Bayi Baru Lahir Dijangkiti Bakteria Dari Ibu Yang Makan Pil Plasenta!

undefined

Amalan memakan plasenta sendiri telah menyebabkan seorang bayi mendapat jangkitan strep dari ibunya di Oregon. Jom baca lanjut tentang pil plasenta dan apa risiko yang terlibat jika kita mengambilnya.

Amalan memakan pil plasenta selepas bersalin dipercayai oleh sesetengah orang dapat membantu mengurangkan kemurungan selepas bersalin, menambah penghasilan susu badan dan meningkatkan tahap tenaga.

Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

Malah ramai ibu-ibu selebriti di Amerika Syarikat dan juga ibu-ibu di Malaysia, yakin yang ia sangat mujarab dan telah mempromosi amalan ini di internet. 

 Bagaimanakah pil plasenta diproses? 

Bayi Baru Lahir Dijangkiti Bakteria Dari Ibu Yang Makan Pil Plasenta!

foto kredit : Associated Press Photo

  • Proses mengubah plasenta menjadi pil lebih menjurus kepada proses memasak berbanding hasil pemprosesan di makmal oleh saintis.
  • Plasenta akan dibersihkan, darahnya diperah keluar dan kemudian ia dikukus sebelum dimasukkan ke dalam penyahhidrator(dehydrator) semalaman.
  • Plasenta yang kering kemudian dipotong menjadi jalur dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dijadikan serbuk.
  • Akhir sekali, serbuk itu dimasukkan ke dalam kapsul kecil untuk dijadikan pil plasenta.

Risiko jangkitan

Tetapi dalam laporan yang diterbitkan baru-baru ini, sekumpulan doktor dan pegawai kesihatan telah mengaitkan amalan ini dengan seorang bayi mendapat jangkitan streptokokus dari ibunya di Oregon. 

Jangkitan streptokokus adalah jenis jangkitan yang disebabkan oleh kumpulan bakteria streptokokus (“strep”).

Ia boleh merebak dalam titisan air dalam batuk atau bersin seseorang dan tersebar melalui jangkitan.

Ia juga boleh tersebar melalui hubungan secara langsung dengan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar.

Laporan ini telah memberi amaran kepada ibu baru tentang bahayanya memakan plasenta sendiri, kerana pemprosesan kapsul plasenta tidak dikawal dan tidak ada jaminan bahawa ia bebas dari kuman berbahaya.

Penyelidik laporan ini termasuk beberapa saintis makmal di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(Centers for Disease Control and Prevention – CDC) di Amerika Syarikat.

Apabila ditanya, wakil CDC telah mengatakan bahawa laporan itu adalah kesimpulan penulis laporan itu sendiri.

CDC belum lagi mengesahkan pendirian rasmi mereka mengenai laporan tersebut.

Mengikut laporan tersebut, kali pertama bayi itu sakit, penyiasat mendapati dia telah mendapat jangkitan strep dari ibunya semasa kelahiran.

Kemudian, ibu bayi itu telah mula mengambil kapsul plasenta.

Bayi itu dijangkiti strep lagi minggu selepasnya, dan pegawai kesihatan telah mengesyaki yang mungkin ini berkaitan dengan amalan ibu memakan pil plasentanya sendiri

Ujian telah dilakukan atas pil plasentanya dan mereka mendapati ada bakteria strep dalam pil tersebut.

Gagal untuk membunuh kuman pada plasenta

Rasanya, ibu tersebut telahpun berubat untuk strep selepas jangkitan pertama, tetapi telah dijangkit semula selepas memakan plasenta yang tidak diproses dengan baik. 

Ibu bayi itu telah menghantar plasentanya ke sebuah syarikat (nama syarikat tidak dinamakan) yang menawarkan perkhidmatan pemprosesan pil plasenta.

Menurut laporan, ada kemungkinan syarikat itu telah gagal memanaskan plasenta dengan suhu yang cukup panas untuk membunuh segala kuman. 

Laporan ini adalah laporan pertama yang menyebut tentang risiko mengamalkan memakan plasenta sendiri. 

Amalan memakan plasenta berasal dari perubatan tradisi Cina purba dan bukanlah satu amalan biasa, sehinggalah akhir 1960-an dan 1970-an apabila ia mula diterima ramai.

Masa itu, plasenta akan diproses dan disediakan oleh bidan ibu yang melahirkan.

Oleh kerana ini satu amalan turun temurun, belum ada lagi kajian berasaskan sains yang boleh memastikan pemprosesan plasenta yang selamat. 

Jika ibu baru bersalin sudah lama mengamalkan tradisi ini dalam keluarga, ataupun ibu-ibu yang ingin mempraktikkan amalan ini, pastikan anda menggunakan perkhidmatan pemprosesan plasenta yang bereputasi baik.

Kita tidak tahu sejauh mana risiko jangkitan kuman akan terkena pada kita, takut-takut pil itu tidak diproses dengan betul!

Sumber: DailyMail, NHS

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!