5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori
Di sini kami ingin berkongsi 5 resipi hebat untuk makanan baby led weaning yang pasti membuka selera si manja! Jom ajar anak makan dengan tangan sendiri.
Trend makanan baby led weaning (BLW) kini semakin popular. Namun apabila memperkenalkan makanan pejal dengan cara baby led weaning, anda perlu tahu resepi makanan bayi 9 bulan yang sesuai!
Memang kita teruja anak boleh cuba pelbagai makanan, ia tak bermaksud semua makanan baik untuknya.
Di sini kami senaraikan 5 resipi makanan bayi 9 bulan untuk baby led weaning dan untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak makan dari tangan sendiri.
Resipi di bawah ini bukan saja mudah, malah amat berkhasiat untuk anak!
Resepi makanan bayi 9 bulan
#1 French toast sirap maple
Bahan-bahan:
- 6 biji telur
- 1 ½ cawan susu
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh vanila
- 2 sudu sirap maple, (boleh ditambahkan lagi apabila dihidangkan)
- 6 keping roti
- Mentega, untuk menggoreng
- Yoghurt segar dan buah beri
Cara membuatnya:
- Campur susu, telur, serbuk kayu manis, vanila dan sirap maple ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Rendam roti dalam campuran ini selama 2-3 minit.
- Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana
- Goreng roti hingga coklat keemasan (beberapa minit setiap sisi).
- Keluarkan roti dari kuali dan potong kecil supaya lebih senang dimakan
- Hidangkan dengan yoghurt dan buah segar yang telah dipotong.
Resipi dan gambar dari: My Lovely Little Lunch Box.
#2 Mufin brokoli dan keju
Bahan-bahan:
- 200g brokoli
- 1 ½ cawan yoghurt tanpa perisa (360ml)
- ¼ cawan minyak masak zaitun
- 1 telur besar
- 50g keju
- 2 cawan tepung naik sendiri (225g)
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan susu (50ml)
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar ke suhu 200ºC.
- Kukus brokoli sehingga lembut.
- Masukkan yoghurt, telur, minyak, brokoli dan keju ke dalam mesin dan dicincangkan.
- Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar dan tuangkan campuran air dari mesin pemproses makanan dan gaul bersama.
- Tambahkan sedikit susu sekiranya anda rasa campuran itu terlalu kering. Ia akan kelihatan sedikit basah dan berketul-ketul.
- Bahagikan campuran ini dengan rata dalam tin mufin.
- Bakar selama kira-kira 15 minit sehingga coklat keemasan.
Resipi dari Baby Led Weaning; Gambar dari Pinterest.
#3 Ayam popcorn
Bahan-bahan:
- 1 sudu kecil serbuk paprika manis
- 1 sudu kecil daun parsley kering
- 1/2 sudu kecil daun thyme kering
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1 sudu besar mentega
- 500g daging dada ayam dipotong kecil.
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar hingga 180 ° C.
- Cairkan mentega dan tuangkan ke atas daging ayam. Gaulkan.
- Campur semua daun herba bersama serbuk roti di dalam beg zip-lock yang besar. Masukkan kepingan ayam ke dalam beg, tutup beg dan goncang supaya daging itu ditutup dengan serbuk roti.
- Letakkan kepingan ayam pada dulang dan masukkannya ke dalam ketuhar. Bakar selama 20 – 30 minit atau sehingga warna keemasan dan ayam itu masak.
Selepas ini jangan beli chicken nugget dari luar lagi ye!
Resipi dan gambar dipetik dari One Handed Cooks.
#4 Kek pear dan beri biru
Bahan-bahan:
- ½ cawan gula castor, dan 1 sudu besar gula untuk ditabur atas kek
- ¾ cawan (180ml) minyak masak
- 2 biji telur
- 1 sudu besar pes vanilla
- 1 cawan yoghurt biasa
- 2 cawan tepung biasa
- 1 ½ sudu kecil serbuk penaik
- secebis garam
- 2 pears, dibuang biji tengah dan dipotong kecil
- 1 bekas beri biru
- 1 sudu besar serbuk kayu manis
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar ke 180°C dan alaskan tin kek 24cm dengan baking paper.
- Campurkan gula, minyak, telur, vanilla, dan yoghurt dalam mangkuk besar.
- Tapiskan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Tuang campuran itu ke dalam tin kek.
- Hiaskan bahagian atas adunan kek itu dengan pear yang telah dipotong dan beri biru kemudian tabur dengan gula dan serbuk kayu manis.
- Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (cucuk dengan lidi)
Resipi dan gambar dipetik dari My Lovely Little Lunch Box.
#5 Skon ubi bit dan keju
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan (250gm) tepung serba guna
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 hingga 1 1/2 cawan keju dihiris kecil-kecil
- 70g mentega pada suhu bilik
- 1/4 cawan susu penuh krim
- 1 biji telur yang telah dikacau
- 1 ubi bit bersaiz sederhana
- sedikit susu untuk untuk glaze
Cara membuatnya:
- Panaskan oven 200ºC.
- Potong setengah ubi bit dan kukuskan selama 15-20 minit sehingga hampir masak sepenuhnya (sedikit keras di tengah). Parut dan ketepikan.
- Tapiskan tepung bersama dengan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan mentega dan gosok dengan hujung jari anda sehingga mendapat campuran seperti serbuk roti.
- Masukkan keju, susu, telur dan ubi bit. Adun sehingga ia menjadi doh yang bulat.
- Tutup mangkuk yang mengandungi doh tadi dan biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Uli adunan itu sehingga ketinggian kira-kira 2.5cm dan potongkan dengan pemotong biskut.
- Letakkan skon yang telah dipotong di atas dulang dan berus bahagian atas dengan susu.
- Bakar selama 15-20 minit dan hidangkan apabila masih panas dengan mentega.
Resipi makanan bayi 9 bulan dan gambar dipetik dari Her View From Home.
Tips sediakan resepi makanan bayi 9 bulan yang ibu bapa perlu ingat:
- jangan beri madu pada bayi di bawah 1 tahun kerana risiko botulisme
- berhati-hati apabila memperkenalkan kacang tanah kerana risiko alahan
- jangan beri anggur atau makanan dengan ukuran yang serupa tanpa dipotong kecil terlebih dulu kerana risiko anak tercekik
- sentiasa potong makanan dalam bentuk dan saiz yang sesuai untuk mengelakkan risiko anak tercekik
- baca tentang baby led weaning di sini dan jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai amalan ini, rujuk kepada doktor anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia