X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Betul Ke Anak Lahir Hujung Tahun Selalunya Lambat 'Pick Up'? Ini Penjelasannya

3 min bacaan
Betul Ke Anak Lahir Hujung Tahun Selalunya Lambat 'Pick Up'? Ini Penjelasannya

Kebanyakan ibu-ibu banyak berkongsi kisah mereka apabila anak ketinggalan sejak dari mula prasekolah lagi. Anak mereka yang lahir di hujung tahun tidak secekap kanak-kanak yang lahir di awal tahun. 

Apabila anak anda lahir di hujung tahun seperti bulan November atau Disember, sudah tentu ia menjadi kebimbangan apabila tiba waktu prasekolah nanti. Adakah mereka dapat pickup teknik mengajar seperti biasa? 

Kebanyakan ibu-ibu banyak berkongsi kisah mereka apabila anak ketinggalan sejak dari mula prasekolah lagi. Anak mereka yang lahir di hujung tahun tidak secekap kanak-kanak yang lahir di awal tahun. 

Mereka selalu tampak lebih ‘mature’ dan selalunya kanak-kanak yang lebih ‘berusia’ ini begitu cepat untuk menangkap konsep pembelajaran berbanding kanak-kanak yang lebih muda. 

teknik mengajar

Orang tua-tua cakap, jangan lahir bulan Disember nanti anak lembab! Betulkah sebegitu? Ia mungkin benar dari segi tumbesaran tapi adakah perkembangan juga sama?

Sebenarnya berdasarkan kajian memang pada permulaan sekolah, perbezaan usia yang banyak boleh memberi efek pada tahap kemahiran murid-murid sekelas. 

Dan kajian juga ada mendapati kanak-kanak yang lebih ‘berusia’ ini selalunya lebih mempunyai peratusan tinggi untuk masuk ke Universiti. 

Lantas kajian seperti ini memberi kebimbangan buat ibu bapa di serata dunia apabila anak mereka dilahirkan pada hujung tahun. Lantas rama ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak ke sekolah lewat setahun. 

Jangan risau tidak semuanya begitu, ini adalah berdasarkan peratusan sahaja, tidaklah semua anak-anak yang lahir di hujung tahun dikatakan ketinggalan.

Cara membantu anak

teknik mengajar

Jika anda perhatikan anak anda punyai ciri-ciri seperti dia ketinggalan di dalam kelas berbanding dengan murid lain, jangan terus melatah ya. Ini antara apa yang anda boleh bantu.

#1. Layan mereka secara individu

Setiap kanak-kanak di dunia ini adalah berlainan, dan kesan perbezaan usia ini hanyalah satu trend yang umum, ia tidak semestinya berlaku kepada semua kanak-kanak di setiap sekolah. 

Setiap prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah pasti mempunyai kanak-kanak yang lebih muda yang juga sangat cekap dan sering mendahului rakan-rakan sekelas mereka. Setiap kanak-kanak adalah unik, jadi cari keunikan anak anda atau minat mereka dan sentiasa menggalakkan mereka untuk mengasah bakat mereka itu. 

#2. Jangan hantar anak ke sekolah berdasarkan populariti

Sentiasa memilih sekolah yang menjaminkan teknik mengajar yang bagus, baik dari segi gurunya (ciri-ciri guru yang positif dan entusiastik sangat penting), kemudahan dan sokongan pembelajaran di sekolah itu. 

Anda perlulah menghantar anak anda ke sekolah yang bersesuaian dengan mereka, baik dari segi keupayaan, personaliti dan karakteristik mereka. 

#3. Impak kemasukan sekolah lewat

Kemungkinan kelewatan dalam memasuki persekolahan dapat menyelesaikan masalah perbezaan usia, walau bagaimanapun ia mempunyai risiko lain juga. 

Otak kanak-kanak berkembang dengan pesat pada awal lima tahun hidupnya. Jika anda melewatkan pengalaman pembelajarannya untuk setahun, otak anak anda masih akan terus berkembang. 

Jadi dengan kelewatan dalam memulakan pembelajaran kemungkinan besar akan menganggu stimulasi anak anda yang pada waktu itu otaknya sedang berkembang. 

teknik mengajar

#4. Stimulasi sosial

Gabungan antara kanak-kanak yang lebih muda serta yang ‘berusia’ ini dapat menghasilkan satu perkembangan sosial yang kurang mencabar. Malah mereka yang lebih muda dapat  belajar teknik bersosial daripada yang berusia. 

#5. Ambil tahu perihal anak

Selain memasukkan mereka ke sekolah yang bagus dari segi sistem pembelajaran, anda sebagai ibu bapa juga perlu tahu teknik mengajar yang betul. 

Setiap kali anak pulang dari sekolah pastikan segala kerja sekolah yang diberikan dapat dilakukan oleh anak-anak. Berikan mereka kelas tambahan jika perlu. Tapi yang pasti anda perlu sentiasa berbincang dengan anak untuk mengetahu tahap pencapaian mereka. Jangan tunggu guru call ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Young Parents

Baca juga: Cara Mengatasi Anak Lembab, Ini Yang Parents Perlu Lakukan

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Betul Ke Anak Lahir Hujung Tahun Selalunya Lambat 'Pick Up'? Ini Penjelasannya
Kongsikan:
  • Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

    Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

  • 24 Jun Pelajar SPM, STPM & STAM Boleh Kembali Ke Sekolah, SOP Ketat Diperkenalkan

    24 Jun Pelajar SPM, STPM & STAM Boleh Kembali Ke Sekolah, SOP Ketat Diperkenalkan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

    Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

  • 24 Jun Pelajar SPM, STPM & STAM Boleh Kembali Ke Sekolah, SOP Ketat Diperkenalkan

    24 Jun Pelajar SPM, STPM & STAM Boleh Kembali Ke Sekolah, SOP Ketat Diperkenalkan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.