Asap Rokok Menyebabkan Bayi Ini Dikuarantin Sehingga Umur 4 Tahun!

undefined

Akibat terdedah pada asap rokok, bayi ini terpaksa dikuarantin selama 4 tahun dek paru-parunya yang lemah. Ibu ayah, mari ketahui bahaya asap rokok pada bayi.

Usia masih kecil, tapi sudah dikenakan kuarantin selama hampir 3 tahun

Apabila membaca berita ini, hati kami hancur kembali dan terus berfikir sehingga bila kita akan mendengar kes bayi yang menderita akibat asap rokok?

Ternyata, insiden menyayat hati sebegini akan terus menghantui kita jika kita masih leka dan cuai dalam hal keselamatan bayi kecil.

Di Batu Pahat, seorang bayi yang baru saja berusia 9 bulan telah disahkan oleh doktor pakar yang darah serta paru-parunya telah dijangkiti kuman.

Yang memeritkan lagi adalah bayi sekecil ini terpaksa pula menghadapi kuarantin bertahun-tahun lamanya.

Asap Rokok Menyebabkan Bayi Ini Dikuarantin Sehingga Umur 4 Tahun!

Kredit: Berita Harian

Ibu bayi ini telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya supaya anak perempuannya tidak dibawa keluar dari rumah atau di tempat orang ramai sehingga usianya 4 tahun!

Semuanya bermula apabila anak kecil ini mengalami kesukaran untuk bernafas sejak raya Aidilfitri yang lepas.

Dia kemudiannya mengalami demam dan selesema yang teruk dan selepas analisis darah dibuat, ternyata ia adalah akibat daripada asap rokok!

Bahaya asap rokok kepada bayi adalah lebih serius daripada yang anda sangka

bahaya thirdhand smoke rokok pada bayi

Kredit: Mirror.co.uk

Kita selalu menyangka asap rokok tidak akan memudaratkan bayi sekiranya kita menjauhkannya dari kepulan asap yang dihasilkan oleh para perokok berhampiran.

Sebenarnya, itu adalah tanggapan yang salah. Apabila bercakap tentang secondhand smoke, kita semua mungkin faham mengenainya.

Perokok menghisap rokok, dia menghembuskan asap, dan anda serta bayi terhidu asap tersebut. Itu adalah definisi secondhand smoke.

Adakah anda sedar tentang wujudnya thirdhand smoke?

Walaupun tiada perokok yang mengeluarkan kepulan asap rokok berhampiran bayi anda, tapi anda masih perlu tahu yang ada tinggalan asap pada baju, karpet rumah atau di kusyen kereta anda.

Apabila perokok merokok di dalam rumah, ia hanya memakan masa selama beberapa minit saja untuk asap rokok tersebut tersebar ke seluruh kawasan rumah.

Asap yang terlekat pada barang di dalam rumah anda kemudiannya akan meresap ke udara secara perlahan-lahan.

Beberapa minggu atau bulan seterusnya, asap yang meresap di udara ini dihidu oleh bayi anda.

Dan ini adalah bagaimana bayi anda boleh terdedah kepada asap rokok – dengan cara thirdhand smoke!

Ramai ibu ayah yang tidak tahu tentang hal ini dan itulah sebabnya mengapa mereka tidak faham mengapa anak mereka boleh demam, batuk, selesema dan sesak nafas walaupun tiada perokok merokok berhampiran bayi mereka.

Sekali lagi, ia mungkin adalah disebabkan thirdhand smoke!

Apa yang berlaku pada anak kecil ini, bukanlah kes yang pertama. Sebelum ini, bayi yang baru berusia 51 hari juga telah terima padahnya.

Lebih tragis lagi, bayi yang baru berusia 1 bulan ini meninggal dunia, juga akibat asap rokok!

Kesan asap rokok pada kesihatan bayi

masalah paru-paru bayi asap rokok

Kredit: Marchofdimes.org

Cukuplah dengan berita sedih yang menimpa bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Mari ambil berat tentang isu asap rokok.

Bukan sahaja ibu ayah yang perlu peka tentang hal ini, malah para perokok lain juga perlu bersifat lebih empati terhadap insan kecil yang tidak bermaya ini.

Batuk mereka tidak seperti mudahnya batuk kita sebagai orang dewasa. Selesema mereka lebih serius daripada selesema kita sebagai orang dewasa.

Malah menurut Fairview.org, asap rokok boleh menyebabkan gejala berikut kepada bayi:

  • Asma
  • Melemahkan paru-paru
  • Mudah mengalami jangkitan telinga
  • Masalah respiratori
  • Selesema
  • Terbantut perkembangan fizikal dan mental
  • Risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS)

Ambil pengajaran dan mari lindungi bayi dari bahaya asap rokok

Jadi, apakah cara praktikal untuk melindungi si kecil kita dari asap rokok – secondhand smoke mahupun thirdhand smoke?

Secara mudahnya, elakkan sesiapa sahaja daripada merokok di dalam rumah anda, terutamanya dalam bilik nurseri bayi, dan juga di dalam kereta.

Ingatlah tentang thirdhand smoke dan betapa ia masih boleh menyebabkan bahaya kepada bayi anda ya, ibu ayah sekalian!

Sumber: Berita harianFairview, Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!