X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

4 min bacaan
Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room

Peranan suami penting bagi memudahkan proses kelahiran. Justeru, ketahui apa yang perlu anda lakukan ketika menemani isteri dalam bilik bersalin

Semasa berada di dalam bilik bersalin (labour room), isteri amat memerlukan sokongan sepenuhnya dari suami bagi menghadapi proses melahirkan bayi. Jadi, bukan isteri sahaja yang perlu bersedia. Suami juga harus bersedia untuk memberi sokongan kepada isteri. Justeru apakah peranan suami ketika isteri bersalin?

Tips kali ini adalah khusus untuk para suami supaya bersedia di dalam bilik bersalin nanti. Berikut adalah perkongsian 5 tips semasa berada di dalam bilik bersalin.

Peranan suami ketika menemani isteri bersalin

peranan suami ketika isteri bersalin foto: broohsem

#1. Peranan suami ketika isteri bersalin- Pastikan isteri menjamah sedikit makanan bagi mengalas perut

Saat kelahiran, isteri anda akan bertarung nyawa untuk zuriat anda. Maka, isteri anda memerlukan tenaga yang banyak!

Oleh itu, apa yang suami perlu lakukan ketika isteri bersalin adalah memastikan isteri menjamah sedikit makanan yang memberi tenaga. Contohnya makanan seperti kurma kerana ia mampu membekalkan sumber tenaga yang banyak.

Sekiranya seorang isteri tidak mampu untuk meneran, risiko masa melahirkan akan menjadi lebih panjang serta memenatkan bagi semua pihak. Malah bayi juga mempunyai risiko lemas. Jadi, bagi memastikan kelancaran proses kelahiran, suami harus mendorong isteri untuk makan supaya bertenaga.

#2. Membimbing aturan pernafasan isteri sewaktu meneran

Ketika isteri sedang melahirkan anak, dia berada dalam keadaan yang tidak dapat berfikir jelas disebab kesakitan yang kuat. Oleh sebab itu, penafasan isteri mudah menjadi tidak teratur.

Penafasan yang tidak teratur akan menyukarkan lagi proses kelahiran kerana isteri akan menggunakan tenaga yang banyak mengambil nafas pendek berulang kali. 

Jadi, apa suami perlu buat semasa isteri bersalin adalah berada di sisi isteri bagi membimbing aturan penafasan isteri agar lebih teratur. Penafasan yang teratur akan membantu isteri melalui proses kelahiran dgn lebih mudah serta kurang sakit. 

#3. Kerap menyentuh isteri dengan kasih sayang

suami teman isteri bersalin credit to sources

Semasa isteri sedang melahirkan anak, emosi akan mudah terganggu akibat dari kesakitan yang dialaminya. Emosi yang tidak stabil akan menyukarkan isteri untuk fokus dengan melahirkan dan akhirnya menyebabkan isteri kehabisan tenaga.

Di ketika ini, belaian dan usapan anda dengan penuh kasih sayang diikuti dengan selawat yang dibacakan mampu menenangkan hati dan emosi isteri.

Apabila isteri berada dalam keadaan tenang, isteri dapat fokus dengan proses kelahiran. Durasi kelahiran juga akan menjadi pendek jika isteri dapat bersalin dengan tenang.

#4. Memberi kata-kata semangat kepada isteri

Kata-kata semangat serta pujian anda kepada isterinya mampu menaikkan semangat bagi mempermudahkan proses kelahiran. Andaikata anda hambar sewaktu menemani isteri dalam bilik bersalin, tentu isteri mudah hilang semangat dan ini akan menyebabkan proses kelahiran penuh stress. 

Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri. Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami dalam membantu isteri menghadapi masa-masa yang sukar secara langsung juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.

#5. Cuba untuk tidak panik

suami di labour room credit to sources

Di dalam bilik bersalin ialah tempat terakhir anda patut panik! Isteri anda pasti akan bertambah stress dan sakit jika melihat anda panik. Jadi, anda harus sentiasa tenang ketika menemani isteri dan berikannya kata-kata positif.

Panik juga akan membuatkan anda resah, ini juga salah satu punca kenapa ramai para suami tiba-tiba pengsan di dalam bilik bersalin.

Ketika panik bekalan oksigen akan berkurang dan anda akan rasa pernafasan anda semakin pendek, ini akan membuatkan isteri anda turut merasa keadaan yang sama. Jadi untuk mengelakan kejadian sedemikian terjadi, anda harus sentiasa tenang dan elakan rasa panik!

Peranan suami amat besar semasa berada di dalam bilik bersalin. Jadi anda juga harus memastikan diri anda bersedia untuk berada di dalam dewan bersalin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Di Labour Room, #5 Paling Lucu!

Baca juga: Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Baca juga: Semua Ibu Kena Buat Sendiri, Doktor Kongsi 7 Panduan Bersalin Tanpa Suami Ketika PKP

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Tips Persediaan Di Labour Room
Kongsikan:
  • Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

    Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

  • Isteri Cemas Ketika Bersalin, Suami Ini Sanggup Menari Untuknya, Comel!

    Isteri Cemas Ketika Bersalin, Suami Ini Sanggup Menari Untuknya, Comel!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

    Akibat lelaki ini, Hospital Sultanah Bahiyah berhenti bagi suami teman isteri bersalin!

  • Isteri Cemas Ketika Bersalin, Suami Ini Sanggup Menari Untuknya, Comel!

    Isteri Cemas Ketika Bersalin, Suami Ini Sanggup Menari Untuknya, Comel!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.