Bayi dua bulan ini tumbuh gigi taring dalam masa satu malam!

Seorang ibu terkejut apabila melihat anak tumbuh gigi taring yang tajam dalam masa satu malam saja! Jom baca kisah ibu ini.

Anak tumbuh gigi biasanya apabila mereka berusia dalam lingkungan enam bulan.

Jadi, cuba anda bayangkan perasaan ibu ini apabila dia bangun pagi dan melihat anaknya yang berusia tak sampai dua bulan setengah ini tumbuh gigi dalam masa satu malam!

Bukan saja gigi anaknya tumbuh awal, gigi yang tumbuh itu pula adalah gigi taring! Memang MENAKUTKAN!

Anak tumbuh gigi taring dalam masa satu malam

anak tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi taring, tumbuh gigi, gigi anak, pertumbuhan gigi bayi, jadual tumbuh gigi

Sumber: Facebook/Tara O’Byrne

Menurut artikel Irish Mirror, Tara O’Bryne, ibu kepada Oscar O’Bryne terkejut selepas melihat anaknya yang baru berusia 11 minggu tumbuh gigi taring tajam dalam masa satu malam.

Ibu ini memberitahu Irish Mirror, pada pukul 7 pagi, dia telah bangun untuk melihat keadaan anaknya.

“Saya biasanya berikan dia puting dan dia akan tidur semula selama satu jam, tapi dia asyik menangis.”

Jadi, ibu ini membawa anaknya keluar. Hanya selepas dia menukar baju anaknya dan bersedia untuk menyusukan anaknya ini baru dia perasan yang gigi tajam tumbuh dalam mulut anaknya!

Tara terus kejarkan Oscar ke Hospital Our Lady of Lourdes. Tapi, doktor-doktor di sana lebih sibuk berdebat tentang gigi anaknya dari merawat anaknya.

Kecewa dengan tindakan doktor di situ, Tara membawa Oscar ke Hospital Temple Street berhampiran di mana mereka terus merujuk Oscar dengan doktor gigi.

Anak tumbuh gigi: Doktor buang gigi anak

anak tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi taring, tumbuh gigi, gigi anak, pertumbuhan gigi bayi, jadual tumbuh gigi

Source: Facebook/Tara O’Byrne

“Kami mendapat temujanji dan membawa Oscar berjumpa dengan doktor gigi. Saya perlu memegang lengan anak saya sementara doktor ini mencabut gigi Oscar.

Tapi entah apa yang terjadi semasa prosedur tersebut hingga gigi Oscar tersedut masuk ke dalam hidung.

“Saya terpaksa sendawakan Oscar untuk keluarkan gigi tersebut, tapi anak saya tak apa-apa,” kongsi Tara.

“Ada beberapa doktor gigi yang datang untuk mengambil gambar gigi. Kami mengambil gambar-gambar tersebut untuk ditunjukkan pada Oscar apabila dia bersar nanti. Pada mulanya kami takut tapi sekarang kami rasa seperti lawak pula. Saya dan suami gelak tentang kejadian ini. Memang tak sangka, lagi-lagi ia terjadi pada waktu sekarang!”

Tara merujuk kepada Halloween yang bakal menjelang.

Kadar normal anak tumbuh gigi

anak tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi taring, tumbuh gigi, gigi anak, pertumbuhan gigi bayi, jadual tumbuh gigi

Pertumbuhan gigi Oscar pada umur sebegini adalah sangat jarang berlaku dan bukan perkara biasa. Secara normal, bayi mula tumbuh gigi pada usia enam bulan.

Biasanya, dua gigi pertama yang akan tumbuh adalah gigi pada bahagian bawah di tengah, diikuti dengan dua gigi tengah bahagian atas.

Kesemua 20 gigi (10 di atas dan 10 di bawah) sepatutnya tumbuh apabila anak berusia dua tahun setengah atau tiga tahun.

Fakta anak tumbuh gigi:

  • Umumnya, untuk setiap enam bulan hidup, lebih kurang empat gigi akan tumbuh.
  • Perempuan biasanya akan tumbuh gigi sebelum lelaki pada usia yang sama.
  • Gigi bawah biasanya tumbuh dulu sebelum gigi atas.
  • Gigi di kedua-dua rahang biasanya tumbuh berpasangan – satu di sebelah kanan dan satu di kiri.
  • Gigi sementara atau gigi susu biasanya lebih kecil dan putih berbanding gigi kekal.
  • Apabila anak bersedia dua atau tiga tahun, kesemua gigi susu anak dah tumbuh.
  • Gigi susu kanak-kanak mula tercabut apabila mereka berusia lebih kurang enam atau tujuh.
anak tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi taring, tumbuh gigi, gigi anak, pertumbuhan gigi bayi, jadual tumbuh gigi
Gigi pertama anak anda tumbuh pada usia berapa bulan? Jom kongsi dengan kami!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-umur-8-bulan-belum-tumbuh-gigi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!