Nak Marah Perlu Berpada-Pada, Ini 5 Sebab Kenapa Parents Terlalu Kasar Buat Anak Trauma!
Apabila anda baca kesan jika selalu marah, tampar, cubit atau pukul anak, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan refleks.
Jika anak terlampau tidak mendengar kata, kadang kala ibu bapa bertindak mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga dicubit kulitnya, dimarah dengan kata-kata kasar yang tidak sedap didengar.
Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
Namun apabila anda baca kesan jika selalu kasar, marah, tampar, cubit atau pukul anak yang sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan refleks.
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dimarah, dikasari atau dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.
5 Sebab Ibu Bapa Perlu Berhenti Jadi Kasar Dengan Anak
1. Hilang keyakinan diri
Satu contoh yang kurang baik, ketika marah biasanya kita terlampau beremosi dan akan mengucapkan atau melakukan hal hal yang bakal kita kesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya.
Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berfikir yang dia sentiasa salah dan tiada apa yang dia buat betul di mata kita.
Mereka akan hilang keyakinan diri dan ini akan mempengaruhi tingkah lakunya di depan orang ramai seperti di sekolah. Antaranya mereka akan lebih memilih untuk berdiam tanpa melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan anak anda kurang berjaya.
2. Anak adalah cermin diri kita
Apa yang kita buat, anak akan contohi kerana kita adalah guru pertama mereka. Jika kita sering kali menunjukan contoh yang buruk, mereka juga akan berkelakuan seperti itu. Jika bukan pada adik beradik mereka, mungkin pada kawan-kawannya.
Cuba refleks semula, mahukah kita melihat anak kita marah seperti kita? Maka, tunjukan contoh yang baik supaya anak kita akan ikut seperti kita.
3. Ibu ayah kasar buat anak menjadi lebih degil
Terdapat banyak kajian yang menunjukan jika kita berkasar dengan anak-anak, mereka akan memberontak dan menjadi lebih degil sebagai tanda protes.
Jika kita tidak dapat mengawal diri kita, keadaan akan bertambah buruk kerana mereka akan semakin memberontak. Ini akan merosakkan hubungan ibu bapa dan anak. Kita sebagai orang dewasa harus lebih mengawal diri kita.
4. Menjadi trauma
Nada yang tinggi, bahasa yang kasar, serta perbuatan seperti memukul akan meninggalkan kesan yang dalam pada anak-anak kecil.
Mereka akan sentiasa ingat memori ini dan menjadi trauma untuk berdepan dengan ibu bapa mereka sendiri. Ini akan membuatkan mereka rasa hilang tempat bergantung.
5. Ibu bapa kasar anak akan hilang rasa hormat
Perbuatana dan bahasa kasar akan membuatkan mereka hilang rasa hormat kepada kita. Secara tidak langsung ini akan menggalakan mereka terjebak dengan masalah gejala sosial.
Mereka akan merasakan rakan-rakan lebih menerima mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri, jadi mereka berpaling untuk memilih rakan sebaya berbanding keluarga sendiri.
Semoga pembacaan ini dapat membuka mata kita untuk lebih berhati-hati dengan tindakan kita selepas ini. Diri sejenak di hadapan cermin dan refleks semula diri kita. Kita adalah acuan yang membentuk anak-anak kita.
Berubah menjadi lebih baik untuk mereka, generasi akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup
Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia
Baca juga: Usia 8 Tahun Keyakinan Makin Merosot: Tips Menjadikan Anak Perempuan Lebih Berkeyakinan!