Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak tiba-tiba tak mahu minum susu itu perkara normal, tapi anda sebagai ibu ayah perlu kreatif dalam menghidangkan pelbagai makanan yang seimbang seperti susu kepada anak-anak supaya mereka mendapat nutrien secukupnya.
Risaunya memikirkan anak yang kurang minat minum susu. Puas ibu ayah mengejar anak satu rumah hanya semata-mata nak beri anak secawan susu!
“Dulu memang tak pernah ada masalah begini, anak saya boleh habiskan 400-500 ml susu dalam sehari. Apa yang membuatkan dia tiba-tiba tak berminat? Nak kata tukar susu lain, ia masih jenama yang sama, dari segi bancuhan pun masih tak berubah.”
“Pernah satu masa saya bagi anak susu macam biasa, tiba-tiba dia cakap ‘yuck! Susu masam, tak sedap!’ Sedangkan susu tu baru saja dibuat.”
“Pada usia 2 tahun, anak saya sudah pandai melarikan diri apabila melihat saya membancuh susu. Apa yang saya lakukan sekarang saya campurkan susu tepung dengan yogurt, menjadikannya seperti air yogurt yang sejuk!”
“Anak saya ni kalau minum susu, memang tak pernah habis secawan. Pernah sampai saya kurangkan kuantiti susu daripada 180 ml ke 150 ml pun sama, masih juga tidak habis. Payahnya dia nak habiskan susu,” menurut perkongsian ibu-ibu di dalam kumpulan di Facebook. Macam-macam ragam anak bila tiba masa nak minum susu.
Apa sebenarnya yang membuatkan anak-anak kurang minat pada susu? Adakah ia normal dan adakah ia memberi kesan pada tumbesaran anak?
Selalunya ia terjadi kepada anak-anak yang menginjak usia 2 tahun ke atas. Ini kerana mereka sudah terdedah dengan makanan lain yakni makanan pejal yang lebih menarik minat mereka.
Jadi ini tips dan idea yang dikongsi pakar diet untuk pesakit pediatrik di ABC Children Specialist Clinic, Cik Jowynna Yeo yang anda boleh ikuti dalam ‘memancing’ anak anda untuk kembali ‘jatuh cinta’ dengan susu!
Punca anak “menolak” susu
Menurut pakar diet kanak-kanak, Cik Jowynna Yeo, setiap kanak-kanak berbeza. Inilah antara sebab-sebab anak mula “menolak” susu:
1# Mereka tidak menyukai rasa susu
Ini kerana pelbagai jenis susu punyai rasa berbeza. Misalnya, susu UHT VS susu segar VS susu tepung semunya mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza. Eksperimen dan benarkan anak anda memilih salah satu yang dia gemari
2# Mereka tidak suka susu suam atau susu suhu bilik
Jadi sajikan susu sejuk kepada anak anda, atau biarkan anak anda menambahkan ketulan ais ke dalam susu.
3# Orang lain dalam keluarga tidak minum susu
Kanak-kanak kecil suka ikut apa yang dilakukan dalam keluarga; oleh itu, jika orang lain tidak minum susu (atau minum sesuatu yang lain), kanak-kanak itu akan kurang berminat untuk minum susu.
Mengapa penting untuk anak-anak minum susu dan apa kesannya terhadap tumbesaran mereka?
Menurut Cik Yeo, garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja mengesyorkan agar susu atau produk tenusu harus diambil setiap hari sebagai sebahagian daripada diet harian.
Susu dan produk tenusu lain seperti keju dan yogurt memberikan tenaga dan nutrien penting seperti protein dan kalsium. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan, sementara kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Walaupun kanak-kanak dapat protein daripada sumber makanan lain, mereka mungkin tidak mendapat cukup kalsium dan nutrien lain jika mereka tidak minum susu.
Kanak-kanak berumur lebih dari 2 tahun perlu mendapatkan 2-3 hidangan susu setiap hari untuk membantu memenuhi keperluan kalsium harian.
Kalsium adalah asas untuk tulang yang kuat dan tumbesaran yang baik. Anak anda mungkin tidak percaya atau peduli bahawa susu adalah baik untuk tubuh mereka, tetapi ia adalah sumber kalsium yang sangat penting.
Ingatlah untuk menggalakkan anak anda minum 2-3 gelas susu setiap hari, kerana kalsium adalah penting dalam membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat.
Khasiat susu yang ramai ibu ayah tak tahu
Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Tahukah anda, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa protein membantu membentuk antibodi untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria dan virus?
Cik Yeo juga menegaskan susu adalah sumber protein berkualiti yang baik. Susu dianggap sebagai “protein lengkap”, yang bermaksud ia mengandungi semua sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Apa kaedah untuk pujuk anak minum susu?
Salah satu kaedah terbaik untuk mendorong anak anda minum susu adalah dengan menjadi teladan buat mereka. Ibu bapa harus menyedari betapa pentingnya minum susu. Bagi orang dewasa, kita juga perlu minum susu, kerana ia adalah sumber kalsium dan vitamin D yang baik, dan kedua-dua nutrisi ini penting untuk ibu mengekalkan kekuatan tulang.
Kanak-kanak biasanya ingin mengikuti apa yang dimakan atau minum oleh ibu atau ayah, oleh itu ibu ayah harus menjadi teladan untuk mendorong makanan dan minuman baru, seperti susu.
Susu harus ditawarkan bersama dengan makanan harian mereka seperti sarapan dan snek petang. Ibu bapa juga boleh memasukkan susu ke dalam cawan terbuka, terutama jika anak mempunyai cawan kegemaran (cawan dengan warna kegemaran mereka dan / atau watak kartun kegemaran). Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan susu dengan cawan sippy, tambah Cik Yeo.
Anak masih enggan minum susu, apa cara alternatif untuk pastikan mereka minum susu?
Cik Yeo menyarankan susu boleh dimasukkan ke dalam banyak hidangan dan resepi seperti:
- Ditambah dengan bijirin sarapan seperti oatmeal, muesli, cornflake dan banyak lagi
- Masak oatmeal dalam susu dan bukannya air
- Masak nasi atau bubur dalam susu dan bukannya air
- Masukkan susu semasa membuat telur dadar atau telur hancur
- Sediakan smoothie dengan susu dan buah-buahan segar
- Sediakan popsikel susu dengan susu, yogurt dan buah-buahan segar
- Masukkan susu ke dalam lauk
- Masukkan susu ke kentang lenyek
- Sediakan puding susu dan kastard buatan sendiri
- Masukkan susu semasa menyediakan sup berkrim
- Masukkan susu ke dalam adunan tepung pancake / wafel / kek / muffin / roti
- Masukkan susu tepung ke resepi seperti bebola daging buatan sendiri, roti daging
- Masukkan susu tepung ke dalam resepi makaroni dan keju
Catatan: Semasa menyediakan resepi yang merangkumi air, anda biasanya boleh menggantikan air dengan susu.
Tawarkan susu dalam pelbagai bentuk
- Suhu berbeza – sebilangan kanak-kanak lebih suka susu sejuk, sementara ada yang lebih suka susu suam. Ikut yang mana pilihan anak.
- Tambahkan serbuk koko tanpa gula ke dalam susu dan goncangkan dengan baik – untuk membuat susu coklat anda sendiri, tanpa tambahan gula.
Mengikut saranan Cik Yeo, sekiranya anak anda masih tidak minum susu (dan cadangan yang disenaraikan tidak berfungsi), teruskan mencuba, kerana sebilangan anak memerlukan pendedahan 10-20 kali untuk menerima makanan baru.
Diet yang seimbang dengan pelbagai sumber makanan berkhasiat memastikan anak anda mendapat nutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran untuk memastikan anak anda mengambil susu yang mencukupi, minta bantuan pakar diet untuk menyokong anda dan anak anda
Cuba Susu Tepung Rumusan Kanak-Kanak Fernleaf, ramai yang gemarkannya!
Jadi sememangnya normal untuk anak-anak secara tiba-tiba menolak susu akibat bosan, ikut mood dan sebagainya. Jadi kita sebagai ibu ayah juga yang perlu menjadi lebih sabar dan kreatif dalam penyediaan susu kepada anak-anak.
Memandangkan ada banyak jenama susu kanak-kanak yang berada di pasaran, kami yakin mesti anda runsing nak memilih jenama yang mana. Jangan risau, team The Asianparent akan bantu!
Hasil carian kami, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf antara yang terbaik kerana ia diperbuat dengan susu dari New Zealand, dipekkan di Malaysia dan disahkan Halal oleh Jakim.
Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf hadir dalam 2 formulasi khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun. Ia juga terdapat dalam variasi perisa Madu (1-3 tahun, 4-6 tahun) dan Coklat (4-6 tahun) untuk kanak-kanak yang menyukai rasa selain daripada susu biasa.
Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf mengandungi nutrisi penting, termasuk 5x DHA (berbanding dengan kandungan rumusan sebelum ini), Nutricare™, *100% Kalsium, Protein Tinggi, 18 Nutrien Penting dan Inulin. Ia adalah penting untuk ibu bapa menyokong perkembangan si manja anda. Ini antara nutrisi penting yang terdapat dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak tersebut:
- 5X DHA – DHA yang mana terdapat banyak di dalam otak.
- Nutri-Care – Kombinasi nutrien unik yang terdiri daripada Vitamin A, C, E, Zink, Selenium, Kuprum and Zat Besi.
Selain itu, ia juga mengandungi *100% Kalsium, Protein Tinggi, 18 Nutrien Penting dan Inulin untuk membantu memenuhi keperluan khasiat harian anak anda.
- *100% Kalsium – Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
- Protein Tinggi – Penting bagi Tumbesaran dan perkembangan
- 18 Nutrien Penting – Termasuk vitamin dan mineral untuk menyokong Tumbesaran dan perkembangan.
- Inulin – Merupakan sejenis serat makanan
Ingat pesan pakar diet, Cik Jowynna Yeo – tabiat yang baik bermula daripada keluarga kita sendiri. Jadi, teruskan memberi susu kepada kanak-kanak dan jadikan ia suatu tabiat yang boleh dibawa hingga dewasa.
*3 gelas sehari memenuhi 100% RNI Malaysia (2017) untuk Kalsium
Sumber: Medical News Today, Healthline, Panduan Diet Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!