Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

undefined

"Saya sendiri tahu yang mainan tersebut untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas tetapi saya fikir, apalah beza jika anak saya akan menginjak 3 tahun dalam beberapa bulan lagi? Saya kongsi perkara ini kerana kini saya yakin perkara ini boleh berlaku pada anak pada sebarang usia."

Alat permainan merupakan benda yang sememangnya berkait dengan kanak-kanak yang bukan sahaja sebagai peneman, malah baik untuk perkembangan mereka. Namun hakikatnya, ada bahaya mainan buat bayi terutamanya jika ia tidak bersuaian dengan usia si manja!

Ini kerana bagi bayi 2 tahun ke bawah, sesetengah kanak-kanak masih tidak dapat memahami arahan. Bagi permainan yang kecil pula, ia tidak bersesuaian dengan bayi yang sifatnya gemar memasukkan objek ke dalam rongga seperti mulut, telinga dan sebagainya.

Bahaya Mainan Untuk Bayi: Anak Tercekik Mainan Semasa Tidur

keselamatan bayi

gambar hiasan

Kalau nampak anak tercekik makanan pun pasti ibu bapa dah mula gelabah dan suruh anak minum air sebaik sahaja makanan itu dikeluarkan. Apatah lagi jika ada mainan yang tersekat dalam mulut anak sehingga menyebabkan pendarahan!

Maddy Rose, seorang ibu kepada puteri yang berusia 3 tahun telah berkongsi kisah anaknya yang mengalami situasi menakutkan ini. Jika difikirkan semula, ibu ini bernasib baik kerana menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila mendengar si anak tercekik!

Kejadian ini berlaku semasa anak perempuannya berusia 2.5 tahun, dan ibu ini berkongsi bagi mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak. Berikut perkongsiannya di Facebook:

Saya sebenarnya tidak pasti sama ada saya perlu berkongsi hal ini tetapi saya belum dapat mengharunginya. Saya masih rasa bersalah dan takut tetapi daripada saya asyik menyalahkan diri sendiri, lebih baik ini dijadikan pesanan buat semua. Kebanyakkan rakan saya ada anak kecil, jadi sekurang-kurangnya ini boleh menyelamatkan nyawa.❤️ Maya berusia 2.5 tahun, dia mempunyai banyak mainan kecil yang dimainkan di bawah pengawasan ketat. Dia suka menyusun atur mainan itu, beri makan, letak di katil mainan dan sebagainya malah dia sudah lebih sedar untuk tidak memasukkan di dalam mulut sejak setahun yang lalu. Saya sendiri tahu yang mainan tersebut untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas tetapi saya fikir, apalah beza jika anak saya akan menginjak 3 tahun dalam beberapa bulan lagi? Saya kongsi perkara ini kerana kini saya yakin perkara ini boleh berlaku pada anak pada sebarang usia.

bahaya mainan

Malam semalam, anak saya berjaya menyeludup masuk satu mainan ke dalam bilik tidur, rasanya dia meletakkan mainan itu di dalam mulutnya lalu tertidur. Saya hanya berbaring di sebelah sedang menyusukan adiknya yang berusia 11 bulan, dan saya terdengar bunyi seolah tercekik. Saya segera duduk dan tengok dalam mulutnya, saya nampak ada satu mainan kecil di belakang anak tekaknya. Saya mula gelabah dan jerit panggil suami, sebut yang bukan-bukan kepada talian 999 manakala suami cuba keluarkan mainan tersebut namun gagal. Suami telah cuba segalanya tetapi ia masih belum keluar, dia terbalikkan kaki anak ke atas dan darah keluar dari tekaknya. Pada masa itu saya fikir anak saya sudah mati, pasti ini satu mimpi! Sebaik sahaja nampak darah, suami saya berjaya dapatkan mainan tersebut dengan jari dan terus keluarkannya.

bahaya mainan buat bayi

Selepas peristiwa mencemaskan ini, ambulan sampai dan anak gadisnya dalam keadaan stabil walaupun tekaknya ada luka. Kesemuanya mainannya kini dibuang ke dalam tong sampah dan spot check juga dilakukan setiap malam sebelum tidur!

Langkah Keselamatan Sebelum Membelikan Mainan Untuk Anak

keselamatan anak

Ibu ayah boleh elak perkara sebegini berlaku kepada si kecil. Sebelum membelikan mainan untuk anak, semak beberapa perkara ini dahulu agar anda tahu bahaya mainan pada bayi ya.

  • Baca label umur, amaran, mesej keselamatan, dan arahan pemasangan pada mainan.
    Bagi kanak-kanak bawah usia 3 tahun, elakkan mainan dengan bahagian kecil yang boleh menimbulkan risiko tercekik.
  • Periksa semula bahawa tiada bahagian yang longgar, kepingan patah, tepi tajam, atau tercalar, pudar, atau mengelupas cat.
  • Elakkan syiling, bola, dan permainan dengan bola yang berukuran 1.75 inci (4.4 sentimeter) atau kurang.
  • Keluarkan tag, rentetan, dan reben dari mainan sebelum memberikannya kepada anak.
  • Belon boleh menjadi bahaya yang serius, terutama untuk anak-anak muda.
  • Elakkan mainan dengan bahan toksik yang boleh menyebabkan keracunan. Pastikan label tersebut menyatakan “nontoxic.”
  • Mainan yang dikendalikan oleh bateri harus mempunyai kes bateri yang selamat dengan skru supaya anak tidak dapat membukanya.
  • Elakkan mainan yang terlalu kuat yang boleh merosakkan pendengaran anak.

Ibu ayah, sentiasa berwaspada dengan apa yang dilakukan oleh anak dan jangan anggap anak usia 2-3 tahun sudah tidak berisiko terlibat dengan kemalangan sebegini ya. Sentiasa pastikan mainan anak sesuai dengan usianya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: asiaone

Baca juga:

Anak tercekik? Apa perlu saya buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!