TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahasa Bayi: Kenapa Anda Perlu Beri Perhatian Pada Isyarat Pertama Bayi Anda

3 min bacaan
Bahasa Bayi: Kenapa Anda Perlu Beri Perhatian Pada Isyarat Pertama Bayi Anda

Sebelum anda ternanti-nanti perkataan "mama" dan "pa" dari bibir si kecil anda, apa kata anda beri perhatian terlebih dahulu kepada isyarat bahasa bayi. Ia adalah saranan kajian.

Ramai ibu ayah tertunggu-tunggu bahasa bayi atau pun perkataan pertama yang disebut oleh anak kecil mereka.

Tapi, menurut kajian terbaru oleh Medical Xpress, bayi anda telah pun mencuba untuk berkomunikasi dengan anda, sebelum mereka mampu untuk bercakap lagi.

Menurut para pengkaji dari University of Manchester, isyarat pergerakan bayi anda adalah percubaan pertama dalam seni bahasa bayi.

Itulah cara mereka berkomunikasi dengan ibu ayah.

Isyarat komunikasi bayi yang pertama: “Menunjuk” dan “Memberi”

Sebelum kajian dijalankan, para pengkaji telah memberi fokus kepada sifat bayi yang suka menggunakan jari mereka dan menunjukkan ke arah sesuatu.

Anda perasan tak sifat ini pada bayi anda? Ia selalunya terjadi pada usia 12 bulan.

Profesor Lieven dan rakan sekerjanya telah memfokuskan kepada tingkah laku awal, terutamanya sifat “menunjuk” dan “memberi” yang ada pada bayi. 

Walaupun tingkah laku suka menunjuk dan memberi barang kepada orang lain adalah sifat biasa bayi, namun ramai ibu bapa yang tidak sedar tentang mengapa bayi mereka melakukan 2 perkara ini.

bayi cepat cakap bahasa

Kredit: The Asian Parent Singapore

Malah, ibu ayah yang berpengalaman juga sering terlepas pandang.

Sebenarnya, jika anda memberi perhatian dan berinteraksi dengan bayi apabila mereka melakukan 2 perkara ini, anda sebenarnya sedang membantu mengembangkan kemampuan bahasanya!

“Kami merasakan dengan bercakap-cakap dengan bayi tentang apa yang ditunjukkan oleh jarinya itu akan membantu untuk menggalakkan perkembangan bahasa si kecil.”

Itu penerangan penulis kajian, Profesor Elena Lieven dalam satu kenyataan media.

Untuk melatih anak kecil supaya cepat bercakap, ibu ayah perlu sentiasa memberi respon kepada bayi apabila mereka memberi sesuatu barang atau menunjukkan ke sesuatu arah atau objek tertentu.

Lagi banyak anda berinteraksi dengan bayi sewaktu tingkah laku “menunjuk” dan “memberi”, lagi cepat dia mampu berkomunikasi.

Memahami isyarat bahasa bayi adalah sepenting memahami perkataan pertama yang diucapnya.

Dalam kajian yang disebutkan di atas, pengkaji telah memantau bagaimana penjaga dan 24 orang bayi berkomunikasi menggunakan barang mainan. Mereka kemudiannya melihat kanak-kanak ini dari usia 10 bulan ke 12 bulan.

Mereka kemudiannya menganalisis cara penjaga bertindak balas kepada bayi mereka yang sering “menunjuk” dan “memberi”.

Kajian menunjukkan bayi boleh melakukan lebih komunikasi dengan pelbagai cara pada usia awal. Ia adalah sebelum mereka mampu mengucapkan perkataan pertamanya lagi.

Itu penerangan lanjut oleh Profesor Lieven.

bahasa bayi perkembangan ucapan

Kredit: The Asian Parent Singapore

Kemampuan untuk berkongsi dan meminta perhatian dari orang di sekeliling adalah kemahiran asas dalam perkembangan bahasa bayi.

Malah, ia menjadi satu kelemahan utama bagi kanak-kanak yang mengalami austisme.

Fahamilah isyarat pertama dari bayi anda

Dengan memahami tingkah laku awal bayi, anda boleh mengambil peluang untuk membantu anak anda supaya cepat bercakap dan pandai berkomunikasi!

Jadi ibu ayah sekalian, selepas ini, jika si kecil itu sering menunjuk ke sesuatu arah atau memberikan anda sesuatu objek atau mainan di tangannya, berilah respon. Jangan buat tidak tahu sahaja.

Bercakaplah dengannya dan buat reaksi muka yang jelas supaya bayi anda dapat mengambil manfaat daripada tindak balas anda itu!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Bahasa Bayi: Kenapa Anda Perlu Beri Perhatian Pada Isyarat Pertama Bayi Anda
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham