Ayu Raudhah Mengandung Anak Ke-7, Syukur Tiada Alahan, Netizen Puji Untung Beranak Ramai!

Pelakon Ayu Raudhah mengandung cahaya mata ketujuh dan dijangka bakal bersalin pada hujung bulan Julai ini.

Tular video yang dikongsi pempengaruh media sosial, Rosix Omar di Tiktok memperlihatkan penampilan terbaru Ayu Raudhah mengandung anak ketujuh bersama suaminya, Zaquan Adha.

Ayu Raudhah Mengandung Anak Ke-7, Syukur Tiada Alahan

Meskipun sedang hamil dengan usia kandungan memasuki tujuh bulan, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan@ Abu Bakar dilihat tetap kelihatan anggun dan ayu walaupun kini sudah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa.

“Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.

Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya,”katanya sekadar berkongsi.

Dia juga turut menyatakan rasa syukur kerana sejak kehamilan anak pertama lagi, dia tidak mempunyai alahan yang teruk atau aneh-aneh.

@rosixomar25 Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan #openhouse ♬ original sound - Rosixomar

Murah Rezeki Anak Ramai, Motivasi Buat Para Ibu

ayu raudhah

Melihat gelagat adik-beradik Che Ta turut mencuit hati netizen malah kecantikan mereka turut diperkatakan sama.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen mengatakan Ayu sangat beruntung kerana murah rezeki dan mudah bersalin membuatkan dia tidak serik untuk mengandung lagi.

“Aku rasa mcm baru tgk ayu raudhah bersalin.. eh ni ada isi lagi? Murah Rezeki sungguhh….”, komen ainnajwaroslan.

“Ya allah..ayu raudha pregnant lagi...tabahnya jaga anak ramai..kecil-kecil pula tu anak-anaknya. Bagus dia ni. Boleh bagi motivasi pada para ibu yang takut nak anak ramai,” komen Najibah Halim.

Dalam masa yang sama, masing-masing mendoakan agar urusan Ayu dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi yang sihat dijangka bersalin pada hujung bulan Julai nanti.

Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak ke-6 yang kini berusia setahun.

Ohbulan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Neelofa Ambil Konsultan Laktasi Belajar Ilmu Penyusuan, Patutlah Bilal Makin Bam Bam!

Baca juga: Senarai Keluarga Artis Yang Bahagia & Miliki Anak Ramai, Meriah Bila Buat Family Bonding!

Baca juga: 5 Selebriti Miliki Ahli Keluarga Autistik - Realiti Menjaga Anak Autisme Yang Penuh Inspirasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!