Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Laktoferin menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan merupakan kunci utama sistem imun badan namun masih ramai tidak tahu tentang laktoferin dan kebaikannya.
Dalam keadaan cuaca sekarang, keimunan paling dipentingkan. Bahkan sebagai ibu, kita berusaha untuk melakukan apa yang termampu untuk melindungi anak-anak daripada sakit.
Bagi kebanyakan orang, ini bermakna anak-anak harus mengamalkan kebersihan di rumah dan di sekolah, malah memastikan mereka mendapat tidur yang cukup dan membekalkan makanan yang berkhasiat untuk menguatkan kesihatan mereka.
Semasa memikirkan tentang nutrisi, anda juga akan meneroka cara semula jadi untuk menguatkan imuniti anak anda dan mungkin berjumpa dengan bahan laktoferin dalam kajian anda.
Sebagai protein yang hadir semula jadi dalam susu dan cairan tubuh, laktoferin menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan merupakan kunci utama sistem imun badan.
Apa Sebenarnya Laktoferin?
Laktoferin ialah protein susu pelbagai fungsi. Ia biasanya ditemui di dalam susu ibu[i] dan rembesan mukosa lain seperti air mata, hempedu dan air liur[ii][iii]. Tahap protein yang tinggi turut dijumpai di dalam kolostrum – susu ibu awal yang memberikan sokongan imun kepada bayi pada minggu pertama hidup mereka.
Apakah Fungsinya?
Laktoferin bertanggungjawab untuk mengikat dan mengangkut zat besi dalam badan. Namun ia juga memainkan peranan penting dalam pertahanan imum – dengan menghalang patogen dan melindungi badan daripada jangkitan bakteria dan virus.
Lebih khusus lagi, diet laktoferin bertindak dalam usus untuk mengurangkan jangkitan bakteria. Ini dilakukan dengan melemahkan bakteria zat besi, satu nutrient penting untuk pertumbuhannya.
Kajian klinik juga telah membuktikan bagaimana suplemen laktoferin memberi manfaat kepada bayi dan anak-anak kecil.
Untuk bayi pramatang pula, suplemen laktoferin dikaitkan dengan pengurangan penyakit infeksi saluran nafas bawah, terutamanya bunyi nafas yang berdehit (wheezing), pada tahun pertama[iv].
Suplemen laktoferin juga berkesan dalam mengurangkan kekerapan muntah dan cirit-birit pada kanak-kanak.
Dalam kajian Acta Paediatrica[v], kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah diberikan suplemen laktoferin setiap hari selama 12 minggu. Mereka yang mengambil suplemen ini mengalami penurunan frekuensi dan tempoh muntah dan cirit-birit berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil suplemen itu.
Kenapa Saya Tidak Pernah Dengar Laktoferin Dalam Susu Formula?
Ia mengandungi banyak manfaat, jadi anda mesti tertanya-tanya mengapa laktoferin tidak banyak ditemui dalam susu formula.
Ini kerana ia masih baru dalam pasaran. Walaupun laktoferin diesktrak daripada susu lembu dan ditambah ke dalam formula, proses untuk melakukan langkah ini agak mahal. Ini kerana proteinnya kurang pekat dalam susu lembu berbanding susu manusia[vi].
Mujur, kemajuan dalam penyelidikan & pengembangan global kini membenarkan laktoferin digabungkan dalam susu formula.
Enfinitas Stage 3 dan Stage 4 susu formula bayi & kanak-kanak pertama dalam pasaran antarabangsa yang mengandungi ramuan ini. Formula ini turut mengandungi ramuan penting lain seperti MFGM, DHA dan campuran prebiotik (PDX + GOS), yang menyokong perkembangan otak dan kesihatan usus.
Stage 3 dirumuskan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3, dan Stage 4 pula untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6.
Susu formula premium ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Belanda, China dan Hong Kong, dan melalui penghantaran rentas sempadan melalui stor Enfa Global.
Apa Kata Ibu-Ibu Tentang Enfinitas Stage 3 dan Stage 4
Selain menjadi susu formula pertama seumpamanya dalam pasaran, Enfinitas juga dipuji oleh para ibu yang memberikan susu formula ini pada anak-anak mereka.
Ibu, Carmen Lai, terutamanya, mencari susu formula yang mampu memenuhi keperluan pemakanan anak perempuannya, Scarlett yang berusia 19 bulan.
“Oleh sebab ramuannya unik, Enfinitas sangat sesuai dengan Scarlett,” ujar Lai. “Selepas minum susu ini, pencernaannya bertambah baik dan dia turut tambah berat badan. Jadi, saya terus memberikannya Enfinitas dan mengesyorkannya kepada rakan-rakan saya!”
Bagi ibu Mandy Chan, melihat anak lelakinya membesar dengan sihat amat penting, dan dia kagum dengan bagaimana susu formula ini meningkatkan kesihatan usus anaknya.
“Anak saya minum susu formula pelbagai jenama sejak dia lahir dan Enfinitas pastinya kegemarannya,” kata Chan. “Dia tidak mengalami sembelit atau rasa sensitif ketika minum susu ini.”
Enfinitas Stage 3 dan 4 boleh dipesan terus di stor dalam talian Enfa Global.
[i] de Wit JN. J Dairy Sci. 1998;81:597-608
[ii] Reitamo S, et al. Histochemistry. 1980;66:285-291.
[iii] McClellan KA. Surv Ophthalmol. 1997;42:233-246.
[iv] King JC Jr, et al. J Pediatr Gastroenterol Nutr. 2007;44:245-251.
[v] Egashira M, et al. Acta Paediatr. 2007;96:1242-1244.