Buat 8 Aktiviti Ini Sejak Bayi Jika Mahu Anak Membesar Hebat & Bijak!

undefined

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anaknya kan? Pasti sejak dalam kandungan lagi anak bijak ini diimpikan setiap pasangan.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anaknya kan? Pasti sejak dalam kandungan lagi anak bijak ini diimpikan setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata.

Persoalannnya anak bijak ini adakah ia berasal dari genetik? Atau sebenarnya ia juga boleh dirangsang sejak mereka bayi malah sejak dari dalam kandungan pun?

Walaupun mempunyai anak yang bijak bukanlah segala-galanya, tetapi kebijaksanaan itu akan membantu mereka mengecapi masa depan yang gemilang apabila mereka dewasa kelak.

Anak bijak perlu dirangsang dari bayi

Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari, ada cara yang boleh diamalkan oleh ibu bapa di rumah sejak dari bayi untuk merangsang otak anak menjadi bijak antara termasuklah aktviti membaca.

Selain itu, 8 aktiviti ini boleh merangsang otak anak sejak mereka masih bayi lagi. 

#1. Membaca

anak bijak

Sejak dalam kandungan lagi sepatutnya ibu sudah boleh mengamalkan tabiat membaca buku, mengaji atau berbual-bual dengan bayi.

Ini kerana sense of hearing ini antara yang paling awal terbentuk pada bayi. Mereka sudah boleh mendengar apa yang dikatakankan kepadanya malah sejak dari dalam kandungan lagi.

Disebabkan itu mungkin ibu mengandung memang perlu menjaga percakapan mereka kerana bayi boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. 

#2. Rajin berborak dengan anak

Rajinlah berborak dengan anak anda seawal usia mereka malah sejak masih bayi. Wujudkan eye contact dengan anak anda, berborak dan minta mereka ikut apa yang anda perkatakan. Ini akan membantu anak anda dalam berkomunikasi. 

Cuba ulang perkataan yang anda sebut, galakkan mereka dan puji mereka apabila dia cuba mengikut apa yang anda perkatakan.

Cuba ajar mereka mengenai anggota badan, sebutkan dan minta mereka tunjukkan kepada anda anggota badan yang betul. Ini meningkat komunikasi dua hala antara anda dan anak.

#3. Tepuk tangan sambil menyanyi

Ini boleh merangsang otak bayi dengan sangat cepat. Malah bukan saja otak tetapi koordinasi mata dan anggota badan. Apabila anda menyanyi dan menepuk tangan, bayi biasanya akan ikut, ini yang akan memberi koordinasi kepada mata dan tangan mereka.

#4. Main objek kecil

anak bijak

Rangsang koordinasi dan kemahiran motor halus anak dengan menyuruh mereka mengutip objek kecil seperti manik, dadu dan sebagainya. Tetapi awas, sentiasa perhatikan anak anda takut mereka masukkan ke dalam hidung atau mulut.

Bermain dengan objek kecil dan halus ini akan melatih fokus anak anda. 

#5. Buat memek muka

Buat memek muka supaya anak anda dapat menirunya. Jelirkan lidah dan lihat reaksi mereka. Besarkan mulut anda supaya anak dapat menirunya. Aktiviti ini melatih koordinasi mata anak untuk cuba meniru apa yang anda lakukan.

#6. Beri Anak Makan B.I.T

anak bijak

Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan. Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.

Beri anak kita makan B.I.T:

  • Buah Berries – Contohnya bluberi, ceri, blackberi dan strawberi. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak dan ingatan mereka akan jadi hebat!
  • Ikan – Ikan kembung contohnya mempunyai omega 3 yang tinggi dan bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon juga bagus.
  • Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
    Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.

#7. Jadi model terbaik kepada anak

Children see, children do. Tunjukkan kepada anak-anak aktiviti yang anda lakukan di rumah. Jika mahu anak suka membaca, bacalah buku di hadapan mereka. Tunjukkan kepada mereka aktivti yang menyeronokkan. 

Walaupun mereka masih bayi, jangan pandang rendah ya, mereka rekod apa yang anda lakukan.

#8. Rajin luangkan masa dengan anak

Kalau dapat 10 minit sehari pun, okaylah berbanding tak ada langsung. Lagi bagus kalau ada waktu yang dijadikan sesi rutin sekeluarga.

Biasanya waktu sebelum tidur adalah yang terbaik untuk membaca buku kepada anak kerana ketika itu mereka dalam mood tenang dan kita pun tenang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari, pa&ma, neuroversiti

Baca juga:

https://my.theasianparent.commainan-bijak-untuk-setiap-umur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!