5 Cara Kawal Sikap Agresif Anak Yang "Mengganas" Tiba-Tiba

undefined

Adakah anak anda sekarang sering bertindak agresif, marah atau memukul? Ketahui cara untuk hentikan sikap anak agresif ini!

Pernah tak ketika anda sedang berkumpul dengan saudara-mara, tiba-tiba anak bertindak agresif dan ganas. Tentu rasa malu, kan? Anda sudah cuba pelbagai cara tapi anak agresif tetap tak ada tanda nak berhenti.

Jika anda hampir hilang sabar dengan perangai anak anda itu, ini adalah masanya untuk anda baca dan ketahui cara untuk kawal anak agresif ini.

Tapi pertama sekali, jom ambil tahu kenapa anak anda tiba-tiba buat perangai, tantrum, agresif dan mengganas.

Anak agresif: Kenapa anak anda buat perangai?

Anak mungkin secara tiba-tiba mula menumbuk, memukul, menolak, menggigit atau menampar. Tapi kenapa mereka buat perangai macam ini?

Jawapan mudah kenapa anak buat perangai seperti ini adalah kerana mereka boleh buat

Anak biasanya tak faham perbezaan di antara baik dan buruk dan apa yang boleh dan tak boleh mereka lakukan. Ini bermakna, anak anda suka menguji apa yang mereka boleh buat sebelum anda mula marah

anak agresif, anak mengamuk, anak cepat marah, anak marah, anak nakal, tips hentikan anak agresif, cara kawal anak, cara didik anak

Anak juga boleh bertindak agresif untuk menunjukkan rasa marah dan kecewa, tanpa mereka sedar.

Mereka mungkin mahukan sesuatu dan mereka tak boleh dapat apa yang diingini kerana masih belum boleh bertutur dengan baik lalu mereka akan mula bertindak ganas, menjerit, menolak dll.

Anak juga mungkin berkelakuan seperti ini kerana mereka telah bermain terlalu lama dan penat atau mengantuk dan lapar. Semua ini boleh buat mereka rasa tak selesa.

Kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun ini masih belum boleh luahkan apa yang mereka rasa dan cara paling mudah untuk mereka lakukan adalah dengan bertindak agresif.

5 cara untuk hentikan sikap anak agresif

Anak akan mengetahui cara untuk mengawal emosi bila mereka semakin membesar. Tapi, pada masa sekarang, ini adalah beberapa cara untuk kawal anak agresif anda:

1. Hentikan serta merta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak tantrum 1.jpg Anak tantrum dan buat perangai   itu sebenarnya cara mereka tenangkan diri?

Untuk menghalang anak dari jadi terlalu agresif dan tak terkawal, pastikan anda beri perhatian pada situasi dari awal

Jangan tunggu sehingga situasi jadi sukar. Tunjukkan dari awal sikap mereka yang tak boleh anda terima. Anda tak perlu menjerit, hanya cakap “NO” dengan tegas. 

Jika perlu, cuba untuk cakap dengan anak dengan bahasa yang mereka mungkin faham dan beritahu apa yang mereka buat itu salah.

2. Jauhkan mereka dari orang lain

Jika anda berada di tempat awam atau mana-mana tempat yang buat anda rasa anak boleh burukkan lagi keadaan, jauhkan mereka dari tempat tersebut serta-merta.

Alihkan mereka perlahan-lahan dan jika mereka melawan, cakap dengan mereka tentang perkara lain yang mereka boleh lakukan sambil bawa anak pergi bersama anda.

3. Cakap dan terangkan 

anak agresif, anak mengamuk, anak cepat marah, anak marah, anak nakal, tips hentikan anak agresif, cara kawal anak, cara didik anak

Apabila anak anda sudah bertenang dan anda rasa mereka akan faham apa yang anda katakan, cakap dengan mereka apa yang berlaku.

Anda boleh tunduk sama paras dengan mereka dan lihat mata anak. Beritahu mereka apa yang mereka lakukan salah dan anda tahu yang mereka hanya akan lakukan perkara yang baik.

4. Bertenang

Sebagai ibu bapa, kita memang boleh hilang sabar dengan anak agresif. Pastikan anda kekal tenang dan suara anda dalam nada yang rendah tetapi tegas.

Jika anda marah dan jerit pada anak, anda hanya buat situasi menjadi lebih teruk. Anak juga akan ikut marah anda dan menjadi lebih agresif.

Tarik nafas dalam-dalam sebelum anda bercakap dengan anak. Jika anda rasa anda tak boleh bercakap dengan anak tanpa memarahi mereka, suruh pasangan anda untuk ambil alih.

5. Kenalkan “masa berhenti”

anak agresif, anak mengamuk, anak cepat marah, anak marah, anak nakal, tips hentikan anak agresif, cara kawal anak, cara didik anak

Jika anak tunjukkan sikap agresif dan tak ada tanda akan berhenti, berikan mereka masa berhenti walaupun untuk seminit.

Suruh mereka untuk berhenti lakukan apa yang mereka buat dan pergi pada anda. Anda tak perlu suruh mereka berdiri tanpa melakukan apa-apa.

Hanya suruh mereka berhenti lakukan apa yang mereka sedang buat dan tunggu sehingga masa berhenti tamat.

Beritahu mereka apa yang mereka buat salah dan anda tak beri mereka main kerana mereka buat benda yang tak elok. Beritahu juga pada mereka jika mereka lakukan perkara yang sama, anda akan suruh mereka berhenti lebih lama.

Anda ada pengalaman kawal anak agresif? Jom kongsi tips dengan ibu bapa lain di ruangan komen.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga:

Kendali tantrum anak anda seperti teknik klasik dari Kate Middleton ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!