Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

Bapa ini tak sangka demam dan selesema yang dihidapi anaknya angkara jangkitan bakteria sepsis. Akhirnya jangkitan itu telah membunuh dalam senyap dengan kematian Pippa yang berusia 3 tahun - semuanya dalam beberapa hari sahaja.

Peter Howarth dan isterinya yang bergembira meraikan kelahiran anak kedua, tidak pernah menyangka mereka akan kehilangan anak sulung mereka akibat sepsis.

Hanya seminggu selepas bayi lelaki mereka dilahirkan, anak perempuan mereka Pippa yang berusia 3 tahun mula menunjukkan tanda-tanda penyakit selesema.

Dia demam, kelihatan lesu dan tidak bermaya. Kerana menganggap penyakit itu penyakit biasa, ibu bapanya telah merawat Pippa di rumah sahaja.

Sepsis

Namun, beberapa hari kemudian, mereka perasan pernafasan Pippa tidak normal

Mereka membawa Pippa ke hospital dan doktor mendapati Pippa menghidap penyakit radang paru-paru. Tanpa diketahui, Pippa juga mempunyai sepsis di dalam badannya yang tidak didiagnosis doktor.

Pippa masuk ke hospital pada pukul 7 malam dan telah menghembus nafas terakhir pada pukul 4 pagi keesokan harinya. Sepsis telah meragut nyawa kanak-kanak itu.

“Apa yang orang tidak tahu tentang sepsis adalah kelajuan dan berapa cepat bakteria ini boleh merebak dan memudaratkan badan,” kata Peter kepada Huffington Post.

Dia menerangkan kejadian nyawa anaknya diragut sepsis begini:

“Saya berada di hospital pada 10 malam. Dia dipasang dengan drip, tapi masih aktif dan mahu saya bacakan buku cerita. Tapi sampai 3 pagi saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena. Pippa sedang bercakap, tapi semua yang dia katakan tidak masuk akal langsung. Saya minta jururawat masuk. Mereka memeriksa Pippa tanpa mengesan sepsis itu. Saya duduk bersama anak saya selama setengah jam, sambil memegang tangannya. Saya masih memegang tangannya apabila dia berhenti bernafas. Tapi, saya disuruh keluar dari bilik apabila pihak hospital cuba untuk menyelamatkannya. Dia meninggal sebelum isteri saya tiba di hospital. Selepas kira-kira 20 minit saya dibenarkan balik ke dalam bilik, dan itulah saat hidup saya berubah. Sepsis – Saya tidak pernah mendengar perkataan itu sehingga anak saya meninggal dunia. Kami tidak diberi peluang untuk berjuang dan menyelamatkannya. Dia telah meninggal sebelum kami boleh cuba.”

***

Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

Peter Howarth. Sumber: Huffington Post

Doktor merawat Pippa untuk radang paru-paru, tetapi badannya telah menyerang diri sendiri akibat sepsis. Dia memang sudah hampir mati ketika sedang dirawat doktor.

Apakah itu sepsis?

Secara ringkas, sepsis adalah sejenis jangkitan bakteria yang disebarkan melalui darah dengan cepat.

Menurut pakar perubatan, keadaan ini boleh merebak dalam dua cara: akibat sistem pertahanan diri atau melalui agen yang menjangkiti.

Apakah tanda-tanda jangkitan?

  • Denyutan jantung yang cepat
  • Demam
  • Kekeliruan
  • Pernafasan yang pendek
  • Tekanan darah rendah

Tetapi, tanda-tanda keadaan ini susah untuk didiagnosis

Peter, yang berkongsi kisah Pippa pada Hari Sepsis Dunia (13 September) berkata,

“Jika saya menyebarkan kesedaran, saya dapat membantu keluarga lain untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga itu dantidak perlu melalui pengalaman perit yang kami alami.”

Pihak theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga Pippa. Ibu bapa, ambillah maklumat penting daripada tragedi ini demi kesihatan anak-anak anda.

Sayangi dan lindungi mereka selagi kita boleh.

Sumber: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Nukilan seorang ibu yang menyayat hati apabila bayinya mati akibat Jangkitan Cronobacter

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!