7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

undefined

Solat di masjid dengan bawa anak kecil boleh mendatangkan kerisauan buat ibu ayah. Namun beberapa cara ini boleh mengawal si manja anda

Bulan Ramadhan datang lagi. Setiap umat Islam pasti tidak mahu melepaskan peluang setahun sekali untuk melakukan solat di masjid. Tapi… teringat pula anak-anak yang tiada siapa jaga. 

Teringin juga ingin bawa anak-anak ini ke sana untuk memperkenalkan tentang Islam dengan lebih lanjut pada mereka. Tapi… tak mengganggu jemaah lain ke?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara mudah untuk bawa anak solat di masjid tanpa mengganggu jemaah lain

Jangan risau ibu bapa semua! Bawa saja anak-anak anda itu. Sejarah telah membuktikan yang kanak-kanak dulu juga dibawa ke sana untuk diajar tentang ibadah solat dan pelbagai ilmu lain.

Cara mudah untuk bawa anak solat di masjid tanpa mengganggu jemaah lain

Mereka dididik untuk mencintai masjid dan solat berjemaah.

Bagus, bukan? Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk bawa anak-anak itu. Tapi sebagai ibu bapa yang bijaksana, anda akan bawa mereka mengikut 7 cara mudah ini!

Pertama sekali, apakah hukum membawa anak solat di masjid? Hukumnya adalah diharuskan.

Bahkan, Rasulullah SAW sendiri membawa dan mengendong Ummah binti Abil Ash – cucunya ke masjid. Baginda amat bertimbang rasa dan memahami kesukaran membawa kanak-kanak ke tempat solat.

Oleh itu, pelbagai pertimbangan telah dilakukan Baginda untuk memudahkan umatnya.

Berikut adalah 7 cara mudah untuk membawa anak ke masjid tanpa menggangu jemaah lain:

1. Pilih masjid yang mesra jemaah

7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

Ini perkara pertama yang harus anda pertimbangkan. Pilih masjid yang luas, sejuk dan mempunyai budak-budak lain di situ. Bukan apa, masjid yang sempit biasanya akan cepat penuh. Nanti anak-anak akan mudah tak selesa.

2. Lihat “mood” anak sebelum keluar rumah

Mood anak-anak akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Jadi, cuba perhati mood anak anda sebelum anda bawa mereka keluar. Elakkan mereka meragam kelak kerana tak cukup tidur, kelaparan dan penat.

3. Fokus untuk memperkenalkan masjid

Tak mengapa jika solat terawih anda tak penuh. Ingatlah, solat tarawih itu sunat. Tapi, ibu bapa wajib mendidik anak-anak untuk mencintai masjid

4. Duduk di tepi dinding atau hujung saf

solat dengan anak di masjid

Jika anda khuatir anak-anak ini akan meragam dan mengganggu jemaah, cuba elakkan ia dari awal. Cari tempat solat yang agak jauh daripada khalayak, seperti di tepi dinding dan di hujung saf. Letak anak anda di tepi.

5. Bawa mainan kanak-kanak

Anak yang masih kecil mungkin akan cepat meragam jika mereka bosan dan penat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak mengatasi masalah ini. Bawa sebarang mainan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka.

Tapi pastikan barang permainan itu tak bising dan mengganggu jemaah lain! Cuba bawa buku warna, bantal, selimut, patung kegemarannya dan lain-lain.

6. Nasihat sejak dari rumah

“Anak duduk diam ketika dalam masjid” macam satu mimpi yang tak akan jadi realiti, kan? Oleh sebab itu anda perlu menasihati mereka sejak dari rumah lagi.

Jelaskan bagaimana situasi di masjid kelak. Jangan tinggikan suara anda jika mereka tak mendengar kata! Dukung anak yang menangis dan meragam.

7. Dukung bayi ketika solat

bawa anak solat masjid

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Ansori RA, baginda bersabda:

Ketika kami duduk di dalam masjid, Baginda Rasullullah SAW muncul sambil mengendong Umamah binti Abil Ash, cucunya; anak kepada Zainab binti Rasullullah SAW. Tika itu, Umamah masih kecil. Rasullulah mengerjakan solat sambil mendukung beliau. Ketika rukuk, baginda meletakkan Umamah. Apabila baginda berdiri semula, baginda menggendong Umamah kembali. 

Islam itu agama yang indah dan memudahkan. Rasullulah SAW sendiri pernah memendekkan solat kerana mendengar tangisan bayi di kalangan jemaahnya.

Hukum solat sambil mendukung bayi adalah dibenarkan. Bagaimana ingin solat sambil mendukung bayi? Lihat caranya di sini.

Bagaimana? Bersedia untuk guna 7 cara mudah ini agar anda boleh membawa anak-anak tanpa mengganggu jemaah lain? Cubalah dulu, baru anda tahu keberkesanannya.

Kami mengucapkan selamat maju jaya. Semoga bulan Ramadhan ini membawa berkat pada anda sekeluarga! Amin.

Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

Baca juga: Cara Solat Tarawih Sendiri Di Rumah, Panduan Untuk Ibu Yang Tidak Dapat Ke Masjid

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!