Aduh, gara-gara mencuba makeup, muka gadis kecil ini membengkak teruk! Ini peringatan untuk ibu bapa!

undefined

Seorang bapa berkongsi cerita pengalaman anaknya memakai alat make up hingga kulit menjadi mengelupas, lebam dan bengkak!

Anak kecil pakai makeup – bahaya yang tidak disangka!

Sekiranya anda memiliki anak perempuan, sikap untuk melawa pasti ada pada dirinya terutama apabila melihat ibunya bersiap cantik tatkala ingin keluar. Jadi, sedikit sebanyak perilaku si ibu untuk melawa pasti akan diikuti si kecil hingga anak kecil pakai makeup.

Hal ini sebenarnya terjadi apabila anak sering kali meniru apa yang dilihatnya di rumah. Perasaan ingin tahu akan mula timbul.

Perbuatan seperti ibu mewarnakan bibir dengan gincu merah, memakai eye shadow, mengenakan mascara dan menyapu pipi merah, pasti anak perempuan melihat dan teringin sama.

Dalam pada itu, ini membuatkan ibu membeli produk kosmetik untuk anak perempuannya tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi kelak.

Lagipun, tiada siapa yang menyangka anak kecil pakai makeup sebenarnya mampu mengundang bahaya yang tidak diingini! Tapi itulah yang terjadi dalam kes anak kecil pakai makeup yang akan kami kongsikan ini.

anak kecil pakai makeup, anak kecil pakai kosmetik, anak kecil cantik, ibu beri kosmetik, kosmetik bahaya

Boleh atau tidak anak kecil pakai makeup? 

Seorang bapa bernama, Tony Kylie Cravens berkongsi kisah dengan pengguna Facebook berkaitan kesan anak perempuannya yang cuba memakai makeup.

Sebelum mencuba, beliau tidak tahu yang anak kecilnya itu alergi terhadap bahan yang terkandung dalam kosmetik. Akibat daripada itu, anak perempuannya mengalami kulit kemerahan dan seluruh tubuhnya turut terima akibat yang sama.

Bukan itu sahaja, wajah puterinya, yang bernama Lydia semakin membengkak dan lebam. Bukan hanya kulit wajah, tetapi mata dan bibir anak kecil pakai makeup itu juga terkena alergi bahan yang terdapat dalam kosmetik.

Tony berkata peristiwa tersebut dianggap mimpi buruk buat dirinya dan isteri. Lydia segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkongsi pengalamannya dengan tujuan agar ibu bapa lain tidak membuat kesilapan yang sama sepertinya.

Malah, Tony turut mengingatkan agar ibu bapa lebih berhati-hati ketika anak mencuba memakai kosmetik dan bertanyakan kepada pakar terlebih dahulu sama ada bahan yang terkandung baik untuk kulit atau sebaliknya.

anak kecil pakai makeup, anak kecil pakai kosmetik, kosmetik bahaya, bahan kosmetik merbahaya

Anak kecil pakai makeup: Perhati bahan dalam kandungan kosmetik 

Menurut Dr Mardiati Ganjardani, ketika anak kecil pakai makeup, ibu bapa harus tahu dan memperhatikan kandungan yang terdapat di dalamnya.

Tambahnya, kejadian buruk seperti ini boleh terjadi apabila anak mengalami iritasi atau alergi terhadap sesuatu bahan sama ada makanan, ubatan, pewarna, pengawet, atau bahan kimia yang aktif dalam kosmetik.

Oleh sebab itu, ramai pakar perubatan menyarankan ibu bapa lebih waspada apabila ingin menggayakan anak kecil pakai make up.

Jangan sebarangan memberi mereka memakai kosmetik tanpa usul periksa. Sedikit berkeras dengan anak sekiranya mereka menangis hanya kerana ingin melawa dengan kosmetik.

Menurutnya lagi, antara produk rawatan yang sesuai untuk kulit anak adalah pencuci muka, pelembab muka dan losyen pelindungan UV saja.

Bukan gincu bibir, pemerah pipi dan sebagainya yang pasti mengandungi bahan tidak baik untuk kulit si kecil yang masih baru dan halus.

Jika ibu bapa melihat ada ruam-ruam atau gatal-gatal pada kulit anak selepas memakai kosmetik, langkah awal yang boleh dilakukan adalah dengan membersihkan segera kulitnya dan cuci keseluruhan muka.

Ini antara 5 jenis penyakit kulit yang anda harus tahu bagi membezakan antara alahan kerana anak kecil pakai makeup atau kerana masalah lain.

5 jenis penyakit kulit pada anak yang ibu bapa wajib tahu:

  • Eczema

Gejala utama eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit.  Bahagian yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah, gelembung kecil dan bernanah.

Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema.

  • Bisul

Bisul adalah jangkitan kulit sepeti benjolan merah yang membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas berdenyut.

Bisul biasa tumbuh pada bahagian tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala.

  • Campak

Penyakit seterusnya yang melibatkan kulit adalah campak yang mudah berjangkit disebabkan virus. Antara gejala awal seperti demam, bersin, badan terasa lesu, sakit kepala, nafsu makan menurun dan radang mata.

Selepas beberapa hari, akan kelihatan ruam merah yang gatal dan bertambah besar. Kemudian melata di seluruh tubuh.

  • Kudis

Kudis terjadi disebabkan parasit tangau iaitu Sarcoptes Scabiei Var Hominis. Jangkitan kudis disebabkan sesetengah orang yang tidak menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal. Gejala ini akan rasa gatal di celah-celah jari kaki, tangan, ketik dan alat kelamin.

  • Melanoma

Melanoma merupakan kanser kulit yang serius. Ia mengakitbatkan kematian jika tak dirawati.

Melanoma adalah jenis kanser yang menyebabkan perubahan tahi lalat pada kulit dan merbahaya jika muncul pada leher dan kulit kepala. Selain peradangan pada warna tahi lalat.

 

 

 

 

 

 

Sumber :theAsianparent IndonesiaDrsakitkulit

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia 

Baca juga:

Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!