X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jenis Karenah Ibu Ketika Bulan Puasa, Paling Lucu No.3! Boleh Tersuap Makanan Anak

4 min bacaan
Jenis Karenah Ibu Ketika Bulan Puasa, Paling Lucu No.3! Boleh Tersuap Makanan Anak

Jenis wanita golongan ibu-ibu setiap kali berpuasa di bulan Ramadhan. Macam-macam ada, mana tidaknya perlu mengurus keluarga sahur dan berbuka

Macam-macam perangai dan karenah ibu sebaik masuk bulan Ramadan. Mana tidak, dengan nak mengurus rumah tangga ditambah melayan 1001 ragam dan perangai anak-anak yang bermacam hal. Itu tak campur lagi hal-hal lain dengan kesibukan bekerja di pejabat. Jadi ibu-ibu sekalian, anda jenis wanita yang macam mana sepanjang bulan puasa ini?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis wanita yang bergelar ibu ketika di bulan Ramadan

Jenis wanita yang bergelar ibu ketika di bulan Ramadan

1- Jenis tutup suis kipas, pendingin hawa kejut sahur

jenis wanita

Bunyi penggera (alarm) jam 5 pagi tapi anak-anak masih tak bangun-bangun. Sudahlah bersusah payah bangun awal memasak atau panaskan lauk waktu berbuka, tapi anak-anak masih belum terjaga walaupun sudah kejut banyak kali.

Jalan terakhir tutup kipas dan pendingin hawa. Boleh pula anak-anak automatik terus bangun. Suara ibu-ibu berleter dari dapur, pagi-pagi bertukar jadi incredible hulk.

Itu pun kalau anak-anak bangun, tapi jika masih melayan sedap tidur. Alamat tak kuasalah nak kejut banyak kali, puasalah mereka tanpa sahur.

Biasa anak-anak remaja, kalau masih bersekolah rendah memang akan dipaksa sahur bimbang tak larat berpuasa.

2- Jenis peka keberadaan anak waktu tarawih

Ibu-ibu memang biasanya peka keadaan sekeliling, lagi-lagi hal berkaitan anak. Ajak pergi solat tarawih berjemaah di masjid atau surau, siaplah kalau mereka buat hal atau bising dan sebagainya.

Kejap lagi tahulah apa ‘hadiah’ dapat bila sampai di rumah.

Masuk saja tempat solat, tercari-cari mana kelibat anak dari belakang, terutama anak-anak lelaki. Biasalah ada segelintir budak-budak memang tak berhenti bersembang dan bermain bila berjumpa kawan di belakang, waktu jemaah sedang solat tarawih.

Habis selesai rakaat, ibu-ibu mencari anak siapa yang buat bising takut-takut anak sendiri yang bersuara nyaring. Kalau betul anak sendiri, sampai rumah adalah ‘habuan’ diterima.

3- Jenis tukang kejut semua orang, kalau terlambat satu keluarga ‘terlajak’

jenis wanita

Situasi kebiasaan terjadi jika ibu terlambat bangun sahur di hujung-hujung waktu. Sudahnya semua satu rumah akan terlajak sekali. Bila terjaga, apa lagi yang paling kecoh sudah tentu ibu-ibu.

Bangun pula di hujung waktu sahur, anak-anak buat hal tak bangun-bangun disuruh makan sahur.

Terus bertukar jadi ‘mak kau hijau’, dengan ayah-ayah sekali kena. Lepas itu, makanan pula belum sempat panaskan, jadi makan sahaja apa yang ada.

Nasib baik ada lagi lauk waktu berbuka. Atau tak sempat sangat, makan sahaja kurma dan minum air buat alas perut atau apa sahaja stok makanan yang boleh mengenyangkan.

4- Jenis wanita pelupa, tersuap makanan anak

Biasa berlaku kalau ada anak-anak masih kecil, tak ingat ibu sedang berpuasa. Tak sedar makanan pun masuk dalam mulut sambil suap anak makan. Beberapa saat selepas itu, baru teringat ibu sedang berpuasa Ramadan.

Maklumlah kalau bukan waktu puasa, ibu yang selalu menghabiskan makanan anak, jenuh menunggu si kecil habiskan makanan. Itu yang tak ingat waktu puasa tak sengaja makan di siang hari.

5- Jenis makan ‘sorok-sorok’, anak mulut kepoh

jenis wanita

Ibu tak boleh puasa kerana uzur syarie seperti haid. Makan kena menyorok, nanti anak nampak. Terliur pula dia lihat ibu makan tengah hari tak boleh puasa. Bukan senang nak menyorok makan daripada mereka.

Senyap-senyap buka periuk di dapur ambil makanan, terus menyorok dalam bilik. Kalau ada anak jenis mulut kecoh, ‘terkantoi’ sikit, satu rumah dia jerit ibu tak puasa macam nak buat pengumuman satu taman perumahan.

Itu belum lagi mengintai bawah pintu nak tengok ibu buat apa lama-lama di dalam bilik. Sebab baru lepas tengok ibu bawa masuk ke bilik pinggan berisi makanan.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Urutan Perineum Ketika Trimester Ketiga, Bantu Kurangkan Risiko Terkoyak Ketika Bersalin

Baca juga:  Umur 7 Tahun Adalah Waktu Yang Sesuai Didik Anak Berpuasa, Ini Panduan Buat Ibu

Baca juga:  Awal Scan Ingatkan Kembar, Doktor Terkejut Bayi Lahir Kepala Dua Pada Satu Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jenis Karenah Ibu Ketika Bulan Puasa, Paling Lucu No.3! Boleh Tersuap Makanan Anak
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.