Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

Usah gusar sekiranya kehamilan anda didapati berisiko tinggi. Lakukan persediaan awal dengan mendapatkan khidmat nasihat Pakar Neonatologi, yang arif dalam bidang penjagaan dan rawatan bayi baru lahir yang berisiko tinggi.
Kehamilan yang berisiko tinggi boleh terjadi sama ada disebabkan oleh penyakit atau kondisi kesihatan si ibu yang sedia ada (contohnya diabetes, barah, tekanan darah tinggi, tekanan perasaan, obesiti, dsb), ataupun keadaan yang berlaku ketika hamil (contohnya kehamilan kembar, plasenta previa, GDM, dsb). Apabila si ibu mengalami kehamilan berisiko, pelbagai persediaan awal perlu dilakukan untuk memastikan kehamilan berjalan lancar dan keadaan ibu dan bayi terjaga rapi sehinggalah saat kelahiran. Selain daripada mendapat khidmat Pakar Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Fetal Maternal, khidmat Pakar Neonatologi juga amat penting untuk memberikan penjagaan rapi kepada bayi baru lahir yang mengalami kondisi kesihatan yang memerlukan perhatian khusus.
Apakah tugas seorang Pakar Neonatologi?
Pakar Neonatologi merupakan seorang Pakar Pediatrik yang juga mempunyai kepakaran khusus dalam penjagaan kesihatan dan rawatan bayi pramatang, bayi baru lahir berisiko tinggi, bayi yang lahir dengan gangguan kongenital, penyakit atau apa sahaja masalah kesihatan yang kompleks.1
Biasanya, Pakar Neonatologi bertugas di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) untuk merawat bayi baru lahir yang berisiko tinggi dan akan memberikan penjagaan susulan di klinik.1
Untuk memahami lebih lanjut tentang topik ini, kami telah menemu bual seorang Pakar Neonatologi dari Sunway Medical Centre Damansara, Dr. Yee Shyong Chay, yang cukup berpengalaman dalam bidang rawatan Neonatologi.
Pakar Neonatalogi – Figura Penting dalam Kehamilan dan Kelahiran Berisiko
Sekiranya kehamilan anda diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, ataupun anda mengalami komplikasi ketika kelahiran, Pakar Neonatologi merupakan doktor yang berperanan memastikan bayi anda mendapat penjagaan rapi sejurus selepas dilahirkan. Ini terutamanya untuk bayi pramatang, bayi yang lahir dengan kondisi kesihatan yang kompleks dan bayi yang mengalami proses kelahiran yang sukar.1
Pakar Neonatologi boleh terlibat dalam penjagaan bayi dalam kandungan anda sekiranya kondisi ibu atau bayi dikenal pasti ketika kehamilan. Dr. Yee Shyong Chay berkata, dalam kehamilan berisiko tinggi, Pakar Neonatologi akan bekerjasama dengan Pakar O&G untuk meneliti rekod kesihatan ibu dan fetus dan kemudiannya merangka pelan rawatan yang komprehensif untuk bayi anda. Ini supaya segala keperluan rawatan yang mungkin diperlukan selepas kelahiran sudah tersiap sedia.
Kadang kala, Pakar Neonatologi juga ada sewaktu proses kelahiran untuk bersiap sedia merawat bayi sejurus selepas dilahirkan. Kepakaran mereka dalam memberikan rawatan kecemasan kepada bayi baru lahir seperti bantuan pernafasan atau rawatan kritikal lain amat penting untuk menyelamatkan nyawa bayi berisiko tinggi dalam beberapa jam pertama kelahiran.2
Selepas kelahiran bayi, Pakar Neonatologi akan terus memantau keadaan bayi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Di sini, mereka turut akan memeriksa sama ada bayi mempunyai kondisi kesihatan tertentu dan mengenal pasti jenis-jenis rawatan yang diperlukan sebelum dibenarkan pulang. Mereka juga akan memberikan nasihat dari segi nutrisi khusus untuk bayi berisiko tinggi agar bayi dapat melalui proses tumbesaran yang sihat dan lancar.2
Tingkatkan Peluang Kesihatan Bayi Berisiko Tinggi
Seperti yang dijelaskan di atas, Dr. Yee juga menegaskan, intervensi awal penting untuk memberikan doktor cukup masa untuk merancang pelan rawatan yang terbaik untuk si bayi. Contohnya, jika bayi dijangka memerlukan bantuan pernafasan atau ubat-ubat khusus, ataupun sekiranya X-ray atau imbasan lain perlu dilakukan sejurus selepas dilahirkan. Intervensi awal seperti ini amat penting untuk meningkatkan peluang kesihatan bayi berisiko tinggi dan supaya apa jua kondisi kesihatan yang dialami tidak terus melarat.
Nasihat Dr. Yee, segeralah berbincang dengan Pakar O&G anda jika kehamilan anda didapati berisiko tinggi. Pakar O&G boleh mendapatkan nasihat Pakar Kanak-Kanak/Neonatologi dan berbincang bersama-sama untuk meneliti keadaan kehamilan anda dan merangka strategi rawatan yang sesuai untuk bayi anda selepas kelahiran kelak.
Dapatkan Penjagaan Kehamilan dan Kelahiran yang Komprehensif
Kehamilan berisiko tinggi memerlukan perhatian yang khusus dari awal kehamilan, bukan sahaja untuk si ibu malah bayi dalam kandungan juga. Ketika memilih doktor untuk pemeriksaan prenatal anda, pastikan anda juga memilih hospital bersalin yang mempunyai khidmat penjagaan Neonatal yang baik, terutamanya jika kehamilan anda berisiko tinggi, seperti Sunway Medical Centre Damansara. Di sini, bersama Dr. Yee Shyong Chay yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kesihatan kanak-kanak dan kini merupakan Pakar Neonatologi pula, anda boleh berlapang dada yang anda dan bayi berada dalam jagaan yang terbaik.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubatan fetal maternal di Sunway Medical Centre Damansara, sila hubungi +6019-216 8825.
RUJUKAN