TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10,000 Kanak-Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

3 min bacaan
10,000 Kanak-Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!

Kesan pengambilan mee segera bukan saja boleh terjadi pada kesihatan, malah fizikal anak-anak. Baca untuk ketahui kesannya.

Mee segera tak termasuk dalam senarai makanan berkhasiat yang anda perlu beri pada anak. Tapi apa yang lebih mengejutkan, kesan pengambilan mee segera pada anak ini telah menghantar beribu anak ke wad kecemasan setiap tahun!

Kesan pengambilan mee segera: Kenapa ramai masuk wad kecemasan?

Baru-baru ini, satu kajian yang dijalankan sekumpulan saintis mendedahkan, antara kanak-kanak yang melecur dan dibawa ke wad kecemasan, 20% daripada mereka melecur akibat mee dan sup segera yang dipanaskan dalam microwave.

kesan pengambilan mee segera, kesan ambil makanan segera, kesan pegambilan mee segera, keburukan mee segera, kesan mee segera, kesan buruk makanan segera,

Tak seperti lecuran biasa, melecur akibat pendedahan pada cecair panas atau wap mungkin memerlukan pembedahan.

Kajian ini menganggarkan, sup dan mee segera menyebabkan 10,ooo kanak-kanak yang duduk di Amerika melecur!

Kajian ini juga menunjukkan yang kanak-kanak usia empat ke tujuh tahun lebih cenderung untuk cedera. 40% kecederaan adalah di kawasan dada.

Dr Courtney Allen, pakar kecemasan perubatan kanak-kanak di Universiti Emory, Atlanta mengatakan, mungkin ibu bapa melihat makanan yang keluar dari microwave adalah lebih selamat dari makanan dari atas stove. 

Tapi, kajian mengatakan kanak-kanak yang makan sup segera perlu diperhatikan oleh orang dewasa.

Dr Michael Cooper, pengarah Hospital Universiti Pulau Staten di pusat kebakaran mengatakan kajian ini menunjukkan  apa yang berlaku pada dunia sebenar.

“Kami memang lihat kanak-kanak usia ini melecur kerana mee atau sup segera,” katanya.

Kesan pengambilan mee segera: Bagaimana lecuran ini boleh berlaku?

kesan pengambilan mee segera, kesan ambil makanan segera, kesan pegambilan mee segera, keburukan mee segera, kesan mee segera, kesan buruk makanan segera,

Kebanyakan masa, ibu bapa akan panaskan sup atau mee segera dan beri pada anak. Biasanya anak akan terlanggar bekas yang diberi dan kandungan panas tertumpah atas mereka.

Selain dari boleh mendapat kecederaan, mee dan sup segera juga mempunyai nutrisi yang sangat sikit dan tak sihat untuk anak-anak. 

Kesan pengambilan mee segera: Adakah ia sihat?

Menurut pakar nutrisi, Ms Swati Kapoor, makanan segera mengandungi:

  • separuh nutrisi yang ada dalam sup buatan sendiri dan tak boleh disimpan untuk masa yang lama.
  • banyak bahan pengawet dan mengurangkan khasiat dalam makanan.
  • bahan-bahan yang tak berkualiti seperti tepung beras, gula dan sodium
  • tak mempunyai sayur

Secara khusus, ada tiga bahan penting dalam sup segera yang tak baik untuk kesihatan anda:

kesan pengambilan mee segera, kesan ambil makanan segera, kesan pegambilan mee segera, keburukan mee segera, kesan mee segera, kesan buruk makanan segera,

1. Tepung jagung

Sup dan mee segera mengandungi banyak tepung jagung supaya ia pekat. Tepung jagung tak baik untuk badan kerana ia meningkatkan kandungan gula dalam darah dan menyebabkan berat badan turun naik.

Berat badan turun naik boleh menyebabkan penyakit kencing manis, lemak hati dan sakit jantung.

2. Garam

Sup dan mee segera mengandungi banyak garam. Garam yang berlebihan tak baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi dan kanak-kanak.

3. Bahan pengawet

Sup dan mee segera mengandungi bahan pengawet yang tak baik untuk kesihatan.

Nutrisi makanan segera pula datang dari bentuk serbuk. Apabila nutrisi serbuk terkena panas, nutrisinya akan hilang.

Jadi, kalau anda tak boleh hentikan anak anda makan sup atau mee segera, sebaiknya kurangkan dan pastikan anak anda tak melecur kerana makanan mereka panas!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 10,000 Kanak-Kanak Masuk Wad Kecemasan Kerana Makanan Segera!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham