3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa
Apabila Ramadhan, tentu anda mahu mengajar anak untuk berpuasa kan? Tapi, anda perlu elakkan 3 kesalahan ini semasa ajar anak puasa.
Bulan Ramadhan ini, tentu saja ramai ibu bapa yang ingin ajar anak puasa, kan? Tapi, apabila anda mahu ajar anak anda puasa, kadang-kadang ada perkara yang anda ajar itu mungkin salah dan perlukan melalui pendekatan lain.
Jadi hari ini, kami akan menyenaraikan 3 kesalahan yang sering ibu bapa lakukan ketika mengajar anak berpuasa. Mari kita baca dan cuba elak kesalahan-kesalahan ini!
3 kesalahan ajar anak puasa yang perlu anda elak
1. Memberi “rasuah” pada anak
Ketika mengajar anak berpuasa, mesti ramai ibu bapa yang menjanjikan hadiah pada anak jika mereka boleh puasa penuh, kan?
“Kalau adik boleh puasa penuh, nanti ibu akan bagi duit raya lebih.”
Memberi motivasi dan sokongan pada anak untuk berpuasa penuh itu memang tanggungjawab ibu bapa, tapi ini bukan bermakna anda patut merasuah anak anda.
Memberi anak hadiah kerana melakukan sesuatu yang baik tidak bagus untuk perkembangan fikiran anak. Pemikiran seperti ini perlu diubah, termasuk ketika ajar anak puasa.
Jika anak boleh berpuasa dengan sendiri tanpa memikirkan ganjaran yang mereka bakal dapat, kepuasan yang mereka rasai lain dan keikhlasan untuk berpuasa akan muncul dari diri mereka.
Malah, memberi ganjaran untuk anak berpuasa juga bertentangan dengan erti berpuasa iaitu “menahan diri”.
2. Tidak menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak
Betul, bulan Ramadhan patut diisikan dengan beribadat. Tapi, apa pula perasaan anak anda jika anda memintanya untuk beribadat sepanjang hari?
Selain dari anda mengajar anak anda untuk beribadah semasa bulan Ramadhan, anda juga perlu membiarkan anak anda bermain permainan yang menyeronokkan.
Nama pun budak-budak, sudah tentu dunia mereka dipenuhi dengan perasaan ingin bermain.
Selain itu, menyediakan aktiviti yang menarik untuk anak-anak juga dapat mengalihkan perhatian mereka dari merasa lapar dan dahaga. Jadi, apa kata anda buat jadual aktiviti untuk anak-anak anda sepanjang Ramadhan ini?
3. Menaruh harapan terlalu tinggi
Jika anda menaruh harapan terlalu tinggi untuk anak anda, ia tidak akan memberi motivasi untuk mereka belajar berpuasa, malah mereka akan merasa tertekan.
Anda boleh berharap untuk anak berpuasa penuh selama sebulan, tapi adakah si kecil anda mampu melakukannya?
Ajar anak puasa merupakan proses yang perlu dilakukan secara berperingkat. Jadi anda perlu sabar dan tunjukkan pada mereka yang anda kalau boleh mahu mereka berpuasa penuh tapi anda tidak akan memaksa mereka jika mereka tidak boleh melakukannya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari