X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

9 Dec, 2019
Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Bagaimana kanak-kanak si kecil ini boleh keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya?

Ibu bapa mana yang tak sedih bila menemui anak yang dijaga dengan sepenuh kasih sayang ditemui mati lemas gara-gara kesilapan daripada diri mereka sendiri akibat cuai semasa menjaga anak.

Namun inilah hakikat yang harus ditelan sepanjang kehidupannya apabila mengenangkan si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh kini telah menemui penciptanya.

Kejadian budak 2 tahun mati lemas

mati lemas

Baru-baru ini, sosial media digemparkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak lelaki yang tidak diketahui identiti dirinya telah ditemui mati lemas oleh orang awam yang berada di Sungai Chemor pada hari kejadian.

Semasa mangsa ditemui, dia berada dalam keadaan yang sangat tenat dan kritikal. Lantas dengan itu, kanak-kanak malang ini telah dibawa ke Hospital Permaisuri Bainun bagi mendapatkan rawatan namun dia tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan meningggal dunia.

Menurut pengguna laman sosial yang menggunakan nama Syafieyka Ka, katanya rakannya yang bekerja di wad kecemasan memberitahu mangsa merupakan anak Pati Myanmar yang berumur dua tahun. Di mana ibu bapanya tidak sedari yang anak mereka keluar dan berjalan ke arah sungai.

Beberapa sumber yang lain juga mengatakan, ibu bapa mangsa yang juga warga Myanmar bekerja di Chemor.

Lebih mendukacitakan, mangsa yang masih kecil itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum terjatuh dalam sungai.

Bagi ibu bapa yang lain, anda dinasihatkan sentiasa memastikan anak-anak tidak keluar dari rumah tanpa pengawasan daripada anda. Paling penting, pastikan segala pintu keluar ditutup bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berulang pada keluarga yang lain.

Kurang ilmu keibubapaan punca abaikan keselamatan anak

anak mati lemas

Kisah kecuaian ibu bapa terhadap anak kecil yang dilaporkan oleh media makin menjadi-jadi. Seperti baru-baru ini, budak berumur empat atau lima tahun ditemui seorang penunggang motosikal sedang berjalan seorang diri di kawasan perumahan yang hampir dilanggar kenderaan. Ayahnya dikatakan sedang tidur sementara ibunya berada di tempat kerja.

Ini memang sesuatu yang amat menyedihkan kerana mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan orang-orang lain yang boleh menyebabkan kematian dan kecacatan kepada anak seumur hidup.

Bukan setakat itu sahaja, ada ibu bapa yang terlalu leka bermain telefon bimbit tanpa sedar anak tercekik makanan.

Malah ada ibu bapa yang letakkan anak membonceng di belakang tanpa sedar anak tertidur yang tentunya boleh membahayakan nyawa anak.

Termasuklah di rumah, kecuaian ibu bapa tidak mengunci pintu rumah boleh menyebabkan anak berlari keluar dan mungkin dilanggar kenderaan yang lalu lalang.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah pengabaian ini jika ibu bapa tidak mengambil ia sebagai iktibar dan pengajaran.

Faktor pengabaian kepada kanak-kanak

lemas

  • Mereka beranggapan anak perlu belajar berdikari meskipun baru berumur empat atau lima tahun.
  • Ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga jarang ada masa dengan anak.
  • Tiada masa melayan anak kerana sudah penat selepas pulang dari tempat kerja lantas membiarkan anak bermain sendiri.
  • Faktor kemiskinan juga menjadi alasan dengan membawa anak berniaga di tepi jalan dan biarkan mereka bermain di tengah jalan yang tentunya membahayakan nyawa.
  • Masalah ekonomi juga menyebabkan mereka terpaksa tinggalkan anak kecil bersama kakak atau abang yang masih belum cukup besar. 
  • Ibu bapa ada masalah mental hingga membiarkan anak hidup sendiri.

Dalam masa yang sama, ibu bapa tidak memahami apa itu ilmu keibubapaan semasa menjaga anak kecil mereka. Misalnya mereka tidak praktiskan tanggungjawab menjaga dan tidak betul-betul melindungi si kecil itu.

Walaubagaimanapun, memang tidak mudah untuk menjaga anak kecil kerana mereka makin lasak dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun jangan kerana kecuaian anda ia membuatkan anak sengsara seumur hidup. Malah anda juga akan menyesal nanti.

Justeru, di harap kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita.

Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thereporter, Berita Harian

Baca juga

Stories Rakan Kongsi
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit

https://my.theasianparent.combudak-mati-dalam-mesin-pengering-baju

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham