X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria

3 min bacaan
Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteriaDinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria

Menurut beliau lagi, dinding adalah antara tempat ibu bapa sering terlepas pandang. Biasanya, dinding tidak dicuci dengan kerap berbanding permukaan lain seperti lantai.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ramai ibu bapa lebih gemar anak-anak mereka menghabiskan masa di dalam rumah berbanding luar. Antara faktor utama ialah keselamatan dan cuaca yang tidak menentu.

Namun tahukah anda yang persekitaran di dalam rumah juga boleh menjadi punca anak-anak sakit? Ini kerana, di dalam rumah juga terdapat risiko kesihatan yang boleh menjejaskan manusia terutamanya kanak-kanak kerana mereka lebih sensitif. Ikuti perkongsian dari myMetro tentang isu ini.

Dr Amir Hamzah, Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia dan Pakar Imunologi Klinikal, Alergi dan Pediatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), menerangkan yang kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa di dalam bangunan, sama ada di rumah atau pusat jagaan.

“Ibu bapa perlu tahu risiko yang terdapat di dalam bangunan dan memahami cara mengurangkan risiko ini. Alergi boleh berlaku di mana-mana di dalam bangunan. Dinding bangunan, alat mainan malah perabot boleh menjadi punca alergi."

"Ibu bapa perlu lebih peka jika mengesyaki anak mereka mengalami alergi, mereka perlu menjalani ujian bagi membantu menentukan puncanya. Ini untuk memastikan rumah mereka bebas daripada bahan alergi ini,” jelas beliau pada perbincangan meja bulat kempen Wellness for Children di Hospital Pantai Kuala Lumpur anjuran Nippon Paint Malaysia Group baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, dinding adalah antara tempat ibu bapa sering terlepas pandang. Biasanya, dinding tidak dicuci dengan kerap berbanding permukaan lain seperti lantai.

Keadaan ini menyebabkan habuk, kulat, bakteria dan virus terkumpul. Dan ini boleh membawa kepada jangkitan atau reaksi alergi.

Selain daripada itu, Dr Jessie Anne De Bruyne, Ketua Jabatan Pediatrik Respiratori dan Alahan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah  menjelaskan tentang penyakit asma yang bukan sekadar alahan terhadap debunga dan habuk.

Ia juga boleh berpunca daripada faktor lain seperti hama, bulu binatang, asap rokok, Volatile Organic Compound (VOC) dan juga kulat. Dan ini semua boleh terkumpul pada dinding.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia Group, Gladys Goh menjelaskan tinjauan terkini pihaknya mendapati 88 peratus daripada ibu bapa tidak mengetahui dinding boleh menjadi medium menyebarkan virus dan bakteria.

Bagaimana habuk, kulat dan bakteria di dinding dapat memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak?

Infeksi boleh terjadi melalui tiga cara transmisi, iaitu, sentuhan langsung (direct contact), oral (ingestion) dan pernafasan (inhalation).

Pencemaran yang terdapat di dinding boleh memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak melalui tiga cara transmisi ini. Ini kerana kanak-kanak gemar bermain tanpa had  mereka akan menjilat untuk merasa dinding serta suka bersandar di dinding.

Komplikasi jangkitan

Antara kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak ialah:

  1. Jangkitan paru-paru
  2. Batuk dan selsema yang berpanjangan
  3. Asma
  4. Radang kulit (skin inflammation)
  5. Reaksi alergi seperti ekzema
  6. Hay fever (demam akibat alergi menyebabkan mata dan hidung sentiasa gatal dan berair)
  7. Jangkitan kulit

Cara mengurangkan risiko

Secara amnya, habuk, kulat dan bakteria dapat dikurangkan dengan cara-cara yang berikut:

  1. Pastikan pengudaraan di rumah cukup dan tidak tercemar. Anda boleh membuka tingkap-tingkap di rumah di waktu udara paling bersih. Anda juga boleh menggunakan alat pembersih udara bagi meneutralkan udara yang tercemar di dalam rumah.
  2. Gunakan bahan yang tidak mudah berhabuk dan berkulat. Seperti cat anti kulat dan antibakteria atau kertas dinding anti kulat dan anti bakteria.
  3. Pastikan keadaan di dalam rumah tidak terlalu lembab hingga menyebabkan kulat dan bakteria senang membiak.
  4. Kerap membersihkan dinding dengan bahan anti kulat dan anti bakteria.
  5. Pastikan tiada bahan 'pengumpul' habuk di dalam rumah seperti majalah-majalah lama dan bunga plastik lama.

Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria

Sememangnya fitrah kanak-kanak suka bermain tanpa had. Jadi, kita sebagai ibu bapa harus lebih peka dalam menyediakan suasana lebih sihat dan selamat untuk mereka :)

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!

 

Sumber: cdc, mother nature network

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria
Kongsikan:
  • Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

    Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

  • Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

    Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

    Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

  • Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

    Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.