotik.

Source: Tripadvisor.com.my

Source: Tripadvisor.com.my

Selain itu, anak anda juga boleh memilih untuk memberi makan kepada binatang seperti anak kuda, ikan, kura-kura, arnab dan macam-macam lagi. Ada juga aktiviti menangkap ikan dan persembahan burung kakak tua. Sejam atau dua jam memang tidak cukup, jadi pastikan anda beri ruang sehari untuk menghabiskan masa di Farm in the City ini!

Bermain Boling di U-Bowl, One Utama

Antara aktiviti bonding ayah dan anak perempuan yang anda boleh cuba juga adalah bermain boling di U-Bowl One Utama. Kalau ini kali pertama anak anda bermain boling, gunakan kesempatan ini untuk mengajarnya permainan tersebut. Ia sesuatu yang dia akan ingat sehingga dewasa kelak.

Source: Happygokl.com

Source: Happygokl.com

Yang menariknya di U-Bowl, landasan bolingnya ada disediakan penghalang untuk mengelakkan bola daripada terjatuh ke longkang. Ada juga bola boling bersaiz kecil dan ringan untuk anak anda gunakan.

Selepas selesai sesi boling, anda boleh pergi ke kedai smoothie di dalam kompleks membeli-belah One Utama untuk menghilangkan dahaga! Ikatan ayah dan anak pasti akan lebih utuh dengan aktiviti ini.

Mengeluarkan Peluh di District 21

Jika anak perempuan anda gemarkan aktiviti yang mengeluarkan peluh, anda boleh membawanya ke District 21. Ia merupakan sebuah taman tema sukan lasak yang mesra kanak-kanak. Ia terletak di dalam IOI Mall di Putrajaya.

Source: Mummyweeblog.com

Source: Mummyweeblog.com

Di sini ada sukan trampoline, buaian pusing karusel, go-kart, laluan bertali, dan pelbagai lagi. Anda perlu tahu yang setiap aktiviti ini ada had ketinggian. Jadi pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

Yang pastinya, anda, si ayah, tidak akan kebosanan kerana anda juga turut boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan di District 21 ini!

Melayan Imaginasi di Kidzania

Kidzania KL juga merupakan salah satu tempat popular untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur. Jika si kecil anda tidak pernah ke Kidzania, mungkin inilah masanya untuk membawa dia ke sana dan merapatkan hubungan ayah dan anak.

Kidzania terletak di Mutiara Damansara, PJ. Di sini, tiada permainan arked atau permainan hiburan. Yang ada di sini ialah taman-taman aktiviti interaktif yang berlatar belakangkan pelbagai jenis pekerjaan.

Source: Expatriatelifestyle.com

Source: Expatriatelifestyle.com

Jadi, anak anda boleh melayan imaginasinya dengan menyertai set bomba dan memadamkan api. Anda juga boleh membawanya masuk ke kokpit kapal terbang dan si anak boleh berangan menjadi juruterbang. Inilah yang dikatakan masa berkualiti – berhibur sambil belajar tentang pelbagai jenis pekerjaan.

Ketahui beberapa aktiviti bonding ayah dan si anak perempuan dengan membaca halaman seterusnya…

Bermandi-Manda di Sunway Lagoon

Kadang-kadang, cara mudah untuk merapatkan hubungan seorang ayah dan anak perempuannya adalah dengan melakukan aktiviti santai. Antaranya, bermandi-manda di Sunway Lagoon. Anak perempuan anda tentu suka.

Source: Petalingjaya.org

Source: Petalingjaya.org

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema air yang besar terletak di bandar Sunway. Jikalau anda rasa aktivit bermandi-manda itu terlalu membosankan, jangan risau. Ada banyak lagi permainan menarik di sini yang anda boleh cuba bersama anak perempuan anda.

Antaranya bot lanun, rollercoaster, jambatan gantung, pertunjukan haiwan, memanah, go-kart, dan juga rumah hantu. Senang kata, memang banyaklah tempat menarik di dalam Sunway Lagoon ini.

Membuat Arca di Clay Expression

Hubungan rapat ayah dan anak perempuan juga boleh dieratkan lagi melalui aktiviti seni. Untuk merasai sesuatu kelainan, apa kata anda sertai kelas seni arca di Clay Expression. Kelas ini ada menyediakan aktivit ayah dan anak bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti membuat arca.

Source: Timeout.com

Source: Timeout.com

Jadi, bolehlah anak perempuan anda belajar membuat arca anak patung beruang, membuat pinggan atau pasu kecil, dan juga apa sahaja bentuk mengikut kreativitinya. Anda pula boleh memberi galakan kepadanya dan mengambil gambar sambil dia ralit membuat arca.

Jangan tak tahu, selain merapatkan hubungan keluarga, aktiviti ini juga mampu meningkatkan kemahiran pergerakan motor si anak – dua dalam satulah kiranya!

Menyelami Dunia Laut di Aquaria KLCC

Kita sudah lihat pilihan aktiviti haiwan, air dan seni, Sekarang, jom kita lihat pilihan aktiviti bawah laut. Kalau hendak ke pulau, ia mungkin terlalu jauh. Apa kata anda pergi ke Aquaria KLCC yang terletak di dalam Menara Berkembar Petronas?

Source: Visitkl.gov.my

Source: Visitkl.gov.my

Tanpa perlu keluar jauh dari KL, anda dapat meluangkan masa bersama anak perempuan anda sambil melihat ikan jerung, penyu, obor-obor, dan ikan pari berenang di tepi atau di atas anda. Semua ini ada di akuarium berprestij, Aquaria KLCC.

Selain melihat dunia bawah laut dengan lebih dekat, anak perempuan anda (dan mungkin juga anda sendiri) pasti teruja melihat para divers berenang di dalam akuarium sambil memberi makan kepada ikan-ikan. Ia sememangnya memori yang akan menjadi kenangan si kecil dan si ayah!

Memasak di The Cooking House

Anak perempuan yang sedang sihat membesar pasti akan perlu masuk ke dapur juga suatu hari nanti. Jom kita buat persiapan awal dengan mengajarnya ilmu masakan. Di The Cooking House, anda boleh menyertai kelas memasak bersama anak perempuan anda.

Source: Timeout.com

Source: Timeout.com

Terletak di Bangsar, ada pelbagai pilihan kelas memasak yang anda boleh pilih. Antaranya ialah kelas memasak asas, sarapan sihat, membakar kek, dan makanan snek. Kelengkapan dapurnya telah diubah suai supaya mesra kanak-kanak. Si kecil anda pasti berasa selesa di sini.

Jika anda bernasib baik, mungkin juga anda akan diajar sendiri oleh juri Masterchef Malaysia yang terkenal iaitu Chef Johari dan juga chef selebriti Florence Tan!

Cuba kesemua aktiviti bonding di atas sama ada sewaktu cuti sekolah atau hujung minggu dan lihat bagaimana keakraban anda dan si manja anda semakin utuh, hari demi hari. Jika anda pernah melakukan sebarang aktivit menarik seperti di atas, kongsikan bersama kami dan pembaca lain di ruangan komen di bawah. Kami ingin mendengar dari anda!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner