X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Persediaan Semasa Di Bilik Bersalin, 5 Perkara Ini Sering Berlaku Di Luar Jangkaan Ibu!

4 min bacaan
Persediaan Semasa Di Bilik Bersalin, 5 Perkara Ini Sering Berlaku Di Luar Jangkaan Ibu!

Bilik bersalin tidak akan sunyi dengan tangisan seorang ibu dan bayi. Sebab itulah anda dinasihatkan bersedia dengan beberapa perkara tidak dijangka ini!

Mungkin sesetengah ibu tidak pernah mengetahui maklumat terperinci mengenai apa yang berlaku semasa di bilik bersalin. Hal ini kerana di sebalik keluarnya air mata, darah dan keringat bagi melahirkan zuriat, ada beberapa pengalaman yang lebih mengejutkan anda.

Ia mungkin sesuatu yang tidak terjangka kerana tidak ada kelahiran berjalan mengikut perancangan manusia. Justeru, ketahui beberapa perkara yang perlu ibu bersedia sebelum masuk ke bilik bersalin!

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Perkara yang sering berlaku di luar jangkaan ketika di bilik bersalin

persediaan semasa di bilik bersalin

credit to sources

#1. Anda mungkin diminta untuk pulang

Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu, anda mungkin mengalami beberapa kali kontraksi palsu sehingga segera mendapatkan rawatan di hospital. Walau bagaimanapun, usah terkejut kerana ia bukanlah waktu sebenar bayi ingin keluar dan kontraksi ini tidak menyebabkan perubahan pada serviks.

Meskipun anda teruja menyambut bayi, jika ia masih berada pada tahap awal, pihak hospital mungkin meminta anda pulang ke rumah dahulu dan datang kembali setelah mengalami kontrasi yang lebih kuat.

#2. Doktor mungkin tidak berjumpa dengan anda

Memandangkan seluruh negara berwaspada dengan pandemik Covid-19, bilik bersalin mencatatkan peningkatan kelahiran dan petugas menjadi sangat sibuk. Namun ia tidak bermakna anda keseorangan, setiap ibu yang bakal bersalin akan dipantau oleh jururawat.

Sentiasa perhatikan setiap tanda ketika diri anda sudah benar-benar bersedia untuk bersalin dan jangan malu untuk meminta bantuan jururawat untuk memeriksa bukaan rahim.

#3. Ibu akan melihat begitu banyak wajah

tips ketika di bilik bersalin

credit to sources

Ia bergantung kepada berapa lama anda berada di hospital sebelum melahirkan, ibu juga mungkin akan berinteraksi dengan ramai orang. Sebilangan besar hospital mempunyai shift selama 8 atau 12 jam.

Jika berada di sana selama 36 jam, anda mungkin berurusan dengan tiga jururawat dan doktor yang berbeza. Ketika di dalam dewan bersalin, anda akan menyedari tiba-tiba ada lebih banyak orang di dalam bilik. Biasanya ada jururawat, pakar obestetrik, doktor keluarga atau bidan.

#4. Tidak dapat tahan buang air besar

Membuang air besar semasa bersalin mungkin kedengaran sedikit kasar dan agak memalukan. Sudah semestinya jika boleh, anda tidak ingin perkara sebegini berlaku.

Hal ini disebabkan oleh otot tubuh yang anda gunakan untuk menolak bayi adalah sama dengan membuang najis. Ia boleh berlaku lebih dari satu kali semasa meneran, namun paling biasa terjadi sebelum bayi keluar.

Justeru jangan risau kerana setiap hospital mempunyai pekerja untuk membersihkannya dengan kain kasa atau tuala.

#5. Tiada cara untuk meramalkan kesakitan

Tidak kira ibu atau doktor, mereka juga tidak dapat meramalkan berapa lama tempoh atau kesukaran untuk bersalin anak pertama. Sesetengah ibu yang baru pertama kali melaluinya mengatakan kesakitan tersebut sungguh teruk.

Ia adalah sakit yang datang sekejap-sekejap atau malah berpanjangan, seakan-akan diri tidak dapat menanggungnya. Sesetengah ibu memerlukan ubat tahan sakit meskipun ia bukanlah termasuk dalam rancangan kelahiran anda.

Manakala menunggu terlalu lama untuk mendapatkan epidural juga mungkin membuatkan anda kurang bernasib baik. Ini kerana dalam fasa aktif kontraksi, ibu akan berasa semakin sakit dan berkali ganda.

bilik bersalin hospital

credit to sources

Suntikan epidural dan gas entonoks biasanya memberikan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya selepas bersalin.

Kadang-kadang ayah yang terlalu berdebar menerima kehadiran orang baru dalam keluarga akan pengsan seperti dalam filem. Hal ini kerana sesetengah lelaki mengalami mabuk darah dan tidak dapat menyaksikan pasangan bertarung nyawa ketika bersalin.

Anda juga perlu memaklumkan kepada pasangan bahawa sesetengah hospital mungkin menyuruh si ayah untuk memotong tali pusat bayi. Jika dirinya terkejut dengan penuhnya air ketuban, darah dan air kencing, keadaan ini mungkin melemahkan semangat mereka.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sekiranya perkara ini berlaku terhadap suami, elak memaksanya untuk menemani anda di bilik bersalin. Sudah memadai dia menyambut bayi dengan azan dan iqamah setelah segalanya selesai.

Sumber: Whattoexpect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurs Ibu Merasakan Sakit Kontraksi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Persediaan Semasa Di Bilik Bersalin, 5 Perkara Ini Sering Berlaku Di Luar Jangkaan Ibu!
Kongsikan:
  • Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

    Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

  • Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

    Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

    Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

  • Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

    Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.