7 cara mengawal kemarahan pada anak
Semua ibu bapa pernah hilang kesabaran dan akan lupa cara mengawal kemarahan pada anak lebih-lebih lagi ketika mereka sangat nakal.
Apabila anak melakukan kesalahan, kita sepatutnya mendisiplinkan anak dengan cara yang tenang dan terkawal. Tapi apabila sibuk dengan cabaran hidup, tekanan bekerja, stress kerana kekurangan wang dan kurang rehat, kadang-kadang kita cepat tengking anak yang buat perangai.
Anda tahu tak perasaan anak apabila ibu bapa lupa cara mengawal kemarahan mereka? Bayangkan perasaan anda jika orang yang tengah marah itu 3 kali saiz badan anda dan anda bergantung kepadanya untuk makanan, tempat perlindungan, keselamatan serta kasih sayang.
Cuba rasa perasaan itu dan gandakan sebanyak 1000 kali. Inilah perasaan anak apabila kita marah dengan mereka.
Cabaran setiap ibu bapa adalah untuk mengawal kemarahan kita supaya kita boleh mengurangkan kesan negatif kepada anak.
Sekiranya anak tidak menunjukkan sebarang perasaan terhadap kemarahan ibu bapa, ini menunjukkan dia sudah biasa dan telah membina pertahanan terhadap ibu bapanya. A
khirnya anak tidak akan mendengar kata atau berkelakuan baik untuk menggembirakan ibu bapa. Sebaliknya dia akan lebih terdedah kepada pengaruh orang luar dan rakan sebaya.
Di bawah adalah 7 cara mengawal kemarahan terhadap anak yang anda boleh cuba:
#1 Tetapkan batasan
Cara mengawal kemarahan 1: Tetapkan batasan
Kebanyakkan masanya anak akan buat perangai kerana ibu bapa tidak menetapkan batasan. Jika ibu bapa sangat stress hari itu, beritahu anak supaya mereka akan lebih bertimbang rasa.
Tapi jika mereka masih nakal, ibu bapa mungkin perlu beri amaran dan mengingatkan anak tentang batasan yang telah ditetapkan. Ini tidak bermakna ibu bapa perlu marah setiap kali anak membuat kesalahan biarpun sekecil mana pun.
Setiap interaksi negatif akan memberi kesan kepada hubungan anda dengan anak, jadi pilih untuk membetulkan kesalahan yang betul-betul penting sahaja.
#2 Tenangkan diri dulu
Cara mengawal kemarahan 2: Tenangkan diri dulu
Sebelum mendisiplinkan anak, hentikan tugas anda dan tenangkan diri terlebih dahulu. Tarik nafas panjang-panjang dan ingat punca sebenar mengapa anda marah.
Amalkan ini sepanjang hari dan lama-kelamaan anda akan berjaya mengawal kemarahan terhadap anak.
Anak anda akan sentiasa menunjukkan perangai-perangai ibu bapa yang perlu dibaiki. Bersikap terbuka dan semak diri sendiri.
Fikirkan “adakah saya orang yang kurang sabar dan tidak boleh mengawal emosi sendiri?” Mungkin anda perlu menguruskan emosi anda terlebih dulu.
#3 Timeout
Cara mengawal kemarahan 3: Beredar dari situasi yang tegang
Salah satu cara mengawal kemarahan ialah beredar dari bilik yang sama untuk beberapa minit sehingga anda menjadi lebih tenang. Beritahu anak yang anda sangat marah dan perlu keluar dari bilik sekejap.
Apabila anda tidak berada secara fizikal dalam bilik yang sama, ini boleh mengurangkan risiko ibu bapa menggunakan kekerasan seperti memukul atau menampar.
Apabila anda sudah tenang anda boleh masuk semula ke bilik untuk mendisiplin anak. Cara ini bukan hanya mengajar anak cara mengawal kemarahan, ia juga menunjukkan kepada anak bahawa kemarahan anda adalah sesuatu yang serius.
#4 Semak punca tekanan sebenar
Cara mengawal kemarahan 4: Semak punca tekanan sebenar
Kadang-kadang jawapannya jelas berkaitan dengan corak keibubapaan kita. Selain dari faktor cabaran hidup, selalunya kemarahan yang terpendam mungkin berpunca dari pasangan kita apabila mereka tidak memainkan peranan mereka yang sepatutnya; sebagai suami atau sebagai seorang ayah.
Pada saat-saat kita betul-betul tertekan, kemarahan itu boleh melimpah keluar dan terkena anak-anak yang tidak bersalah.
#5 Elak dari buat ancaman
Cara mengawal kemarahan 5: Jangan buat ancaman kosong dan tidak munasabah
Ancaman yang dibuat semasa marah biasanya tidak munasabah. Ancaman hanya berkesan jika anda sanggup melakukannya.
Jadi jangan buat ancaman kosong yang anda akan meninggalkan mereka kerana ini hanya akan melemahkan kuasa anda dan menyebabkan anak-anak rasa tidak takut kerana tahu anda tidak akan mennguatkuasakan ancaman itu.
#6 Pilih kata-kata dan nada suara yang betul
Cara mengawal kemarahan 6: Gunakan kata-kata dan nada suara yang betul
Kajian menunjukkan apabila kita berusaha untuk menggunakan nada suara yang tenang, kita akan menjadi lebih tenang, dan ini juga akan mempengaruhi tindak balas orang lain kepada kita.
Penggunaan kata-kata kesat dalam nada suara yang negatif hanya akan memburukkan keadaan dan menyebabkan pendengar kata-kata itu menjadi lebih kecewa. Kita ada pilihan untuk menenangkan atau memburukkan keadaan dengan percakapan kita, jadi pilihlah kata-kata dan nada suara yang positif.
Ingat, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak.
#7 Jangan berhenti mencari dan mencuba cara mengawal kemarahan yang lebih positif
Cara mengawal kemarahan 7: Dapatkan bantuan
Ada banyak cara lain yang lebih berkesan untuk mendisiplinkan anak selain dari menengking dan memukul. Tahukah anda kajian menunjukkan cara disiplin dengan kemarahan yang di luar kawalan hanya akan menggalakkan kelakuan yang tidak baik?
Dapatkan nasihat dan sokongan ibu bapa lain untuk cara disiplin yang lebih positif.
Jika anda masih menghadapi masalah untuk mengawal kemarahan anda terhadap anak dan selalu stress, dapatkan bantuan kaunseling atau hubungi Befrienders Malaysia di talian nombor : 03-7956 8145
Sumber: Aha Parenting
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Helah Getah Ikat Rambut Viral – Bantu Ibu Bapa Mengurangkan Tekanan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!