X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Badan Anak Sudah Kaku Dalam Kolam, Mujurlah Isteri Cepat Bertindak & Tahu Buat CPR

29 Nov, 2021
Badan Anak Sudah Kaku Dalam Kolam, Mujurlah Isteri Cepat Bertindak & Tahu Buat CPR

Cara CPR atau bantuan kecemasan perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa bagi mengelakkan terjadi perkara yang tidak diingini pada anak-anak

Anak-anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan pemerhatian rapi daripada orang dewasa bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini. Namun sedarkah anda akan kepentingan pengetahuan cara CPR yang betul?

Kaedah ini dikatakan mampu menyelamatkan nyawa orang tersayang sebelum petugas kesihatan tiba bagi memberikan rawatan yang sepatutnya.

Anak lemas panjat kolam, mujurlah isteri tahu cara CPR

Menerusi perkongsian pengalaman yang dihadapi oleh seorang bapa, Abdul Rahim, dia meluahkan perasaan hampir kehilangan anak bongsunya berusia dua tahun setengah akibat lemas.

Difahamkan kanak-kanak terbabit, Alita Raysha bermain berhampiran kolam di perkarangan rumah tanpa disedari oleh dia dan isteri.

Ini video dan kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 jam yang lepas. Harap ia menjadi pengajaran buat ibu ayah yang lain.

bantuan cpr

credit to sources

  1. (Video) Jam 3:20 petang, anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah mengambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.
  2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
  3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat-cepat angkat Alita yang sudah kaku dari kolam.
  4. Isteri saya adalah seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom dengan tenangnya telah melakukan cara CPR ke atas anaknya sendiri yang sudah tidak bergerak langsung ketika itu.
  5. Badan Alita sudah keras dan membulat masa buat CPR. Dia tidak memberikan apa-apa respon. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami pada masa tu.
  6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah cuba melakukan beberapa kali CPR sambil memanggil-manggil nama anak tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami setelah 5 minit melakukan CPR. Kami terus menghantarnya ke Jabatan Kecemasan HRPB.
  7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU. Namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
  8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
  9. Alhamdulillah pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.

Pengajaran buat ibu ayah akan kepentingan mengetahui cara CPR yang betul

bantuan pernafasan cpr

credit to sources

Kami jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan cara CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak bongsu buat selama-lamanya.

Malah mungkin menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tidak berkesudahan. Sungguh tidak sanggup untuk dibayangkan. Kami jadikan ini pengajaran bahawa setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat.

Pengawasan maksima ke atas anak-anak sememangnya sentiasa diperlukan.

Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak berenang dan apungkan badan di dalam air sekiranya berlaku kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya sudah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.

Hari ini kami telah membuat keputusan untuk simpan kolam ini, mungkin akan dipasang kemudian apabila anak sudah betul-betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.

Kecuaian sedikit boleh mengorbankan nyawa

Saya kongsikan video ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati-hati. Sebenarnya sekelip mata sahaja sudah cukup untuk menyebabkan insiden kehilangan nyawa berlaku.

kepentingan bantuan cpr

credit to sources

Alhamdulillah, hari ini semuanya selesai. Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberikan layanan terbaik kepada anak kami dan anak kecil yang lain.

Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian. Semoga apa yang berlaku pada kami ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa lain juga. Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah mereka dengan sebaiknya.

Anda boleh lihat video di bawah, bagaimana cara yang betul untuk melakukan CPR pada anak kecil sekiranya kejadian seperti ini berlaku. Semua ibu bapa WAJIB tahu tahu bagaimana melakukan CPR. 

Sumber: Abdul Rahim

Stories Rakan Kongsi
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
5 Smart & Educational Gifts for Kids
5 Smart & Educational Gifts for Kids
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 Risiko Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Badan Anak Sudah Kaku Dalam Kolam, Mujurlah Isteri Cepat Bertindak & Tahu Buat CPR
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham