Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Tahun 2021, Rugi Kalau Tengok TV Saja, Jom Semak!

undefined

Sudah tiba musim cuti sekolah ini, jadi kami senaraikan aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak anda tahun ini, pasti mereka teruja!

Sudah tibanya masa yang ditunggu-tunggu anak-anak iaitu musim cuti sekolah! Jadi ibu bapa adakah anda sudah merangcang aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak? Dalam kita turut bersedih dan menolong mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir, kebajikan anak-anak pun jangan ditinggalkan. Malah mungkin anda boleh melibatkan anak bersama dalam membantu kan?

Anak-anak yang tidak dirancang cuti persekolahannya pasti akan berasa bosan dan rugi kerana masa cuti dibiar berlalu begitu saja. Bagi membantu anda, kami bawakan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan bersama dan beberapa program yang boleh diikuti di rumah juga di luar.

Aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

#1. Lakukan hobi bersama: Cari hobi baru yang kita dan anak-anak sama-sama minat. Pastikan ada sesuatu yang baru anda atau mereka dapat pelajari. Antaranya: aktiviti menyediakan snek ringkas (bebola ayam, cupcakes, stik snek sayuran), bersukan (bermain bola, badminton), membaca al-Quran dan hadith, menghafaz ayat-ayat lazim, menonton filem kegemaran, membaca dan melukis (di atas kertas atau pada wajah).

#2. Berkebun dan bercucuk tanam: Bagi anda yang mempunyai ruang di luar rumah, mulakan satu projek bercucuk tanam bersama-sama. Tanamlah sayuran kegemaran atau bunga-bungaan dan belajar bersama membuat baja kompos. Aktiviti ini dapat memenuhi masa lapang melangkaui cuti sekolah dan juga mendekatkan diri kepada alam.

#3. ‘Spring Cleaning’: Apa kata ajak anak-anak mengemas rumah, bermula dengan bilik mereka. Tanyakan jika mereka punyai barang-barang yang tidak digunakan dan apa yang mereka ingin lakukan terhadapnya. Minta anak-anak untuk memeriksa barang-barang mereka sendiri. Anda boleh mencadangkan untuk menderma barang-barang yang masih baik tetapi tidak perlukan lagi.

#4. Melawat saudara mara: Inilah masanya untuk kita dan anak-anak melawat sanak saudara yang berada di luar kawasan, terutama sekali yang berada jauh dan jarang ditemui. Selain kita sendiri dapat mengeratkan silaturahim, anak-anak juga dapat mengenal saudara mara yang jauh. Perjalan sekeluarga juga memberi peluang untuk kita bermesra dengan anak-anak dan mendengar mereka bercerita. Walau bagaimanapun elakkan kawasan banjir, apa yang anda boleh lakukan adalah hulurkan bantuan kepada saudara mara yang terkesan melalui orang tengah. Melainkan air sudah surut, dan anda boleh bawa anak-anak membantu proses pembersihan rumah saudara mara yang terkesan.

#5. Melawat mereka yang kurang bernasib baik: Ambillah peluang masa lapang anak-anak ini untuk menerapkan rasa perihatin mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Bawa mereka melawat golongan ini, sama ada rakan-rakan mereka sendiri atau mana-mana pusat penjagaan seperti rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim. Anjurkan kepada mereka untuk membawa buah tangan atau minta mereka pilih aktiviti apa yang mereka ingin lakukan di sana.

#6. Aktiviti setempat: Dapatkan maklumat aktiviti setempat seperti gotong-royong dan acara sukan. Ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan kita sesama penduduk setempat, ia juga memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenal rakan-rakan baru dan beraktiviti bersama rakan-rakan sekolah.

Aktiviti cuti sekolah di luar

#1. KidZania

aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

Merupakan pusat edutainment sekeluarga yang menawarkan pembelajaran dan hiburan secara interaktif untuk kanak-kanak dalam satu bandar bersaiz kanak-kanak. Ia baru saja dibuka untuk umum pada bulan lepas, setelah lama ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu. Pengalaman di sini menjanjikan anak-anak dengan pengalaman kehidupan sebenar, memberi inspirasi, pemerkasaan dan mengajar anak-anak melalui aktiviti role-play. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut!

#2. Petrosains 

Terlalu banyak aktiviti dan maklumat berkaitan sains dan alam sekitar di sini. Malah pamerannya juga berbeza-beza mengikut penggal. Jangan lepaskan peluang apa pameran sains istimewa pada kali ini dengan layari laman web rasmi mereka sekarang! 

#3. Superpark 

aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

Bertempat di Aevenue K, Ampang, Superpark ini memang boleh dijadikan aktiviti wajib untuk anak-anak setiap kali hujung minggu dan cuti sekolah. Banyak aktiviti yang tersedia dalam satu tempat ini, seperti wall climbing, basketball, permainan berkumpulan, jungle gym untuk anak-anak kecil, gelongsor besar, skate boarding dan macam-macam lagi! Setiap aktiviti dapat memenuhi peringkat usia anak-anak yang bermula dari usia 3 tahun.

Untuk anak-anak 3 tahun kebawah juga ada, tapi agak terhad dan perlu ditemani ibu bapa setiap masa. Mengikut SOP sekarang Superpark menyediakan slot masa untuk anda pilih, setiap satu slot adalah selama 2 jam. Sekiranya anda ingin bermain lebih dari masa yang ditetapkan, anda perlu membuat tempahan slot lain. Ini adalah kerana proses disinfeksi dan pembersihan yang akan dijalankan setiap pengakhiran slot. Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan slot anda boleh layari laman web Superpark. 

#4. Farm in the city

aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

Seronoknya anak-anak bila dapat berinteraksi dengan haiwan bukan? Malah tak perlu pergi jauh dan bersesak seperti di zoo yang terkenal dengan tumpuan pelancong. Farm In The City ini juga sudah memadai, malah anda boleh perkenalkan banyak haiwan-haiwan eksotik dan tumbuh-tumbuhan menarik kepada anak-anak. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jangan Biar Anak Tengok TV Sahaja, Perlu Ada Aktiviti di Rumah Supaya Otak Anak Berkembang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!