Nurse Kongsi Rahsia Basuh Baju Sekolah Anak Agar Kekal Putih Sepanjang Tahun, Tanpa Perlu Sental

undefined

Basuh baju sekolah anak agar sentiasa bersih dan kekal putih ada caranya. Selain menggunakan peluntur, ibu boleh cuba tips mudah ini

Menjaga pakaian putih bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bagi anda yang memiliki anak masih bersekolah. Namun ada rahsia basuh baju sekolah anak agar ia kekal bersih dan putih sepanjang tahun.

Tidak dinafikan bahawa keseronokan anak bermain di sekolah telah membuatkan mereka terlupa untuk menjaga pakaian daripada terkena kotoran seperti makanan.

Cara basuh baju sekolah anak agar bersih tanpa menggunakan bahan peluntur

Seorang ibu, Leena Hassan berkongsikan rahsia basuh baju sekolah anak supaya kekal putih sepanjang tahun dengan hanya menggunakan sabun mandi sahaja.

Difahamkan dia mempelajari tips ini daripada sepupunya yang bekerja sebagai jururawat.

Bagi ibu-ibu yang anda anak bersekolah, bolehlah cuba. Pasti lepas ini kurang sikit membebel dan ‘sakit hati’ bila tengok baju sekolah anak kotor.

Sudah lama saya buat R&D dengan pelbagai formula serta jenama sabun baju untuk memastikan pakaian sentiasa putih, namun tidak ada yang menjadi.

Apabila guna Clorox, baju akan jadi kuning lama-kelamaan. Bila guna nila pula, baju kelihatan lebam. Guna vanish, kos agak tinggi.

Jadi saya tanya sepupu, Siti Atirah yang bekerja sebagai nurse. Apakah rahsia mereka menjaga uniform agar sentiasa putih?

Sebab sabun ni lah kerja saya jadi mudah. Dah 5 tahun saya amalkan, alhamdulillah baju masih putih bersih. Sekarang ni baju sekolah anak pun, buat macam ni juga.

Cara-cara basuh baju sekolah anak dengan menggunakan sabun mandi

#1. Parutkan sabun

cara putihkan pakaian

Saya suka guna sabun Lux-Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kena buat kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul ini, tetapi tidak mengapalah sebab kos pun sangat murah.

#2. Rendamkan pakaian selama 1 malam

basuh baju putih

Rendam baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sedikit sahaja sabun debu. Esoknya terus on mesin basuh, tidak perlu sental.

#3. Dah siap, putih bersih, kan?

Nurse Kongsi Rahsia Basuh Baju Sekolah Anak Agar Kekal Putih Sepanjang Tahun, Tanpa Perlu Sental

Semudah itu sahaja untuk memastikan pakaian kekal bersih dan putih. Lepas ini tidaklah pening kepala ibu kena sental baju sekolah anak. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

Baca juga: Kerja Basuh Baju Jadi Lebih Mudah Bila Anda Ikut Tips Ini, Pasti Pakaian Anak & Suami Berbau Wangi!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Derma Baju Terpakai Di H&M, Pakaian Yang Tiada Jenama Pun Boleh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!