Nama-Nama Anak Artis Bollywood Dengan Maksud Baik & Gah!
Buat peminat setia lakonan mantap pelakon Bollywood. Anda pasti nak tahu nama-nama anak artis kesukaan anda itu, kan? mungkin sedikit sebanyak membantu anda memilih nama anak nanti.
Comelnya bila lihat anak-anak artis Bollywood yang makin besar ini. Sudahlah nama pun bukan main sedap!
Dan rupa-rupanya, nama anak-anak artis Bollywood ini diambil bukan secara melulu. Tapi ia ada maksud yang cukup hebat dan pengertian indah!
Mari kita lihat nama anak-anak artis Bollywood ini. Mungkin ia beri inspirasi buat anda dalam memilih nama si kecil nanti. Ayuh lihat!
24 nama anak-anak artis Bollywood
1. Nama anak-anak artis Bollywood: Shahrukh Khan
Raja filem Bollywood ini memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Gauri Khan. Pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini memberikan nama anaknya Aryan, Suhana dan Abraham.
Maksud nama:
Aryan: Prajurit
Suhana: Gadis yang menawan
Abraham: Variasi dari nama Nabi Ibrahim
2. Nama anak-anak artis Bollywood : Shilpa Shetty
Shilpa Shetty dan suaminya Raj Kundra memberikan nama anak mereka Viaan. Anak perempuan mereka yang dilahirkan pada tahun 2020 pula diberikan nama Samisha Shetty Kundra.
Viaan: Kehidupan dan semangat
Samisha: Bersifat kemuliaan
3. Nama anak-anak artis Bollywood : Hrithik Roshan
Pelakon filem Kabhi Khushi Kabhi Gham ini memberikan nama yang cukup indah buat kedua-dua puteranya. Hasil pernikahannya dengan Suzanne. Nama anak mereka iaitu
Hridahaan – Hati yang lapang dan berbesar hati
Hrehaan – Yang dipilihan Tuhan.
4. Nama anak-anak artis Bollywood: Rani Mukerjee dan Aditya Chopra
Kedua-dua pelakon hebat ini memilih Adira sebagai nama anak perempuan mereka.
Adira – Memiliki kekuatan dan seseorang yang kuat.
5. Nama anak-anak artis Bollywood : Aamir khan
Pelakon utama filem 3 idiots ini mempunyai 3 orang anak dengan dua bekas isteri berbeza. Anak-anaknya Junaid dan Ira Khan adalah dengan bekas isteri Reena Dutta.
Manakala dengan bekas isteri kedua, Kiran Rao, mereka menggunakan ibu pengganti supaya dapat memiliki anak. Mereka meletakkan nama Azad Rao Khan pada anak lelaki mereka itu.
Azad Rao Khan : pejuan kemerdekaan / pembebasan dan kebebasan.
6. Nama anak-anak artis Bollywood : Sanjay Dutt
Bagi anda peminat setia filem India Klasik pasti tak asing dengan bintang filem lawas ini. Dia memiliki sepasang anak kembar yang diberi nama Shahraan dan Iqra.
Shahraan – Berasal dari bahasa Persia yang memiliki kesatria kerajaan dan prajurit pejuan.
Iqra – Mendidik
7. Nama anak artis Bollywood : Kareena Kapoor
Taimur Ali Khan Pataudi adalah nama yang disematkan pada buah hati pasangan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan ini. Anak kedua Kareena dinamakan sebagai Jehangir Ali Khan yang dilahirkan pada Februari 2021.
Taimur – berasal dari bahasa Arab yang bermakna sekuat besi
Jehangir – penjajah dunia daripada bahasa Parsi
8. Twinkle Khanna dan Akhshay Kumar
Akshay Kumar dan Twinkle Khanna memilih nama India untuk kedua anak mereka.
Yakni Aarav – yang bermakna penghormatan tertinggi
Nitara – ‘memiliki akar yang dalam’
9. Nama anak artis Bollywood : Kajol danAjay Devgan
Pasangan artis bollywood ini memberi nama anak mereka Nysa dan Yug.
Nysa – Diambil dari bahasa Yunani yang bermaksud awal yang baru.
Yug: Beerti era dalam bahasa Hindi
10. Mahduri Dixit
Aktres yang berlakon dalam filem Dil To Pagal Hai ini, memilih nama dari bahasa Arab, Sanskrit dan Ibrani untuk kedua-dua puteranya.
Yakni Raayan – gerbang syurga dalam bahasa Arab, pangeran kecil dalam bahasa Sansekerta, dan kemuliaan dalam bahasa Ibrani.
Aaarin – Sekuat gunung
11. Arjun Rampal
Hero dalam film Dil Hai Tumhara ini, terinspirasi dari bahasa Sanskrit dan al-Qur’an dalam memberikan nama pada anak-anaknya dengan bekas isteri Mehr Jesia. Pada tahun 2019, dia dan teman wanitanya, Gabriella Demetriades menyambut kehadiran anak lelaki, Arik Rampal.
Mahikaa – bumi dalam bahasa Sanskrit.
Myra – berasal dari al-Qur’an, bermakna cahaya serta tangkas.
12. Nama anak artis Bollywood: Karisma Kapoor
Kharisma Kapoor dan sang suami memilih nama dari bahasa Latin untuk kedua-dua anak mereka.
Samaira – bererti Dewi Kecantikan dan mempersona dalam bahasa Arab.
Kian : anugerah Tuhan
13. Nama anak artis Bollywood: Aishwarya Rai dan Abhishek Bhachan
Kedua-dua selebriti ini memilih Aaradhya pada anak perempuan mereka.
Aaradhya – Seseorang yang layak dipuja.
14. Nama anak artis Bollywood : Sushmita Sen
Sushmita sen merupakan seorang ibu tunggal kepada dua anak perempuan. Beliau menamakan Renee dan Alisah pada anak-anaknya itu.
Renee – terlahir kembali
Alisah- diambil dari bahasa Jerman yang bermaksud agung, mulia dan terhormat.
Semoga perkongsian ini memberikan anda lebih banyak panduan dan rujukan saat memilih nama anak yang unik dan mempunyai maksud yang baik. Kongsikan di laman socmed anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Inspirasi Nama-Nama Bayi Perempuan Dari Selebriti Malaysia Yang Ibu Ayah Boleh Pilih
Baca juga: 10 Anak Selebriti Yang Semakin Popular, Ada Yang Boleh Jadi Ikon Fesyen!
Baca juga: Panduan Memilih Nama Anak Mengikut Waktu & Hari Kelahiran, Pasti Sesuai Sekali Dengan Bayi Anda!