X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

6 min bacaan
Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

Masalah banjir telah menjejaskan ramai orang termasuklah ibu mengandung dan berpantang. Jika anda menghadapinya, ini yang anda perlu tahu

Bencana alam seperti masalah banjir, kebakaran serta ribut taufan adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan. Jika sebelum ini bahagian pantai timur Malaysia sering mengalaminya setiap tahun, bermula tahun 2021 rakyat Selangor diuji dengan banjir yang cukup besar.

Seluruh keluarga diarahkan untuk berpindah dan selamatkan diri. Memandangkan ia boleh berlaku dalam tempoh yang singkat, ada ibu bersama bayi masih kecil terkandas dan terpaksa bermalam di atas bumbung sementara menunggu bantuan sampai.

Tips menghadapi masalah banjir bagi ibu mengandung dan ibu bapa baru

Bencana banjir Malaysia yang berlaku boleh memberikan tekanan dan rasa takut, terutamanya bagi ibu mengandung atau memiliki bayi.

Bukan itu sahaja, ketika ini juga pihak NADMA banjir telah bersiap siaga apabila Met Malaysia meramalkan hujung tahun 2022 akan berlakunya banjir yang lebih besar.

Berikut ada beberapa langkah langkah keselamatan semasa banjir sebagai panduan anda untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

#1. Bagi ibu mengandung

  • Simpan kelengkapan bersalin 

tips banjir ibu mengandung

Antara langkah langkah keselamatan semasa banjir buat ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai.

Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya. Senang untuk anda pergi hospital pada saat yang memerlukan.

  • Bawa dokumen-dokumen penting

Pastikan dokumen penting seperti Mykad, Buku antenatal (buku pink), sijil nikah dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin. 

Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlakunya kecemasan.

Bagi ibu mengandung yang belum hampir tempoh bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan berdekatan dengan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

  • Jangkitan penyakit masa banjir
banjir di malaysia

foto: berita harian

Kesan banjir yang perlu anda berjaga-jaga adalah risiko adanya jangkitan penyakit masa banjir. Ia adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria, kulat dan parasit) kerana telah bercampur air kotor dan kumbahan.

Kehamilan meningkatkan risiko ibu mengandung mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpamanya. Dapatkan rawatan segera jika anda mula berasa tidak sihat.

  • Lindungi diri dari kecederaan

Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan dan barangan tajam. Berhati-hati jika anda perlu meredah banjir.

Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.

#2. Ibu bapa baharu

Bencana boleh menyukarkan anda untuk mengakses bekalan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan. Justeru praktikkan beberapa langkah langkah keselamatan semasa banjir ini:

  • Sediakan kit kecemasan dan bekalan

Jika terpaksa meninggalkan rumah, sediakan kit kecemasan mengandungi salinan rekod perubatan, maklumat ubat-ubatan serta makanan bayi. Bukan itu sahaja, sediakan sekurang-kurangnya 3 hari bekalan air dan makanan setiap orang.

  • Simpan buku biru (kad vaksin anak)

Buku biru ini penting untuk rekod vaksin anak apabila nak masuk sekolah nanti. Simpan di dalam plastik ‘ziplock’ bersama-sama dengan buku pink. Sekiranya hilang, dapatkan salinan tarikh vaksin dan tandatangan di Klinik Kesihatan atau klinik yang terlibat.

  • Segera berpindah di tempat yang lebih selamat
banjir 2021

foto: berita harian

Jangan berlengah dan menunggu air masuk ke dalam rumah dahulu baru anda ingin berpindah kerana masalah banjir di Malaysia ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

Persediaan awal memudahkan anda dan keluarga membawa barangan penting dan anggota keselamatan tidak perlu membahayakan diri mereka untuk datang menyelamat sewaktu paras air semakin naik.

  • Bawa ubat-ubatan

Sekiranya ibu ayah atau bayi menggunakan ubat preskripsi, jangan lupa untuk membawanya bersama ke pusat pemindahan. Teruskan pengambilan seperti biasa bagi mengelakkan berlakunya keadaan tidak diingini.

  • Bawa beberapa botol air minuman

Pada awal pemindahan, kebiasannya makanan dan minuman tidak begitu mencukupi atau mungkin dicatu. Bagi bayi yang menyusu botol, ibu-ibu hendaklah menggunakan air yang bersih untuk membasuh dan menyediakannya.

Elakkan dari menggunakan air paip kerana ia terdedah dengan risiko pencemaran sewaktu berlakunya banjir.

Kesedaran dan pengetahuan awal memudahkan anda untuk lebih bersedia. Ibu ayah dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik sehingga lupa perkara penting yang diperlukan.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Punca banjir kerap kali terjadi

Banjir adalah keadaan air menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan ataupun tempat luas yang biasanya kering.

Ia boleh berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air dibekalkan oleh hujan dengan begitu tinggi. Lebihan air yang terkumpul pada suatu tempat boleh mencecah kedalaman bahaya.

Bukan itu sahaja, punca banjir juga berlaku akibat limpahan air dari takungan air seperti tasik, sungai ataupun lautan yang mengakibatkan sejumlah air melepasi dari sempadan biasa.

Antara faktor yang mendorong masalah ini adalah:

  • Hujan berterusan
  • Proses pembandaran
  • Kemusnahan hutan
  • Sistem perparitan tidak terancang
  • Hakisan sungai

Kesan banjir Malaysia terhadap masyarakat setempat

Banjir adalah salah satu jenis bencana alam yang paling biasa, dan hampir setahun beberapa negeri di Malaysia akan menerima jumlah taburan hujan yang tinggi terutamanya di kawasan Pantai Timur.

Antara kesan banjir di Malaysia adalah:

  • Kehilangan nyawa dan harta benda: Kesan banjir boleh mengakibatkan kehilangan nyawa manusia, kerosakan harta benda, kemusnahan tanaman, kehilangan ternakan, kemudahan infrastruktur dan gangguan kesihatan akibat penyakit bawaan air.
  • Kehilangan mata pencarian: Memandangkan hubungan komunikasi dan infrastruktur seperti loji kuasa, jalan raya dan jambatan rosak, ia boleh menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti seketika.
  • Sumber makanan mungkin terjejas kerana pertanian atau industri perlu mengehadkan pengeluaran akibat kekangan kemudahan.
  • Gangguan kepada air bersih dan elektrik, pengangkutan, komunikasi, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
  • Tekanan kewangan. Mangsa banjir perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk pemulihan, penempatan semula dan pemindahan harta benda
  • Kesan terhadap psikologi: Masalah banjir yang berlaku boleh meninggalkan rasa takut dan trauma dalam kalangan mangsa yang terlibat. Hal ini kerana mereka diarahkan berpindah keluar dan menyelamatkan diri masing-masing. Apabila banjir telah surut, mereka terpaksa meratapi kerosakan harta benda dan membersihkan semula kediaman.

Kesimpulannya, bencana alam seperti banjir ini memerlukan anda dan seisi keluarga sentiasa berwaspada. Perhatikan sekiranya hujan turun dengan lebat, tidak berhenti beberapa hari. Simpan semua barangan berharga dan patuhlah arahan daripada pihak bomba sekiranya perlu segera berpindah.

Semoga bermanfaat!

Centers for Disease Control and Prevention, Muhammad Izzat, Flood Management

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Badan Anak Sudah Kaku Dalam Kolam, Mujurlah Isteri Cepat Bertindak & Tahu Buat CPR

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.