Jagalah Aib Anak, Mereka Juga Ada Perasaan! Pentingnya Cakap Yang Baik-Baik Mengenai Anak

undefined

Ada kalanya kita sebagai orang dewasa sering memandang rendah perasaan anak kecil dan menganggap mereka orang yang tidak berperasaan.

Ada kalanya kita sebagai orang dewasa sering memandang rendah perasaan anak kecil dan menganggap mereka orang yang tidak berperasaan.

Jangan tak tahu ya, anak kecil seawal usia tiga tahun sudah boleh memahami apa yang anda katakan pada diri mereka, jadi tak mustahil jika anda ‘mengata’ mereka, mereka boleh faham.

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, isu mengenai menjaga aib anak ini kadangkala kita terlepas pandang kerana mungkin menganggap ia hanya perasaan anak kecil, sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan boleh mengguris hati mereka jika kita tersalah kata.

Anak kecil juga ada perasaan, mereka boleh faham kita kutuk dia

anak kecil

Ini adalah petikan posting di laman sosial Facebook yang dikongsikan doktor berkenaan:

“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.

Terdengar pula perbualan di meja sebelah. Pagi tu, klinik tak sibuk seperti kebiasaan.

“Baik? Ishhh, budak ni pandai berlakon je. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.

Suka buat sepah, tak dengar cakap, dah Maghrib tak reti balik rumah. Ni lah budaknya.”

Dush!

Dalam keadaan kita tak nak berbangga dengan pujian orang lain, tanpa sedar kita dah terkutuk anak sendiri depan muka anak.

Tanpa sedar kita dah buka aib anak pada orang luar. Anak kita yang mendengar, sedihlah hati dia. Kalau diulang-ulang, rasa sedih tu membukit.

Lama-lama berubah menjadi marah dan dendam.

Jadilah dia seorang anak yang berdendam dengan mak ayah sendiri.

Kawan-kawan, jangan sekali-kali perlekehkan atau ejek anak kita depan orang lain. Ni termasuklah depan adik beradik dia.

Lepas ni bila ada orang puji anak, kita pandang anak kita dan cakap “Alhamdulillah”.

Kita cakap lagi, “Abang, aunty tu puji abang baiklah. Cakap terima kasih kat aunty tu.”

Sambil tu kita pegang tangan anak atau peluk bahu dia. Mesti sejuk dan damai hati anak.

Rasa dihargai dan disayangi tu akan datang mencurah-curah. Memori ni lah yang anak akan teringat-ingat sampai ke alam dewasa.

Hari ni kita cakap yang baik-baik pasal anak, esok lusa mereka akan cakap yang baik-baik pasal kita.

Bila kita keluar, anak kita behave kadang kala ada saja yang memuji kan? Pernah tak anda lakukan perkara di atas? Ada orang puji, tapi di sebalik nak tutup rasa bangga anak behave di luar, anda cerita pula perkara lain mengenainya di rumah.

Anak kita ada perasaan ya, dia boleh tahu jika kita cakap tak baik mengenainya walaupun dia masih kecil lagi seawal usia tiga atau empat tahun.

Apa salahnya sambutlah pujian itu dengan memuji balik anak dan ucapkan terima kasih.

Bak kata doktor itu, cakaplah yang baik-baik mengenai mereka, kerana mereka akan simpan memori itu hingga dewasa.

Baik perkara yang kita katakan mengenai mereka, baik jugalah perkara yang akan mereka katakan mengenai kita kelak. Percayalah.

Tak salah puji anak, hargailah mereka

anak kecil

Tiada salahnya pun memuji anak. Pujilah mereka jika mereka buat sesuatu yang baik dan marahlah mereka jika apa yang mereka lakukan salah.

Ini demi kebaikannya juga. Ada beberapa cara untuk anda memuji anak antaranya seperti:

#1. Ikhlas dan realistik 

Anak-anak sebenarnya lebih sensitif dan intuitif berbanding apa yang anda sangkakan. Jadi, jangan ambil remeh dan elakkan pujian ‘sepintas lalu’ kerana mereka tahu membezakan sama ada anda betul-betul ikhlas atau sekadar mengambil hatinya. Walaupun niat kita murni, anak tidak perlu dipuji setiap masa. Hanya puji mereka pada tempat dan waktu yang tertentu sahaja sudah memadai.

#2. Jangan melebih

anak kecil

Kita perlu ingat bahawa pujian adalah medium untuk melatih keyakinan anak dan tidak wajar digunakan untuk memanjakan anak. Misalnya, jika dia kalah dalam pertandingan, kita tidak boleh memuji dan mengucapkan tahniah padanya hanya untuk mengelakkannya bersedih. Kita perlu mengajar anak untuk menerima kenyataan dan memberi kata semangat untuk menghadapi kekalahan tersebut.

Seperti tabiat terlebih memuji, memuji tidak kena pada tempat juga mampu memberi kesan buruk pada tahap keyakinan anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: siraplimau, Dr Redza Zainol

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-merajuk-tips-memujuk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!