X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Keliru Antara Selesema Biasa Dengan Penyakit Meningitis Meningokokus

3 min bacaan
Jangan Keliru Antara Selesema Biasa Dengan Penyakit Meningitis Meningokokus

Tanpa rawatan segera, pesakit meningitis mungkin akan mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh atau pekak. Dalam kes yang lebih teruk, penyakit ini boleh menyebabkan kematian!

Ramai ibu bapa berfikir bahawa selepas anak mereka diberi vaksin untuk penyakit meningitis meningokokus, anak mereka akan bebas dari jangkitan.

Inilah sebab mengapa Karen telah menyangka anak perempuannya Jenna hanya sakit selesema biasa. 

Disebabkan kesilapan ini, Jenna telah koma selama 6 hari dan menghabiskan masa 5 bulan di hospital!

Doktor terpaksa memotong semua jari dari tangan kirinya dan tangan kanannya telah dipotong dari bawah sikunya, bersama dengan beberapa pembedahan kulit.

Tanda-tanda awal meningitis

“Pada mulanya tubuh badan Jenna sangat sejuk dan dia demam panas, jadi kami ingat dia hanya selesema,” jelas Karen.

Jenna diberi ubat demam tetapi, tetapi dia asyik muntah dan cirit-birit.

Ketika Karen tengah menukar lampin, dia perasan ada lebam dicelah-celah kaki dan ruam pada bahagian belakang anaknya.

Kedua-dua tangan Jenna juga sangat sejuk, tetapi memandangkan ia adalah pertengahan musim sejuk, Karen tidak fikir banyak, dan hanya menambahkan selimut untuk anaknya.

Pada esok harinya, Jenna telah berhenti muntah dan Karen fikir semuanya baik-baik saja.

“Baik saya periksa ruam malam tadi tu,” fikir Karen dan dia terkejut apabila melihat ruam ungu pada perut dan belakang anaknya.

“Baru saya tahu, ada kemungkinan Jenna terjangkit meningitis meningokokus,” jelasnya.

Keadaan Jenna semakin merosot dan ambulans telah dipanggil untuk membawanya ke hospital. 

Apakah penyakit meningitis meningokokus?

meningitis

Meningitis adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria ataupun kulat. 

Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi ia juga boleh menjangkiti orang dari semua peringkat umur.

Mereka yang mempunyai imuniti yang rendah senang terjangkit apabila berdekatan dengan pesakit atau apabila melancong ke kawasan dengan wabak ini. 

Ia boleh merebak secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda-tanda dan gejala

meningitis

Ujian cawan untuk mengenalpasti jika ruam adalah akibat meningitis. Sumber gambar: 102 The Avenue Surgery

Kira-kira 5 – 10% daripada pesakit yang dijangkiti meningitis tidak akan menunjukkan tanda-tanda penyakit ini. 

Bagi mereka yang menunjukkan tanda, berikut adalah beberapa simptom yang biasa kelihatan:

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah
  • Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • Ruam bintik-bintik pada badan dan ruam warna ungu
  • Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)
  • Sawan
  • Tidak sedarkan diri

Tanpa rawatan segera, pesakit meningitis mungkin akan mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh atau pekak.

Dalam kes yang lebih teruk, penyakit ini boleh menyebabkan kematian!

Karen ingin ibu bapa lebih peka dengan selesema anak-anak

“Apabila doktor memberitahu bahawa penyakit anak saya adalah penyakit meningokokus saya betul-betul keliru. Saya tidak tahu bahawa anak saya masih terdedah kepada penyakit itu walaupun telah diberi hanya satu vaksin dan bukan semuanya,” kata Karen.

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Dia ingin semua ibu bapa tahu bahawa vaksin biasa kanak-kanak untuk penyakit ini tidak meliputi setiap jenis meningokokus dan anak mereka masih berisiko.

Dia menyarankan agar ibu bapa ketahui tanda-tanda penyakit ini dan untuk bertindak dengan pantas jika anda mengesyaki yang anak anda telah terkena jangkitan.

Baca juga:

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

sumber: News Mail, MyHEALTH.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Jangan Keliru Antara Selesema Biasa Dengan Penyakit Meningitis Meningokokus
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham