X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

10 Apr, 2017
Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

Doktor kata beliau hanya ada masa selama 18 bulan saja lagi. Namun, Ali kanak-kanak hebat! Walaupun masih kecil, beliau berjuang melawan penyakit Atresia Bilier itu! Tapi...

Hati diruntun duka apabila membaca post dalam Facebook yang ditulis oleh seorang ibu — Suzie Adnan. Beliau kehilangan anak keduanya, yang diberi nama Muhammad Ali – selepas bertarung dengan penyakit Atresia Bilier.

Muhammad Ali dilahirkan pada tanggal 13 September 2014. Ketika berusia 72 hari, bayi comel ini disahkan menghidap penyakit Atresia Bilier (Biliary Atresia). Pembedahan bypass dijalankan, namun ia gagal.

Doktor kata beliau hanya ada masa 18 bulan saja lagi. Namun, Ali kanak-kanak hebat! Walaupun masih kecil, dia berjuang demi ibu bapanya!

Berkat rahmat Tuhan, Ali sempat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-dua.

Ali dirawat di Hospital Selayang dan menjadi antara kegemaran jururawat. Kebanyakan kanak-kanak dengan penyakit Atresia Bilier akan kelihatan lemah, tapi tidak Ali. Ali kuat! Atas sebab itu, Ali dipilih menjadi poster bagi pejuang penyakit Atresia Bilier.

Menurut ibunya, Ali seorang kanak-kanak bijak yang gemar menonton filem Monster. Beliau juga gemar dibawa berjalan-jalan di dalam kereta sambil melihat burung dan kapal terbang. Cebisan post ibu mangsa disertakan di bawah:

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

Cebisan post ibu mangsa
Kredit gambar: Facebook Suzie Adnan

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

Cebisan post ibu mangsa
Kredit gambar: Facebook Suzie Adnan

Betapa sucinya kanak-kanak ini. Tetapi, ajal menjemput Ali pada tanggal 3 April lalu, di pangkuan ayahnya. Coretan ibu Ali nyata merentap jiwa. Pemergian Ali akan sentiasa dikenang oleh ibu bapanya. Semoga keluarga Muhammad Ali kekal tabah mengharungi dugaan ini!

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

Kredit gambar: Facebook Suzie Adnan

Muhammad Ali, kanak-kanak kuat yang harus dibanggakan!

Apakah penyakit Atresia Bilier?

Atresia Bilier adalah sejenis penyakit hempedu yang jarang kali berlaku pada kanak-kanak. Penyakit ini melibatkan hati dan saluran hempedu.

Menurut Children’s Hospital of Pittsburgh, sel-sel dalam hati akan menghasilkan cecair yang diberi nama bile. Bile akan menghadam lemak dan membawa bahan-bahan buangan dari hati ke usus untuk proses penghadaman.

Sistem ini digelar sebagai sistem biliary. Sistem biliary yang lancar akan memproses penghadaman. Akan tetapi, jika sistem ini gagal – terjadinya penyakit Atresia Bilier.

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier

Kredit gambar: Blog Herbs For Health and Well Being

Atresia Bilier terjadi apabila cecair bile dari hati tersekat untuk ke pundi hempedu. Akibatnya, bile tersekat di dalam hati dan mengakibatkan kerosakan. Antara kerosakan yang disebabkan sekatan ini adalah kerosakan sel hati (cirrhosis) dan kegagalan hati berfungsi.

Mengapa ia terjadi?

Punca bagi penyakit ini masih belum diketahui. Akan tetapi, sesetengah kanak-kanak menghidap penyakit Atresia Bilier kerana saluran hempedu tidak terbentuk dengan betul selepas dilahirkan.

Sesetengah kanak-kanak lagi menghidap penyakit ini kerana saluran hempedu telah rosak kerana jangkitan selepas lahir.

Akan tetapi, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan.

Tanda-tanda Atresia Bilier pada kanak-kanak

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan pada kanak-kanak dengan penyakit ini, seperti:

  • Penyakit kuning – kulit dan mata bewarna kuning. Ia kerana bilirubin (pigmen bile) yang ada dalam darah. Penyakit kuning biasanya disebabkan oleh hati yang tidak matang. Kanak-kanak dengan penyakit BA biasanya akan kelihatan normal, tapi mendapat penyakit kuning selepas dua atau tiga minggu dilahirkan.
  • Air kencing warna gelap – disebabkan oleh pengumpulan bilirubin dalam darah.
  • Najis berwarna gelap – kerana tiada pewarna bilirubin yang dikosongkan dari usus. Malah badan kanak-kanak juga boleh membengkak kerana hati semakin besar.
  • Turun berat badan dan cepat meragam 

Bagaimana penyakit Atresia Bilier dirawat?

Biasanya, terdapat tiga cara untuk merawat penyakit ini. Jika kanak-kanak telah disahkan menghidap penyakit kuning, pemeriksaan lanjut akan dijalankan.

Penyakit Atresia Bilier akan dirawat dengan menggunakan kaedah:

  1. Pembedahan
  2. Prosedur Kasai
  3. Pemindahan Hati

Pembedahan akan dijalankan untuk memeriksa hati dan hempedu bagi memastikan kanak-kanak tersebut menghidap penyakit hempedu. Selepas pembedahan dijalankan, prosedur Kasai akan mengambil tempat seterusnya.

Prosedur Kasai adalah sebuah pembedahan yang akan “mewujudkan semula” aliran bile daripada hati ke usus. Prosedur ini mendapat nama dari doktor Jepun yang menjalankannya. Akan tetapi, prosedur ini memiliki kekurangan yang tersendiri.

85% pembedahan prosedur Kasai berjaya, tetapi hampir 15% pesakit yang menjalani prosedur ini gagal disembuhkan. Jika prosedur ini gagal, pemindahan hati akan mengambil tempat.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Pemindahan hati adalah pilihan terakhir. Hati yang rosak akan dibuang dan digantikan dengan hati yang baru (diderma).

Selepas pemindahan, kanak-kanak terbabit harus sentiasa menjalani pemeriksaan dan penjagaan sepanjang hayat yang teliti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan anak-anak. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Muhammad Ali. Semoga tenang kamu di sana, wahai si comel.

Kredit gambar: Facebook Suzie Adnan

 

Sumber rujukan: Facebook Suzie Adnan, Liver Transplant Center, Children’s Hospital of Pittsburgh, Kasai Procedure, dan Cincinnati Childrens

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier
Kongsikan:
  • Kuning anak tak turun-turun & makin kurus, itu mungkin petanda Atresia Bilier!

    Kuning anak tak turun-turun & makin kurus, itu mungkin petanda Atresia Bilier!

  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kuning anak tak turun-turun & makin kurus, itu mungkin petanda Atresia Bilier!

    Kuning anak tak turun-turun & makin kurus, itu mungkin petanda Atresia Bilier!

  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.