Penat Berjaga Kerana Bayi Susah Tidur? Cuba 10 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah Daripada Ibu-Ibu Berpengalaman
Trik hebat yang dikongsi oleh ibu-ibu berpengalaman ini pasti dapat membantu anda menidurkan bayi baru lahir dan tak perlu lagi korbankan tidur sendiri!
Antara perkara yang orang sering kata pada ibu hamil ialah nikmati masa tidur malam tanpa gangguan sebelum kehadiran si kecil. Satu lagi nasihat ketika dalam pantang ialah, anda perlu tidur selepas anda tidurkan bayi baru lahir.
Jika anda pernah melalui pengalaman ini sendiri, sudah tentu anda faham mengapa nasihat-nasihat ini diberi. Pada masa yang sama, mesti anda pernah terfikir, kenapalah susah sangat hendak tidurkan bayi baru lahir?
Jangan risau! Kami gabungkan beberapa tips tidurkan bayi baru lahir yang kami kumpul daripada ibu-ibu yang berjaya menidurkan anda mereka dengan mudah.
Mungkin ada di antara tip mereka yang anda belum cuba dan mana tahu, ia berkesan buat bayi anda?
10 Tips Tidurkan Bayi Baru Lahir Daripada Ibu-ibu Berpengalaman
1. Bedung
Sesetengah bayi memang sangat suka dibedung kerana mereka terasa seperti dipeluk. Malah mereka rasa cukup hangat dari kain bedung. Jika takut bedung terbuka, terdapat banyak bedung moden yang menggunakan zip atau pelekat velkro.
2. Muzik
Lagu mendayu atau lagu rancak? Setiap bayi ada kesukaan mereka sendiri. Cuba pasangkan lagu (jangan terlalu kuat) berdekatan bayi anda pada waktu tidur dan lihat respon mereka, jangan terkejut jika ada yang tidur!
3. Tepukan
Ini antara yang sering diamalkan, bukan? Tapi jika anda perasan, sesetengah bayi akan memberi refleks seakan terkejut jika ditepuk. Mereka mungkin tidak gemar ditepuk, tetapi bagi sesetengah bayi, mereka tidak mampu menahan diri daripada terlelap jika ditepuk.
4. Puting
Suka atau tidak, sesetengah bayi memang akan tidur lebih nyenyak apabila adanya puting. Jadi anda boleh memilih puting khas yang boleh mengelak dari kekeliruan puting bagi bayi yang menyusu badan.
5. Alas tempat tidur
Salah seorang ibu menggunakan kulit kambing biri-biri sebagai alas tempat tidur bayinya. Ternyata, bayinya tidur dengan lebih nyenyak dengan adanya alas tersebut.
6. Menyanyi dan bercakap
9 bulan dalam perut anda, mereka sudah selesa mendengar suara ibu mereka. Jadi suara anda menenangkan mereka untuk tidur dengan lebih lena.
7. Haba
Salah seorang ibu telah mengongsikan tip memanaskan tilam sebelum meletakkan bayi untuk tidur. Haba membuatkan mereka rasa lebih selesa untuk tidur dengan lebih nyenyak. Lebih-lebih lagi pada malam yang sejuk.
8. Gendong
Apabila menggendong, mereka akan lebih dekat dengan kita hingga mampu mendengar bunyi degupan jantung.
Dan bunyi itulah yang mereka dengar selama berada di dalam rahim ibu. Sebab itulah, menggendong merupakan antara cara yang paling mudah untuk menidurkan bayi.
9. Memandu
Gegaran dan ayunan semas kereta bergerak boleh membuatkan bayi tertidur. Malah ramai ibu bapa menggunkan cara ini untuk menidurkan anak mereka.
Beberapa minit sebelum waktu tidur, pandu kereta di sekeliling kejiranan dan bayi anda tidur.
10. ‘White Noise’
Ia boleh jadi bunyi vakum, mesin basuh malah pengisar makanan.
Bagi sesetengah bayi, bunyian ‘white noise‘ ini menenangkan dan membuatkan mereka tertidur. Terdapat juga aplikasi yang boleh dimuat turun oleh ibu bapa bagi memperdengarkan ‘white noise’ ini kepada bayi mereka.
Pilihan ‘white noise’ ini sangat banyak, dan sesetengah darinya mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda boleh menidurkan bayi anda.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tetapkan Jadual Tidur Bayi 90 Minit Setiap Hari Agar Si Manja Tidur Lena Pada Waktu Malam
Baca juga: Sebab Mengapa Bayi Tidak Tidur Lena Pada Waktu Malam
Baca juga: 5 jenis muzik yang akan buat bayi anda tidur semudah ABC!