X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tekad Kumpul 10 Tan Sumbangan Buat Mangsa Banjir, Bapa Ainul Mardhiah Ingin Balas Jasa Rakyat Malaysia

22 Dec, 2021
Tekad Kumpul 10 Tan Sumbangan Buat Mangsa Banjir, Bapa Ainul Mardhiah Ingin Balas Jasa Rakyat Malaysia

Bantuan banjir bagi mereka yang terjejas di Selangor khususnya Shah Alam dan Hulu Langat amat diperlukan bagi membantu mereka teruskan hidup

Pada tahun 2019 lalu, seluruh masyarakat Malaysia bersatu hati dan prihatin dengan penderitaan yang dirasai oleh bayi berusia 9 bulan, Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumour. Bagi membalas jasa baik ini, bapanya menyumbang kira-kira 10 tan barangan keperluan dan bantuan banjir lain yang diperlukan.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 26 berkata sebelum ini ahli keluarganya mendapat simpati rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anaknya serta menyalurkan wang ringgit bagi membiayai kos perubatan.

Bapa Ainul Mardhiah hantar bantuan banjir kepada mangsa di Selangor

bantuan untuk mangsa banjir

Terkenangkan kebaikan rakyat Malaysia terhadap anaknya, Ahmad Safiuddin tekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Selangor.

Jelasnya kepada Utusan Malaysia, kini tiba giliran dia dan ahli keluarga membalas jasa orang ramai dengan mengumpulkan barangan keperluan mangsa banjir.

”Kami amat terhutang budi dengan semua bantuan yang diterima termasuklah tenaga, wang ringgit dan kepakaran. Jadi kami buat mana yang termampu,” jelasnya.

Dia yang kini mengusahakan sebuah pasaraya Asar Halmart di Ayer Molek, Melaka berjaya mengumpul longgokan barangan bantuan banjir yang sebahagian besarnya disumbang oleh rakyat Melaka.

Menggunakan Facebook bagi mengumpul sumbangan

”Bagi menggalakkan lebih ramai untuk tampil menyumbang, saya telah menguar-uarkan misi ini di laman sosial termasuklah Facebook. Tidak sangka ramai yang datang dan turut sama memberikan bantuan keperluan asas.” kongsinya.

Antara barangan yang akan dihantar termasuklah makanan, pakaian, barang mandian, telekung, susu, lampin bayi dan dewasa, serbuk pencuci dan pelbagai lagi dengan anggaran keseluruhan berat kira-kira 10 tan.

bantuan kepada mangsa banjir

Manakala isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 26 memaklumkan bahawa kedua ibu bapanya turut menjadi mangsa banjir di Klang, Selangor. Lantas mereka bergegas balik bagi membantu keluarga di sana.

”Saya amat sedih melihat keadaan bencana di sana. Memahami perasaan bimbang dengan keselamatan ahli keluarga apabila sekelip mata hilang tempat untuk berteduh.”

”Jadi saya berbincang dengan suami untuk membantu mereka. Kami tidak dapat beri wang ringgit yang banyak. Tapi berharap dengan sumbangan rakyat Melaka ini dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.”

Dalam pada itu, Nurul Erwani turut berkongsi perkembangan positif anak perempuan mereka yang kini berusia 3 tahun. Dia semakin ceria, aktif dan masih meneruskan rawatan susulan.

Mana mungkin lupakan sejarah dan kebaikan yang terima

Menurut perkongsian Ahmad Safiuddin di Facebook, dia berazam ingin membantu setiap orang menggunakan kudratnya adalah kerana anak sulungnya, Ainul Mardhiah.

Suatu ketika dahulu anak saya Ainul Mardhiah pernah dibantu oleh ribuan atau mungkin jutaan rakyat Malaysia. Mana mungkin saya boleh lupakan sejarah itu dan kebaikan yang pernah saya dan keluarga terima.

Alhamdulillah, hari ini anak ini sudah membesar dengan baik. 

Dapat dilihat juga dia memuat naik beberapa keping video dan gambar dalam misi bantuan banjir untuk rakyat di Selangor.

sumbangan korban banjir

Malam tadi dah loading barang bantuan daripada orang-orang Melaka ke dalam lori. Hari ini last untuk kita kumpul. Esok pagi kami gerak bersama beberapa sukarelawan yang lain. 

Ini semua daripada rakyat negeri Melaka yang prihatin. Alhamdulillah, kami cuba bantu uruskannya sahaja.

Last sekali nak beritahu, kami tidak kutip dana sebab kami bukan NGO berdaftar. Jika ada nak disumbang, boleh drop barang bantuan anda yang nak beri di Asar Halmart. 

Pakaian dah banyak, jika ada yang boleh sumbang air mineral, boleh beri ya sebab kuantiti air mineral agak berkurangan.

Pada pagi hari ini, dia bersama-sama dengan beberapa orang sukarelawan dilihat telah memulakan perjalanan dari Melaka menuju ke Selangor bagi mengagihkan setiap bantuan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan syabas kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersatu hati menghulurkan bantuan dan semoga setiap misi banjir ini sampai dengan selamat kepada penerimanya. Amin!

Sumber: Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

Stories Rakan Kongsi
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tekad Kumpul 10 Tan Sumbangan Buat Mangsa Banjir, Bapa Ainul Mardhiah Ingin Balas Jasa Rakyat Malaysia
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham