10 Anak Selebriti Yang Semakin Popular, Ada Yang Boleh Jadi Ikon Fesyen!

10 Anak Selebriti Yang Semakin Popular, Ada Yang Boleh Jadi Ikon Fesyen!

Yang mana satu anak artis cantik dan comel kegemaran anda?

Pada zaman ini, media sosial antara tumpuan utama masyarakat bukan sekadar menyimpan memori, malah menjadi perkongsian umum. Ini termasuklah para selebriti yang rata-ratanya membuat posting berkaitan kerjaya dan sebahagiannya pula seronok berkongsi gambar anak-anak.

Malah sebahagian dari anak-anak ini juga telah dilantik menjadi duta dan model barangan bayi dan kanak-kanak sejak dilahirkan lagi.

Jadi ini juga salah satu sebab golongan selebriti ini kerap berkongsi foto dan video bukan sahaja di laman instagram ibu bapa, tetapi kebanyakkannya ada akaun Instagram sendiri tau!

10 Anak Artis Malaysia Yang Cantik dan Comel 2019

Jom tengok 10 anak artis cantik dan comel yang menjadi perhatian di media sosial:

#1 Raden Muhammad Rafael (Mawar Rashid)

selebriti cilik

Anak kepada pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob ini dilahirkan pada 13 Mac 2019 dan memiliki wajah kacukan mirip ibunya. Raden merupakan anak pertama kepada pasangan ini dan anak ke-3 kepada Raf Yaakob.

Si comel ini menjadi perhatian sejak hari pertamanya kerana suka melontarkan senyuman ketika bergambar. Anak artis cantik ini juga bertuah kerana mempunyai adik dan kakak yang menyayangi dirinya.

Instagram Raden Muhammad Rafael

#2 Ardy Wira (Betty Rahmad)

anak artis

Ardy Wira merupakan anak lelaki kepada pelakon Betty Rahmad yang juga adik kepada Datin Paduka Umie Aida dan Erma Fatima.

Hasil perkongsian bersama suaminya Damis, Betty melahirkan si comel ini pada tahun 2018 yang lalu.

Raut wajah Ardy memang sama seperti ayahnya malah dia juga murah dengan senyuman! Kalau tengok gelagatnya di Instagram, pasti anda akan terhibur.

Instagram Ardy Wira 

#3 Jebat Jayden (Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila)

anak selebriti

Kelahiran Jebat Jayden menjadi tumpuan ramai peminat dan namanya sering menjadi teka-teki semasa ibu dan bapanya belum memberi hint yang namanya bermula dari huruf J.

Walau bagaimanapun, ramai yang berjaya dengan tepat kerana Jebat merupakan nama watak lakonan Sharnaaz yang paling popular ketika itu.

Instagram Jebat Jayden

#4 The Angguns

anak artis cantik

The Angguns merupakan nama singkatan bagi 3 orang anak perempuan kepada pasangan Diana Nasir dan suaminya. Tepat sekali nama Anggun ya, kerana mereka semua sememangnya anggun dan cantik sekali!

Anggun Darleesa dan Anggun Darleena adalah pasangan kembar seiras yang dilahirkan pada Januari 2017, manakala adik mereka Anggun Darniella dilahirkan setahun kemudian pada November 2018.

Ketiga-tiga adik beradik ini menjadi perhatian kerana telatah comel mereka, di samping fesyen sedondon bergaya yang sering dipakaikan oleh si ibu.

Instagram The Angguns

#5 Ivanna Alashkar (Ramona Zamzam)

anak selebriti malaysia

Sejak perkahwinan Ramona Zamzam, ramai yang menantikan kehamilan selebriti cantik ini bersama pasangannya kerana tak sabar melihat bayi kacukan Malaysia Palestin!

Hasrat peminat tercapai dengan kelahiran Ivanna, si cilik yang bermata galak ini.

Ivanna dilahirkan pada December 2017 dan kini telah berusia 2 tahun.  Memang tidak dapat dinafikan yang wajah Ivanna memang mirip bapanya.

Instagram Ramona Zamzam

#6 Mohamad Eidrees (Anzalna Nasir)

bayi comel

Hasil perkongsian hidup bersama suaminya Hanif, Anzalna Nasir melahirkan anak lelaki pada tahun 2019 setelah melayari perkahwinan selama 3 tahun. Pada usia pertama perkahwinan, pasangan ini merancang terlebih dahulu kerana sibuk dengan jadual kerja.

Nampaknya penantian mereka berdua memang berbaloi dengan kehadiran sepupu kepada The Angguns ini! Selamat menempuh alam keibubapaan ya!

Instagram Eidrees Hanif

#7 Sayf Issa (Mia Ahmad)

gambar baby comel

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumahtangga dengan penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi pada Januari 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2018.

Si cilik yang diberi nama Sayf Issa itu menarik perhatian ramai dalam video yang dimuatnaik ibunya pada usia 11 bulan dimana dia dilihat sudah pandai menyanyikan lagu kanak-kanak. Wah, nampaknya tidak lama lagi pasti Issa petah bercakap!

Instagram Mia Ahmad

#8 Muhamad Rayyan Khalaf (Elfira Loy)

artis malaysia

Muhamad Rayyan Khalaf merupakan cahaya mata sulung kepada Elfira Loy dan suaminya Faris Khairol Anuar yang baru sahaja dilahirkan beberapa bulan yang lalu.

Elfira juga mengakui dia masih lagi sedang membiasakan diri menjadi seorang ibu, malah kadangkala tersasul menggelarkan diri sebagai kakak.

Instagram muhamadrayyankhalafofficial

#9 Seth Uwais (Shila Amzah)

gambar anak artis

Perkahwinan Shila Amzah bersama suaminya Haris tidak lama sebelum Shila akhirnya hamil dan mereka bergelar ibu dan bapa kepada cahaya mata mereka, Seth Uwais. Si cilik ini dilahirkan pada Hari Kemerekaan Malaysia baru-baru ini, 31 Ogos 2019!

Nampaknya Seth bakal mewarisi bakat seni ibunya tidak lama lagi memandangkan darah seni memang mengalir dalam keluarga ini. 

Instagram Seth Uwais

#10 Tunku Sofia Najihah (Sarimah Ibrahim)

si cilik popular

Semasa kehamilannya, Sarimah Ibrahim sama sekali tidak menyangka yang dia akan bergelar ibu pada usia 41. Tambahan lagi, dia juga agak terkejut apabila hamil dengan cara semulajadi tanpa sebarang kaedah kehamilan.

Bayi perempuan tersebut diberikan nama Tunku Sofia Najihah kini berusia 4 bulan dan kehadirannya banyak mengubah kehidupan Sarimah dan suaminya. Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu tepat pada masanya.

Instagram tunkusofianajihah

Siapa tak suka melihat kanak-kanak yang comel kan? Apatah lagi melihatkan telatah si kecil dengan gaya hidup yang tersendiri sebagai anak selebriti. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

10 Anak Selebriti Yang Semakin Popular, Ada Yang Boleh Jadi Ikon Fesyen!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner