10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

undefined

Sebenarnya, dari perbuatan juga kita boleh memahami apa bahasa bayi. Jika anda perhatikan perbuatan mereka, anda pasti akan faham apa yang mereka nak.

Bayi merupakan insan kecil yang telah menjalinkan komunikasi dengan ibunya sejak dalam kandungan lagi. Tapi selepas mereka lahir, mereka juga ada bahasa bayi tertentu.

Dan komunikasi ini selalunya melalui tangisan, melakukan gerak tubuh, juga bunyi-bunyian untuk membantu ibu memahami apa yang mereka rasa dan apa yang mereka mahu dari anda. 

Jadi kali ini, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda 10 bahasa bayi dan apa maksudnya berdasarkan buku rujukan The Secret Language of Babies nukilan Sally & Edwin Kiester.

Jom semak apakah 10 bahasa bayi yang wajib ibu-ibu tahu ini!

10 bahasa bayi yang ibu ayah wajib tahu

Bahasa bayi #1: Bayi tersenyum dan memandang tepat mata anda

bahasa bayi, bahasa bayi 1 bulan, bahasa bayi 2 bulan, bahasa bayi baru lahir, bahasa bayi 3 bulan, bahasa bayi 8 bulan, bahasa bayi 6 bulan, bahasa tubuh bayi. bahasa badan bayi

Apabila bayi anda tersenyum manis sambil memandang tepat ke arah mata anda, aduh… luluh sungguh hati ini! Tapi, jangan ingat bayi sengaja melakukan pandangan itu ya.

Sebenarnya, perbuatan itu melambangkan dia suka untuk melihat muka ibunya. Kalau dia boleh bercakap, mungkin dia akan kata “ibu, aku suka sangat tengok wajahmu…”

Namun ada juga kemungkinan bayi melakukan ekspresi sebegini ketika sedang mengeluarkan angin atau nak ‘poo poo’.

Jadi, anda rasa bayi anda yang mana satu?

Bahasa bayi #2: Melirik dari jauh dan terus memandang anda

bahasa bayi, bahasa bayi 1 bulan, bahasa bayi 2 bulan, bahasa bayi baru lahir, bahasa bayi 3 bulan, bahasa bayi 8 bulan, bahasa bayi 6 bulan, bahasa tubuh bayi. bahasa badan bayi

Anda perasan si kecil itu sedang memandang benda lain, tapi tiba-tiba dia mengalihkan pandangan yang ke arah anda?

Ha… sebenarnya dia ingin mengatakan “Ibu, jagalah aku. Aku ingin selalu bersamamu.” Kalau betul dia cakap benda ini, pasti tersentuh hati anda, kan?

Bahasa bayi #3: Mata liar memandang sekeliling

bahasa bayi, bahasa bayi 1 bulan, bahasa bayi 2 bulan, bahasa bayi baru lahir, bahasa bayi 3 bulan, bahasa bayi 8 bulan, bahasa bayi 6 bulan, bahasa tubuh bayi. bahasa badan bayi

Ini antara yang harus anda tahu ialah apabila kedua-dua matanya liar memandang sekeling. Seolah-olah dia ingin melihat semua benda!

Itu sebenarnya tanda yang bayi anda menyangka semua benda cukup menarik untuk dilihatnya. Sebab itu dia ingin melihat semua benda di sekelilingnya. Alahai anak ibu ini!

#4: Menggoyang-goyangkan jari tangan

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Si kecil anda itu sedang asyik dengan sesuatu dan tiba-tiba dia melengkungkan jari tangannya masuk, seolah-olah ingin memanggil anda? 

Sebenarnya, memang betul pun! Dari bahasa bayi ini, dia ingin mengatakan “ibu, mari sini! Aku ada sesuatu yang menarik!”

#5: Memutar atau menggerak-gerakkan kedua tangannya

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Pernah melihat si kecil anda itu menggerak-gerakkan kedua tangannya secara sekaligus? Itu sebenarnya bermaksud dia sangat gembira sekali.

Sebab itu dia seakan-akan melambai dan memutar-mutarkan tangannya.

#6 Menghentak kaki

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Menendang dan menghentak kaki adalah bahasa bayi kecil untuk menunjukkan sesuatu yang dia ingin tapi tidak dapat diungkap. Selalunya, ia bererti dia marah!

Amboi, marah siapa tu sayang? Marah ibu, ke?

#7: Perhati jarak ibu jari kakinya

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Jika ibu jari kaki si kecil anda itu tiba-tiba menjauh dari jari telunjuknya, ataupun ia menjadi lurus kaku, itu mungkin bermaksud si manja anda itu sedang sakit.

Kadang-kadang, kaki yang tiba-tiba melengkung juga bermaksud anak anda sedang dalam kesakitan!

#8: “Tak mahu!”

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Ini antara bahasa tubuh yang paling mudah kita nak faham. Si manja anda akan menolak sambil memalingkan muka, menutup mulutnya dengan rapat dan memberi mimik muka tidak suka.

Ha, dia betul-betul tidak mahu itu ibu!

#9: Sengaja menjatuhkan barang

10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

Jika si manja anda itu sengaja menjatuhkan barang dan menunggu anda mengambilnya, itu bermaksud dia bosan dan ingin mengajak anda bermain permainan lain dengannya.

Ala, kesian anak ibu bosan ya!

#10: Membuat bunyi “da da da da”

Alamak, kenapa bayi anda asyik buat bunyi ini? Adakah dia ingin bersembang dengan anda? 

Jawapannya ialah ya! Malah, dia juga sebenarnya sedang melakukan eksperimen dengan suaranya seperti “testing, testing, 123…” 

Ha, menarik bukan? Jom perhati lagi apa yang selalu dibuat bayi anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Bahasa Bayi: Kenapa Anda Perlu Beri Perhatian Pada Isyarat Pertama Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!