Tidak Dapat Terima Kenyataan, Ibu Tidur Di Pusara Setelah Anak Meninggal Akibat Dilanggar Lari

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila mendapat khabar berita kematian anaknya...

Ibu mana yang boleh kuat semasa merasakan sedih apabila anak meninggal. Kematian anak merupakan hal yang paling sukar untuk dilalui oleh mana-mana ibu bapa pun.

Tidak Boleh Terima Kematian Anak, Ibu Sanggup Tidur Di Pusara Anak 

Kisah ibu yang kematian anak ini dirasakan oleh seorang penduduk Desa Mlaten, Kecamatan Mijen, Demak, Jawa Tengah, dimana anak perempuanya meninggal dunia akibat kemalangan.

Ibu berkenaan walau bagaimanapun tidak boleh menerima kenyataan yang buah hatinya telah meninggalkannya selama-selamanya, dia sanggup tidur di kubur anaknya. Sebuah gambar yang diterbitkan di akaun facebook Yuni Rusmini, melihatkan ibu tersebut tidur di atas pusara anaknya yang tanahnya masih merah.

Tidak Dapat Terima Kenyataan, Ibu Tidur Di Pusara Setelah Anak Meninggal Akibat Dilanggar Lari

Anak Meninggal Akibat Dilanggar Lari

Keterangan di gambar tertulis, 

“Ini ibu kandung perempuan yang menjadi mangsa langgar lari semasa menaiki motor. Tidur di pusara anaknya.”

Berdasarkan maklumat, anak wanita tersebut mengalami kemalangan semasa ingin pergi ke konsert muzik bersama rakannya. Kemalangan tersebut terjadi di depan Masjid Gajah, dekat Pasar Gajah, Jalan Gajah, Kudus, Jawa Tengah.

Posting tersebut lantas menjaid perhatian warga internet, yang turut merasa prihatin dengan keadaan ibu yang kematiaan anak itu, malah mendoakan si ibu diberikan ketabahan setelah anak meninggal. Berikut beberapa komen dari orang ramai:

  • Tidak ada cara yang benar atau salah untuk merasa berduka
  • Setiap orang berduka dengan caranya sendiri
  • Kesedihan tidak memiliki pola atau aturan yang ditetapkan
  • Tidak ada batas waktu untuk kesedihan
  • Tidak ada jalan pintas untuk mengatasi kesedihan
  • Beberapa hari mungkin buruk daripada hari yang lain
  • Seiring waktu kesedihan ini akan semakin mudah ditangani

Kami mendoakan agar si ibu redha dengan kehilangan ini, dan semoga dapat menjalani hidup dengan ketenangan.

Apakah perkara yang sukar untuk dibincangkan dengan anak lelaki?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki Pea dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-syurga/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!