Tidak dapat dinafikan lagi yang matematik sememangnya ilmu yang penting. Sebagi ibu ayah, kita berasa risau sama ada si kecil itu akan mahir atau tidak dalam ilmu ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mengetahuinya dan tip cara bijak matematik yang boleh anda praktikkan dengan anak-anak.
Ibu ayah yang tidak suka matematik akan dapat anak yang tidak gemar matematik
Pertama sekali, kami ingin kongsikan dengan anda fakta kajian ini: ibu ayah yang bencikan matematik akan cenderung untuk mendapat anak yang turut tidak sukakan matematik.
Kalau ibu ayahnya gemar ilmu ini, sehinggakan semasa waktu senggang pun mereka membuat aktiviti mengira, sudah pasti mereka akan dapat menghasilkan anak-anak yang bijak matematik.
Sebelum kita mengetahui cara bijak matematik, jom kita lihat beberapa petanda yang boleh kita gunakan untuk mengetahui sama ada si kecil itu nanti akan bijak atau tidak dalam ilmu mengira.
Cara bijak matematik – ketahui potensi diri anak anda
Para pengkaji ada menyiarkan beberapa siri ujian yang boleh digunakan oleh ibu ayah yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah. Ujian ini dapat memberi petunjuk tentang tahap kecemerlangan si kecil anda setahun yang akan datang.
Ujian “8 soalan”
Antara cara untuk mengetahui sama ada anak kita akan bijak matematik atau tidak adalah dengan mengisi soalan dalam ujian ini.
Julat markah yang patut anda berikan adalah antara 1 (sangat tidak bersetuju) hingga 7 (sangat bersetuju).
Kemudian, tambahkan markah daripada soalan 2,3,4 dan 7. Apabila anda sudah mendapat jumlahnya, tolak dengan jumlah markah 1,5, dan 8.
Kredit: Pinterest
Markah yang terbaik adalah 25 dan ini menandakan anak anda bakal menjadi seorang yang genius matematik. Malah, dia mungkin setanding dengan pakar matematik Adi Putra!
Soalannya: Anak saya…
- Mudah keliru dengan perubahan rutin aktiviti harian
- Faham bagaimana musim berubah setiap tahun (dari monsun hujan ke musim panas/kemarau)
- Boleh menceritakan semula susunan peristiwa yang telah berlaku
- Boleh merancang susunan aktiviti secara berdikari
- Sukar untuk belajar aktiviti baru yang melibatkan sususan tindakan (contohnya, memasang semula bahagian robot mengikut susunan)
- Boleh menceritakan semula aktiviti harian yang dilaluinya
- Faham yang sesetengah perkara perlu dilakukan dalam susunan tersendiri
- Tidak menguasai susunan hari dalam seminggu
Jadi, berikan markah untuk setiap soalan berikut dan lakukan operasi seperti yang telah disebutkan di atas. Kalau markahnya menghampiri 25, anda pasti akan tersenyum bangga!
Cara bijak matematik
Dari usia kecil, molek kiranya kita mula mendidik anak agar mahir menguasai ilmu matematik. Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu ayah agar si kecil mahir ilmu mengira? Ikuti tip cara bijak matematik berikut ini.
1. Main permainan berasaskan matematik
Kredit: Suzieshomeeducationideas.blogspot.com.au
Apabila anda membeli board games untuk anak, belikan permainan yang melibatkan susunan, angka dan operasi mengira. Jika didedahkan dari kecil, lebih mudah untuk anak anda bijak matematik.
2. Guna gajet untuk tujuan pendidikan
Anda boleh memuat turun aplikasi dan games yang membantu menerangkan konsep matematik kepada anak anda dengan cara menyeronokkan. Ada beberapa aplikasi yang boleh anda cuba seperti Prodigy, Mathville atau Dreambox.
3. Buatkan matematik relevan dalam hidupnya
Kanak-kanak tidak akan berminat untuk belajar matematik jika dia tidak nampak bagaimana ilmu itu dapat digunakan dalam kehidupan sehariannya.
Jadi, selepas ini, ketika memasak bersama anak, terangkan tentang cara menyukat bahan dalam bentuk nombor. Apabila pergi ke kedai, sebut secara jelas tentang operasi tambah, tolak, darab atau bahagi ketika membeli barang.
4. Berhati-hati dengan kata-kata anda
Kredit: File photo
Ingat lagi tentang kajian yang kami ada sebutkan di atas? Jika anda sendiri tidak gemarkan matematik, jangan sebut depan anak.
Kalau anda sendiri tidak mahir matematik, tidak perlu beritahu anak. Ia hanya akan mempengaruhi fikirannya sahaja.
5. Kaitkan matematik dengan ilmu lain
Jika anak anda gemar seni atau muzik, kaitkan bidang tersebut dengan matematik. Antara buku yang boleh anda jadikan rujukan adalah buku Greg Tang. Atau, belikan buku bergambar atau buku cerita yang turut melibatkan ilmu matematik.
Dengan asuhan dan galakan awal, kami percaya yang si kecil anda akan membesar menyukai ilmu matematik. Jadi, mari cuba tip di atas ini ya!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
12 cara mudah untuk buat anak kecil anda faham matematik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!