X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

3 min bacaan
BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Kajian di Harvard mendedahkan mi segera boleh merosakkan organ kanak-kanak dan punca penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis!

Semua orang pasti pernah makan mi segera, kan? Sebab utama kenapa ramai orang suka sangat makan mi segera ini adalah kerana ia murah, boleh tahan lama, mudah disediakan dan dalam pelbagai perisa. 

Tak payah lagi nak fikir soalan “makan di mana” sebab mi segera boleh jadi satu jalan penyelesaian yang mudah.

Nak makan mi perisa apa? Samyang, samyang cheese, asam laksa, kari, mi ramen Korea atau sebagainya?

Populariti mi segera juga terbukti apabila hampir 95 bilion mi dimakan oleh penduduk seluruh dunia, setiap tahun!

Anak-anak pun berebut-rebut jika ibu bapa masakkan mi dengan cara tersendiri. Jadi, masyarakat sudah biasa untuk makan hidangan ini.

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Kredit gambar: Vidya Subramanian

Tapi, tahukah anda yang mi segera amat berbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit?

Mi Segera Punca Pelbagai Penyakit Kronik

Ya, mi segera boleh menyebabkan pelbagai penyakit, terutamanya pada anak-anak anda!

Sebenarnya, pelbagai kajian telah mendedahkan betapa bahaya pemakanan mi segera ini jika ia diamalkan selalu.

Baru-baru ini, pengkaji dan saintis dari Harvard School of Public Health (HSPH) telah membuktikan bagaimana mi segera menjadi punca pelbagai penyakit kronik yang anda tak akan percaya!

Antara penyakit tersebut adalah tekanan darah tinggi, peningkatan paras gula dalam darah, serangan jantung, strok dan kencing manis.

Semua sindrom metabolik ini bukan bergantung pada gaya hidup semata-mata.

Jika anda mengamalkan gaya hidup sihat pun, pemakanan mi segera dengan kerap boleh menyebabkan anda menghidap penyakit-penyakit ini!

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Kredit gambar: Christina Kadluba

Takut, kan? 

Bahan-Bahan Berbahaya Yang Terkandung Dalam Sepeket Mi Segera

Semuanya berpunca daripada kandungan yang terdapat dalam sepeket mi segera. Satu bahan bernama tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) iaitu bahan tambahan dalam makanan yang diproses dengan murah dijumpai dalam mi ini.

TBHQ sebenarnya adalah produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anda!

Pada tahun 2012, Pentadbiran Makanan dan Perubatan Korea Selatan (KFDA) telah menemui satu bahan yang boleh mengakibatkan kanser dalam enam jenama mi segera yang berbeza! Bahan itu dikenali sebagai Benzopyrene.

Health Site pula mendedahkan mi segera juga mengandungi propylene glycol, sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi.

Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.

Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.

Doktor pakar sendiri mendedahkan yang mereka tak mahu simpan sebarang pek mi segera dalam rumah mereka kerana makanan proses ini sungguh tidak sihat untuk seisi keluarga!

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Mi segera juga disalut dengan wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur “licin” pada permukaan mi.

Tapi, pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati!

Ha… jadi lepas ini jika anda nak masak mi segera untuk anak-anak atau pasangan… fikirkan tentang kesan sampingan pemakanan ini untuk kesihatan, okay?

Jaga kesihatan anda, malah pasangan dan anak-anak, ya! Tubuh badan yang sihat menjaminkan kehidupan yang bahagia.

Sumber rujukan: Health Site, Peace Quarters, Pentadbiran Makanan dan Perubatan Korea Selatan dan Harvard School of Public Health

Baca juga: 8 Benda Doktor Pakar Enggan Simpan Dalam Rumah Mereka

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham