6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

Apabila mendisiplinkan anak dengan cara lembut, ia boleh membina hubungan positif dan komunikasi, terutamanya apabila anak-anak tak dengar kata.

Anak tak dengar cakap? Jangan risau. Dengan 6 kata-kata positif ini, anak anda pasti akan mula mendengar kata!

Mari kita lihat 6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh gunakan apabila anak tak dengar cakap. 

1. Ingat tak apa yang kita bincangkan tadi? 

anak tak dengar cakap, anak tak dengar kata, anak tidak dengar cakap, anak tidak dengar kata, kenapa anak tak dengar cakap, doa untuk anak degil, anak degil

Ibu bapa selalu suruh anak untuk "berhati-hati!" ataupun "berhenti melakukan itu!". Jika anak selalu mendengar arahan yang sama berulang kali, mereka akan rasa bosan dan ini akan menyebabkan anak tak dengar cakap.

Ibu bapa boleh cuba untuk menggunakan kata-kata yang lebih positif walaupun ia masih arahan yang sama.

Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memberi arahan khusus kepada anak contohnya: "Jalan perlahan-lahan apabila di tepi jalan." 

2. Tolong gunakan nada suara yang lembut 

Suara sesetengah kanak-kanak memang lebih kuat dari yang lain. Oleh itu, ajar anak masa yang sesuai untuk menggunakan suara yang lantang (contohnya di taman) dan bila untuk menggunakan nada suara yang lembut (misalnya di perpustakaan).

Jangan gunakan kata-kata seperti "diamlah," ataupun "jangan jerit."

Gunakan sentuhan tangan yang lembut, temuan mata dan bisikan untuk mengawal keadaan apabila anak tak dengar cakap. Ibu bapa jangan ikut menjerit juga ya!

Jadilah contoh yang baik dan gunakan nada yang lembut jika anda ingin anak melakukan yang sama. 

3. Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari kesilapan ini?

anak tak dengar cakap, anak tak dengar kata, anak tidak dengar cakap, anak tidak dengar kata, kenapa anak tak dengar cakap, doa untuk anak degil, anak degil

Beri penekanan kepada bagaimana anak boleh memperbetulkan keadaan. Ini boleh membantu anak mengingatkan kesalahan dan untuk menjaga tingkah laku mereka. 

Jangan katakan "Tak malu ke menjerit-jerit!" Sebaliknya, tanya anak "Apakah pengajaran yang dapat diperolehi dari kesilapan ini?" ataupun "Bagaimana anda boleh memperbaiki diri pada masa depan?" 

4. Kami akan lambat jadi anda perlu lebih cepat 

Walaupun ibu bapa perlu mengajar anak nilai masa, jangan selalu tergesa-gesa dan tegas setiap masa. Beri anak peluang untuk rileks dan untuk melakukan tugas mengikut kadar mereka sendiri.

Jika hampir lambat, beritahu anak mengapa mereka perlu lebih cepat. Jangan lupa untuk menggunakan kata-kata positif dengan lembut.  

5. Bertenang dulu dan beritahu ibu apa yang anda mahu

anak tak dengar cakap, anak tak dengar kata, anak tidak dengar cakap, anak tidak dengar kata, kenapa anak tak dengar cakap, doa untuk anak degil, anak degil

Apabila sudah penat satu hari bekerja, ibu bapa selalu cepat menengking anak. "Diamlah, cakap betul-betul apa yang kamu nak!"

Jangan lupa ya ibu bapa, anak akan ikut apa yang kita buat. Ia adalah tanggungjawab kita untuk memodelkan tingkah laku yang baik untuk mereka. Oleh itu, apabila menangani masalah anak tak dengar cakap, tarik nafas panjang-panjang dan tenangkan diri dahulu.

6. Adik tetap anak ibu...

Jangan gunakan kata-kata seperti "kalau tak ikut kata, nanti ibu tak sayang," ataupun "tak ada orang yang sayang budak-budak nakal," apabila anak tak dengar cakap.

Kasih sayang tanpa syarat dan batasan adalah asas keibubapaan yang positif. Pengesahan ini adalah kunci untuk membantu mereka membina keyakinan, harga diri dan ikatan dengan ibu bapa.

Sebaliknya katakan "ibu tetap sayang tidak kira apa yang berlaku, tetapi lain kali anda perlu bersopan apabila bercakap dengan rakan sekelas. Jangan teriak sahaja."

Cara lembut apabila anak tak dengar cakap berkesan juga

anak tak dengar cakap, anak tak dengar kata, anak tidak dengar cakap, anak tidak dengar kata, kenapa anak tak dengar cakap, doa untuk anak degil, anak degil

Walapun ibu bapa mendisiplinkan anak dengan cara yang lembut, ini tidak bermakna kita manjakan mereka. Kita hanya menggunakan cara lain, cara yang lebih positif apabila anak tak dengar cakap.

Kita tidak sepatutnya menggunakan kekerasan dan ancaman. Kadang-kadang cara lembut pun berkesan juga.  

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Motherly

Baca juga:

my.theasianparent.com/disiplinkan-anak-kata-tidak-boleh/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!