4 Perkara Suami Boleh Buat Ketika Isteri Alami Sakit Kontraksi, Belajar Sekarang Ya!

undefined

Sebagai seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab, anda boleh melakukan beberapa perkara untuk membantu isteri anda menangani rasa sakit kontraksi ketika bersalin.

Semasa isteri anda sedang mengalami rasa kontraksi bersalin, sakitnya seakan-akan sedang menikam rahimnya dan ada juga wanita yang mengatakan bahawa mereka merasa macam nak mati kerana penguncupan yang sangat menyakitkan.

Otot isteri akan mengetat di seluruh tubuhnya, termasuk abdomen dan kawasan pelvis, kerana tekanan yang berlaku pada tulang belakang, perineum, pundi kencing dan ususnya.

“Malah, isteri anda juga akan berasa tidak selesa kerana kontraksi itu boleh menyebabkan kesakitan yang menyeksakan.”

Itu kata Jay O’Brien, M.D., pengarah perubatan perkhidmatan obstetrik pesakit di Hospital Wanita Dan Bayi di Rhode Island Providence.

 

Jadi apabila isteri anda sedang cuba mengawal kesakitan bersalin, mereka kadang-kala tidak berupaya mengawal diri mereka sampai mereka menjerit kesakitan.

Sebagai seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab, anda boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk membantu isteri anda semasa dia rasa kontraksi sebelum bersalin.

4 Cara Bantu Isteri Anda Lebih Tenang Semasa Dia Alami Rasa Kontraksi Yang Menyakitkan

1. Kaedah bernafas

rasa kontraksi

Bantulah isteri anda dengan teknik bernafas yang betul.

Kaedah visualisasi dan meditasi yang diajar dalam kelas seperti Lamaze, Kaedah Bradley atau Hypnobirthing boleh membantu menenangkan fikiran anda dan hipnosis boleh menyebabkan isteri anda tenang dan melonggarkan ototnya.

Menurut Amorette Drexler, ketika bersalin, dia akan memberikan tumpuan kepada apa yang kontraksi sedang lakukan kepada badannya, iaitu membuka serviks untuk melahirkan anak!

2. Kaedah untuk bertenang

rasa kontraksi

Anda boleh menggunakan teknik lain untuk kurangkan rasa kontraksi adalah dengan mengurut, menolong isteri anda berjalan, mandi atau menggunakan pek ais atau haba. Drexler mendapati bahawa mengubah kedudukan badannya juga memberi perbezaan yang besar.

“Suami saya berlatih dengan saya beberapa minggu lebih awal daripada masa bersalin untuk berlatih bersantai, mengurut dan mengubah kedudukan untuk melegakan kesakitan menggunakan bola yoga, posisi kanak-kanak dan mencangkung,” katanya.

“Apabila saya berada di tahap kelahiran aktif, kaedah relaksasi yang terbaik ialah mandi yang panjang dan panas,” kata Megan DiGregorio. “Berjalan-jalan di kawasan sekitar juga menjadi penyelamat saya.”

3. Hadir untuk kelahiran anak anda

rasa kontraksi

Setiap wanita ada cara kelahiran mereka tersendiri. Ada yang tidak kisah, tetapi ada juga yang merangka pelan kelahiran mereka, termasuk menetapkan ubat yang mereka akan terima, bagaimana kelahiran akan berlaku, dan apa yang akan berlaku kepada bayi selepas dilahirkan.

Jika isteri anda mempunyai salah satu pelan kelahiran, pastikan jururawat dan doktor tahu tentang pelan isteri anda.

Cuba untuk mengikuti pelan kelahiran isteri anda, kecuali, jika terdapat kecemasan. Jika tidak, mintalah doktor dan juru rawat mengikuti pelan kelahirannya. Isteri anda tidak perlu menjadi orang yang perlu memutuskan segala-galanya.

4. Memegang tangannya

4 Perkara Suami Boleh Buat Ketika Isteri Alami Sakit Kontraksi, Belajar Sekarang Ya!

Jika isteri anda mengambil epidural, maka kelahiran anak anda akan menyerupai adegan filem; ianya tenang dan lancar! Anda tidak perlu melakukan banyak perkara.

Jika semua berjalan lancar, doktor akan membuat keputusan apabila tiba masanya untuk dia meneran dan melahirkan bayi anda.

Pada masa ini, tugas anda adalah untuk menjadi sumber kekuatan. Dengan tenang dan yakin, peganglah tangannya, pandang wajahnya dan berikan kata-kata yang meyakinkan.

Akhirnya, yang penting sekali, hadirlah untuk kelahiran anak anda. Kadang-kala, apa yang isteri anda perlukan dari anda adalah untuk anda berada di sisinya.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Bersalin Di Labour Room, #5 Paling Lucu!

Baca juga: Kini Suami Yang Lengkap Divaksin Boleh Teman Isteri Bersalin Di Semua Hospital Kerajaan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!